ATOMY REVIEW

UNBOXING ATOMY: PEMBELIAN KALI KE-2

Memandangkan family wawa pun ada join sekali Atomy ni, wawa sendiri yang daftarkan jadi senang nak pilih EC (Education Centre) yang terdekat dengan rumah wawa iaitu Atomy Gombak Permata Centre. Tak sampai 2KM dari rumah. Nak cari parking pun senang sebab banyak parking kat situ. 1st time juga la pergi area situ. Selalu lalu luar saje nak pergi Giant hehe.

Masa 1st time beli wawa punya upline letak EC kat Selayang jadi disebabkan PKPB tak berani la wawa nak pergi jauh sikit jadi wawa request untuk direct hantar ke rumah wawa memandangkan 1st order tak sampai RM290 jika sampai jadi penghantaran percuma ke rumah. Kos penghantaran ialah RM10 sahaja.

Baca: https://wawanasir.com/atomy-vs-amway-yang-mana-lagi-bagus/

Banyak jugak la kali ke 2 pembelian ni sebab guna ID ayah, kakak dan adik sebab banyak barang keperluan kat rumah tu nak tukar ke Atomy pulak. Sorry Amway. huhu. Kalau tahu Amway boleh buat bisnes dah lama jadi kaya kot haha. Tapi tak apa lah tak ada rezeki disitu jadi wawa ke Atomy memandangkan ia adalah produk dari Korea.

Sejak kebelakangan ni korang akan sakit mata sekejap ye di instagram wawa penuh dengan posting makanan korea dan juga produk korea yang lain atas sebab program yang wawa masuk ni nak berakhir dan memasing busy posting. Baru sekarang dah boleh tarik nafas sebab dah siap posting. Yay! Ok ok bukan nak cerita pasal program ni. Just luahan jer.

Apa yang wawa beli kali ni?

Abah cakap rambut dah mula nak botak jadi wawa pun order untuk abah yang hair essential oil, tu pun rasa tak lengkap lagi tu. Harap abah boleh konsisten pakai nak tengok berkesan atau tak. Syampu, sabun badan, sabun pakaian dan ubat gigi pun dah bertukar dari Amway ke Atomy.

Sabun pakaian tu serius bau dia sedap dan ada sukatan dipenutup botol nanti nak letak dalam mesin basuh mengikut berat pakaian yang nak dibasuh. Shampu rambut serius bau pun sedap. Cukup picit sikit jer dah berbuih banyak kat rambut bila gosok.

Sebenarnya nak beli Evening Care Set tapi dah sold out pulak time tu. Waduh. Laku sungguh produk ni. Memang wawa buat research ramai yang dapat kesan positif guna pencuci muka ni. Lagi berkesan kalau tambah Absolute CellActive Skincare Set tapi harga boleh tahan la memang kena dengan kualiti produk dia. Ikut kulit korang jugak sebab tu la ada group skincare dimana korang boleh tanya produk mana yang bersesuaian. Kalau salah guna mau rosak oo kulit muka. Wawa tak mau.

Ada orang komplen lepas pakai produk skincare muka jadi breakout. Tenang bertenang. Doktor pun sarankan makan vitamin C (ala RM80 jer 90 sticks tahan 3 bulan. Murah!) untuk membersih dalaman dulu disebabkan pemakaian skincare jenama lain yang sebelum ni. Jadi sebab tu la kita tak disarankan bertukar-tukar produk skincare. Dan banyak lagi la dorang share. Tak habis nak cerita sini.

Ingat lagi pembelian wawa yang pertama ada vitamin C? Bagus tau ada perubahan kat kulit muka wawa. Nak share malu weh muka wawa yang sebelum ni. Walaupun tak seteruk macam orang lain tapi ada perubahan. Nanti wawa share next post insyaallah.

Sabun pencuci pinggan pulak?

Leave a Reply