LIFESTYLE

TERPILIH MENJADI SALAH SEORANG AHLI THAILAND OFFICIAL FANCLUB (TOF)

Pertama kalinya Thai Embassy mengadakan kelab khas untuk peminat-peminat Thailand. Dorang ada mengumumkan pengambilan sebelum ni di Facebook dan akan memilih 20 orang sahaja. Wawa rasa bertuah menjadi salah seorang daripada dorang-dorang yang terpilih. 20 orang terpilih ni dijemput ke Thai Embassy untuk perjumpaan kali pertama dan juga sesi perkenalan.

Selalu ulang alik lalu depan Thai Embassy tak pernah nak jejak masuk ke dalam. Akhirnya dijemput masuk ke dalam untuk First Meeting. Of course sebelum masuk kena la daftar dulu kat security gate.

Thai Embassy dah siap buat photo booth untuk kiteorang try baju traditional orang Thailand. First time juga merasa pakai baju dorang. Nasib pakai muat haha sebab Wawa tengok pun baju-baju dorang semua kecik-kecik benor. Orang-orang Thailand pun kecik-kecik dan cantik.

Sebelum majlis dimulakan, kiteorang try dulu la baju dan ambik gambar banyak-banyak memandangkan kiteorang sampai awal. Tak la segan bila nak try baju hehe nanti dah ramai malu la pulak.

Tangan tu pegang payung erat sangat macam payung tu nak terbang pulak. Sebenar dorang ada nak pakaikan rantai juga bagi hias cantik tapi disebabkan tudung cheq ni masuk dalam baju jadi kembang besar, nak pakai rantai pun dah tercekik baik simpan nanti tak pasal putus pulak rantai tu hahaha.

Sesi penerangan mengenai Thailand Official Fanclub (TOF). Kelebihan menjadi TOF ni kiteorang yang akan menjadi orang pertama yang diberitahu event-event akan datang sebelum diumumkan kepada orang luar. Selain tu kalau event berlangsung, kitoerang jugak dulu dapat masuk sebelum orang lain hanya dengan tunjuk token ni. Special kan?

Salah satu event besar dorang yang cheq pernah join memandangkan ada Si Sunny ni cheq memang minat tengok drama dia. Walaupun dah tua tapi still handsome teruk. Tapi sayang tak dapat nak join masa press conference dorang sob sob sob atas sebab kesibukan kerja. Cheq memang berpuas hati pergi event ni. Dah la dapat free air pepsi, mountain dew dan macam-macam. Ambik la kau banyak-banyak. Cheq rembat 2 botol lepas tu simpan dalam kereta sebab tak boleh bawak masuk air ke dalam hall event. Hahaha. Nasib parking dekat. Konsert memang best dan smooth cara pengurusan dorang. Memang respect!

Gambar atas ni adalah Ambassador untuk Thai Trends in Malaysia, Nadia Annuar. Kagum tengok dia berbahasa Thai masa jadi mc untuk Dimsum Thai Pop Concert. Rupanya dia ada darah orang Thai juga. Cantik kan dia. Follow la dia punya instagram @nadiaannuar. Banyak info pasal Thai dia post.

Sesi luahan pengalaman dan juga cerita tentang diri ada meminati drama, movie dan travel keliling Thailand. Kagum dengan cerita dorang. Cheq minat makanan dan drama dorang. Drama dorang kelakar-kelakar tu yang layan habis.

Selesai perut dah lapar. Dorang ada hidangkan snek makanan traditional Thai. Seriously, kalau tengok Luk Chup tu cheq ingatkan hiasan rupanya boleh dimakan hahaha. Noob nye cheq. Sebab kat rumah cheq pun ada hiasan buah macam tu sebijik sama kat dinding rumah hahaha. Makanan dorang ni macam Tong Yip manis sangat tapi boleh balance makan Luk Chup dengan Sum Pu Nee yang tak manis. Krathong Tong dengan Saku dah jadi makanan feveret tambahan cheq selain Mango Sticky Rice. Lepas ni kalau pergi Thailand lagi nak cari ni. Tapi kena hati-hati juga ada yang dorang letak isi oink oink. Masa google jumpa pulak resepi dorang letak oink oink inti dia.

Baca:

Selesai makan, baru la dorang bagitau surprise mesej dari PJ. Jeng jeng jeng. Kat bawah ni:

Kiteorang tengok video dia ni pun tergelak-gelak sebab kelakar tapi dia berusaha cakap english. Dia famous dengan lakonan dalam drama Love Destiny. Panjang gila episode dia. Siapa suka layan drama episode panjang ni boleh la pergi layan kat Dimsum ada. Cheq paling jauh pun sampai 16 episode jer mampu tengok. Sob sob sob.

Selesai kiteorang boleh bawak balik payung kecik comel ni. Kena pulak nak balik hujan lebat hahaha. Sebelum beredar photo group!

Mata tu entah ke mana pandang. Ok bye!

Note: Di Royal Thai Embassy ada menyediakan ruang untuk solat juga (telekung dan sejadah pun ada)

Leave a Reply