EVENT MAKAN2: SELANGOR PAST CONTENTS RECREATED

TASTE K-FOOD EVENT + THE CAFE MORE

Pada 1st Mei yang lepas Wawa berpeluang mengikuti program mencuba makanan Korea kat The Cafe More MK10, Mont Kiara bersama-sama 20 peserta yang terpilih. Sesi terbahagi kepada 2: 1st Team dan 2nd Team. Jadi Wawa memilih untuk sertai 1st team pada pukul 11:00 pagi. Memandang kami datang pun awal jadi kami lepak kat tingkat atas dan beli makanan sikit kat bawah ada kedai runcit mini untuk isi perut sementara menunggu sejam lagi nak bermula. Sementara nak tunggu peserta-peserta lain pun datang dan staf aT Korea Agro-fisheries & Food Trade Corporation (@malaysiaat2019) yang menganjur event ni bagitau kami dapat free air dan boleh ambik kat kafe bawah. Oh ye! Kafe ni ada 2 tingkat, event akan berlangsung kat tingkat 2. Detail lanjut mengenai kafe ni nanti Wawa cerita kat bawah ni ye.

.

.

Ada 5 syarikat pengeluar:

  1. GSTK – Fried Gochujang
  2. FLANET – Yellow Melon & Dried Persimmon
  3. INSAN BAMBOOSALT INC. – Kimchi dengan Bamboo Salt
  4. ORANGE PEOPLE – Serbuk Minuman (Milk Base/ Water Base)
  5. DongWon F&B – Bubur, Tteokppoki dan snek rumpai laut (seaweed)

.

GSTK

  • Pes cili (handmade) yang tak mengandungi bahan-bahan seperti daging atau alkohol.
  • Tak pedas. Jadi siapa yang jenis tak suka makan pedas tapi nak juga rasa gochujang boleh try ni.
  • Kebiasaan gochujang kat luar sana ada mengandungi alkohol.

.

FLANET

  • Pengeluar Yellow Melon & Dried Persimmons
  • Dried Persimmons: Buah kesemak atau pisang kaki. Rasa manis. Tak terlalu manis. Buat Wawa rasa nak kunyah lagi hehe.
  • Yellow melon: tak manis

.

INSAN BAMBOOSALT INC.

  • Kimchi memang bagus untuk kesihatan. Mengurangkan risiko kanser. Tapi bagi Wawa lebih prefer brand Chongga 종가집 lagi sedap. Bab kimchi ni memang Wawa jenis memilih.
  • Menarik perhatian Wawa adalah dorang punya garam bamboo. Buat masa ni dia tak ada jual lagi kat Malaysia. Masih mencari pengedar untuk barang-barang dorang ni. Kalau berminat nak bamboo ni boleh contact dorang.
  • Malaysia & Korea: May Tan (Malaysia: Marketing Manager), Jin Mimi 진미미 (Korea: Marketing Manager) +60182029000
  • Website: www.insan.com

.

ORANGE PEOPLE

  • Ada 2 jenis water base & milk base. Dapat rasa yang koko (water base) memang sedap dan pekat.
  • Ada 5 perisa: Yogurt, Taro Coconut, Green Tea, Cocoa dan Sweet Pumpkin
  • Nak ikutkan nak try semua perisa tapi kena ingat orang kat barisan belakang hehe
  • Senang nak bawak ke mana-mana cuma tambah air jer
  • Contact: Li Wei (Team Manager) +821039136866
  • Website: www.cupful.co.kr

.

DONG WON F&B

  • Top 2 best produk kat Korea Selatan. No wonder makanan dia semua sedap. Lama tau Wawa kat depan meja ni hehe.
  • 3 jenis Dong Won Yangban Seaweed Snack, The Kims: Crispy Laver Chip 꾸이핑거 (fish jerky), Crispy Roasted Laver Snack 참깨누룽지 (sesame seeds & crispy rice crust) dan Crispy Roasted Laver Snack 파핑현미 (puffing brown rice)
  • 4 jenis Yangban Seaweed: Double Roasted Seasoned Laver, Roasted Laver with Sesame Oil, Roasted Laver with Wild Sesame Oil dan Roasted Laver with Olive Oil
  • 3 jenis Bubur Nasi: Tuna, Sayuran dan Abalone
  • 3 jenis Tteokppoki: Original, Spicy dan Cheese (Original pun boleh tahan pedas belum cuba Spicy lagi pedas)
  • 2 jenis Bubur: Red bean & Pumpkin (Pumpkin dia teramat la manis dan rasa pelik)

.

Selesai semua dah rasa kami diberi kertas survey yang merangkumi anggaran harga, bagus atau tak produk tu dan prefer kat mana nak beli (convenience store, asian/korean supermarket, hypermarket atau online). Selepas menjawab survey kami diberi lucky draw! Korang rasa dapat ape?

.

.

Sebenarnya Wawa dapat Yuja Tea ( saiz besar weii) tapi dia dah tanya nak yang mana sebenarnya, jadi cakap la Pepero terus dia cari Pepero bagi hehe. Selain tu juga dorang bagi Hand Cream/mask (pilih salah satu) dan juga tumbler.

.

.

Thank you @malaysiaat2019 for organizing this programme and I hope will be more Korean Products imported to Malaysia. Most importantly Halal products because Malaysian people like Korean Food.

.


THE CAFE MORE

  • Terletak di The Fare, MK10, Mont Kiara
  • Ada 2 cawangan 1 lagi kat Gateway Kiaramas. Terbaru kat Village Grocer, Plaza Arkadia, Desa Parkcity
  • Tuan kedai orang Korea, Victoria Lee Seohyun
  • Pekerja orang Philippines
  • No Pork
  • Masa beroperasi: Isnin~Sabtu, Public Holiday – 8:00~21:00 (Ahad & Christmas – TUTUP)
  • Facebook: The Cafe More
  • Parking free kat The Fare
  • Ada wifi

.

Menu

.

Memandangkan kami dapat free air jadi Wawa pilih yang pelik dan mahal hehe. Avocado Honey Milk Yogurt Smoothie (RM 16.90). Nama pun panjang dan ingat rasa dia pelik tapi sebenarnya tak, sedap lagi tu creamy. Ada yang pilih jenis kopi siap ada lukisan comel kat atas dia.

.

.

Sekitar dalam kafe pun cantik dan bersih. Selain tu dorang ada jual botol madu. Nak baca newspaper dalam korean pun ada. Mana tau ada yang nak improve lagi bahasa korea korang hehe.

.

Terima kasih meluangkan masa membaca^^ di bulan ramadhan ni.

Leave a Reply