MAKAN2: THAILAND PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: THAILAND

TRIP KE HATYAI 2 HARI 1 MALAM NAIK TREN ETS DARI KL SENTRAL + TREN KLASIK + VAN

Plan nak ke Hat Yai dari KL ni memang last buat keputusan jadi bajet untuk penginapan dengan tren ade yang mahal sikit. Kalau booking awal yang penginapan tu boleh jumpa yang murah lagi. Pergi hanya semata- mata nak makan jer. Asyik terliur jer tengok orang makan sakan kat sane kan. Plan sepatutnya lepas ke Hat Yai direct nak ke Singapura pulak tapi disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan terpaksa terus balik KL dan bas ke Singapura dicancelkan. Okay bawah ni Wa share ye sepanjang perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis sampai lar ke Hat Yai.

HARI-1 (21/06/2019) Jumaat

PENGANGKUTAN

  • Book secara online tren ETS kat easybook.com app jadi tak payah print tiket. Tunjuk jer itinerari guna handphone.
  • Pergi naik ETS GOLD RM76 dari KL Sentral ke Padang Besar sekali book balik jugak tapi naik ETS PLATINUM RM102 sebab ETS GOLD dah sold out untuk perjalanan balik ke KL Sentral.
  • Sampai Padang Besar naik van. Kami naik van jer sebab nak tunggu tren klasik lambat lagi. Kami sampai pukul 12.45 tengah hari tapi tren klasik pukul 4.40 petang baru ade.
  • Dorang akan bagi Departure Card & Arrival Card untuk isi dan ditampal sticker color kat baju. Kira 1 kepala RM20 hantar sampai hotel paling jauh takat Lee Garden. Sebelum naik van kena cop passport dulu kat Padang Besar.
  • NOTE: Bawak pen sendiri supaya tak berebut dengan orang lain.
  • Van: Siap hantar dari ETS Padang Besar dan tunggu untuk cop imigresen kat border Thailand. Masa naik van bagitau siap2 kalau nak beli simkad. Nanti translator bagitau kat driver suruh berhenti kejap beli simkad lepas selesai imigresen.
  • Bayar duit van masa naik sekali dengan bayar duit RM2 untuk VISA. Nanti kat imigresen tak payah bayar dah.
  • Hotel kami jauh lagi jadi naik GRAB dari Lee Garden ke resort 130BAHT. Tapi bagi jer 150baht sebab driver dia baik gila rekemen tempat2 patut pergi dan siap cari resort kami. Salah pin resort  tak paham tulisan siam, nasib tak jauh pin jadi dia turunkan jer kat Khlong Hae Floating Market sebab tak boleh masuk lorong tu, lepas tu kami jalan kaki pergi resort sambil cuci mata dulu lalu market.
  • NOTE: Jadual setiap hari Tren Klasik dari Padang Besar ke Hat Yai ade 2 kali sehari jer. Pukul 8.55pagi Thai (9.55pagi Malaysia), dengan 3.40 petang Thai (4.40 petang Malaysia).
  • Perjalanan dari Padang Besar ke Lee Garden 2jam. Hantar group 1 ni pergi tokong dulu baru hantar kami pergi Lee Garden. Tu yang lama sampai.
  • Tut tut kalau naik bagi 2orang memang mahal 200baht~300baht dari Lee garden ke Floating Market. Kalau ramai 6 orang ker tak ape jimat.

INTERNET

  • Van turunkan kat kedai berdekatan dengan border Thai-Malaysia imigresen.
  • Simkad 49BATH jer nak pakai sehari.
  • Tuan kedai cakap siam pulak dia ingat Wa orang siam jugak  mentang2 sama pakai tudung.
  • Komunikasi susah sikit dalam english dorang tak berapa paham.
  • Siap dorang aktifkan simkad terus boleh pakai. Daftar kena ade passport lepas tu dia ambik gambar muka kita.

PENGINAPAN

  • Book Talad Nam Khlong Hae Floating Market Resort kat booking.com 440BAHT 1 malam jer.
  • Paling murah dapat masa tu sebab booking last minit kan 
  • Staf friendly  walaupun ade masalah komunikasi. At least ade boleh cakap english sikit2.
  • Boleh park kereta.
  • 5 minit jalan kaki ke Floating Market.
  • Check in 2pm check out 12pm.

AKTIVITI + MAKAN + SOUVENIR

  • Kat Lee Garden beli buah Mata Kucing 100baht.
  • Sampai pun dah pukul 3petang jadi rehat kejap kat resort sambil caj handphone dah mati lagi pulak terlupa bawak powerbank matilanak.
  • Khlong Hae Floating Market: Buka 1PM~9PM
  • Syurga makanan! Makan sampai kenyang!
  • Kebanyakan makanan & minuman dalam 10baht~40baht.
  • Teh ais dalam buluh 25baht, Seafood Yam 40baht, Pad thai 40baht, air kelapa cup biasa 20baht, Mango Sticky Rice 40baht, cucuk2 1 lidi 10baht x 4 batang 40baht, Maggie Tom Yam Kung 40baht, Cendol 25baht: Banyak makan ni .
  • Baju, Seluar 100baht sehelai.
  • Souvenir jangan beli kat sini mahal! Tapi Wa dah terbeli magnet tut tut 40baht tu pun harga tawar kalau tak 44baht.
  • Gelang 3 utas 100baht.
  • Dah nak malam sebelum balik resort minum lagi  jus buah nenas 30baht jus epal hijau 30baht.
  • Wa makan jer dan suka kumpul magnet freezer jer.
  • Main tembak 8 das peluru 20baht dapat lar 2 patung.
  • Kebanyakan penjual boleh cakap melayu.

HARI-2 (22/06/2019) Sabtu

PENGANGKUTAN

  • Check out 8.30pagi nak ke Dim Sum Chabura naik GRAB TAXI 110baht. Kalau tak 120baht kalau pin auto location. Ni pin nama resort dapat 110.
  • Habis makan dim sum naik GRAB lagi 100baht ke Lee Garden Plaza. Part ni LAWAK! Ade driver tut tut approach kiteorang suruh naik tut tut tapi kiteorang tak nak jadi request GRAB pulak kawan dia si driver tut tut . Dorang dok gelak jer. Patut tengok map kereta grab dah dekat rupanya dok belakang kiteorang jer dia tengah lepak hisap rokok dengan kawan dia geng2 tut tut.
  • Lee Garden Plaza pun dah dekat dengan Haadyai Station jadi jalan kaki jer pergi sane sambil berpandukan peta Google.
  • Balik baru dapat naik Tren Klasik. Beli tiket 50baht seorang sehala ke Padang Besar pada pukul 2.00 petang. Platform 3.
  • NOTE: Tren klasik dari Hat Yai ke Padang besar ade 2 kali sehari jer. Pukul 7.30pagi Thai, pukul 2.00petang Thai. Perjalanan 55minit.
  • Oh ya lupa! Dalam ETS ada plug jadi korang bawak charger boleh caj handphone.
  • Beli makanan dalam ETS nasi lemak ayam dengan nasi goreng ayam RM16.50. Perjalanan pukul 5.13 petang sampai KL Sentral 10.55 malam.
  • Lepas tu terus beli tiket bas ke KLIA2 hantar orang balik Sabah tukar tiket flight pukul 5.25pagi. Tidur kat airport. Sekian. (Monsta X balik pun dah tak larat nak pergi kejar padahal dah dekat)

AKTIVITI + MAKAN + SHOPPING

  • Dim Sum Chabura: Buka 6am~2pm
  • Boleh bayar pakai duit Malaysia. Makan dim sum + air + makanan goreng: RM53 mengikut currency semasa.
  • Nasib kami datang tak ramai orang.
  • Masuk jer pintu pilih dim sum 1 piring 15baht. Dorang akan kukus dan hantar kat meja.
  • Air teh hijau wangi tu percuma kalau tak silap. Kalau nak order air lain pun tak ape. Kami dah order air lain.
  • Campuran semua sos sedap! Untuk cicah dimsum.
  • 7Eleven sebelah Dim Sum Chabura jer.
  • Gerak pergi Lee Garden Plaza beli barang-barang sebab ada orang nak beli tshirt.
  • Cari money changer tukar 50SGD dapat 1040baht. Kalau 1keping 50SGD dengan 5keping 10SGD rate tukaran berlainan .
  • Masuk Hatyai Central Festival Mall kena scan badan & beg. Mungkin sejak kes bom dorang ketatkan lagi keselamatan.
  • Singgah Starbuck Odean Fashion Mall nak caj handphone: beli air free tester roti baru 325baht. Signature Chocolate + Green Matcha.
  • Kedai dekat2 dengan Haadyai Station ade jual souvenirs murah2 magnet freezer 3 biji 80baht jer berbanding kat floating market 100baht.
  • Beg kantung kecik 3 beg 100baht kalau beli dalam mall. Kalau beli kat luar kedai tepi2 dapat 80baht jer.
  • Baju budak2 kecik 150baht lepas tawar mintak diskaun dia bagi 90baht sehelai. Jadi beli 4 helai + sehelai tshirt dewasa 200baht lepas tawar dapat 100baht. Total semua 460baht. Sempat pergi beli lepas beli tiket tren ade 40minit lagi.
  • Ade 15 minit lagi sebelum tren bergerak sempat lagi pergi beli air Thai Style Tea 25baht + Milk Tea 25baht. Total: 50baht.
  • Tinggal 10 minit tren nak gerak baru kelam kabut sampai jer station ambik gambar dengan buntot tren jer dapat .

Sorry lupa ambik gambar kedai barang-barang souvenirs murah sebab teruja tengok . Kedai2 tu dekat dengan papan iklan besar BamBam tu haa seberang jalan. Share post ni & simpan untuk next plan trip korang .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *