INFO: TRAVEL PAST CONTENTS RECREATED

TAK SAH KALAU TAK PERGI 7 DESTINASI INI KETIKA MELANCONG KE BUSAN, KOREA SELATAN

Busan, Korea Selatan. Merupakan bandar ke dua terbesar selepas Seoul. Walaupun Busan tidak se-popular Seoul, namun tidak kurang menariknya destinasi pelancongan yang ada di bandar ini.

Penerbangan Air Asia menawarkan penerbangan secara terus dari LCCT ke bandar Busan. Jika korang nak mencuba untuk bercuti ke Busan, berikut merupakan antara 7 destinasi yang mesti pergi ketika berada di Busan:

1. Haeundae Beach (해운대해수욕장)

  • Subway Line No 2, hentian ‘Haeundae’ station, keluar di exit 5 atau 3
  • Pantai paling popular di Korea terutamanya pada musim panas. Puluhan ribu orang akan berjemur dan bersantai di sepanjang pantai ini menikmati pemandangan dan suhu pada musim panas. Terdapat juga Busan Aquarium iaitu akuarium besar yang memiliki beribu spesis kehidupan laut.

.

2. Gwangalli Beach(광안리해수욕장)

  • Subway Line No 2, hentian ‘Gwangan’ station, keluar di exit 5 atau 3
  • Sama seperti Haeundae Beach, Gwangalli beach menawarkan bonus iaitu pemandangan jambatan dua tingkat Gwangalli Bridge. Boleh ke pantai ini pada waktu malam untuk pemandangan yang lebih cantik.

.

3. Yongdusan Park (Busan Tower)

  • Subway Line No 1, hentian ‘Nampo’ station, keluar di exit 7
  • Busan tower merupakan menara setinggi 120 meter untuk melihat pemandangan bandar Busan. Terletak di atas bukit dan kawasan yang strategik, korang dapat menyaksikan pemandangan cantik dari atas menara ini. Di kawasan sekitar terdapat taman rekreasi Yongdusan Park dan deretan kedai membeli belah di Gwangbok Fashion Street.

.

Naracards Busan Set

.

4. Jagalchi Fish Market

  • Subway Line No 1, hentian ‘Jagalchi’ station, keluar di exit 10
  • Terletak bersebelahan dengan Yongdusan Park. Jika teringin mencuba Ketam Snowcrab atau King Crab yang bersaiz besar yang tak pernah dilihat di Malaysia, korang perlu ke sini. Di sini merupakan pasar makanan laut yang terbesar yang mana korang boleh menikmati pelbagai masakan laut di Korea.

.

5. Gamcheon Cultural Village

  • Subway Line No 1, hentian ‘Toseong’ station, keluar di exit 8
  • Perjalanan ke sini agak sukar namun memberi kepuasan luar biasa. Gamcheon cultural village ni sebahagiannya merupakan penempatan orang dan sebahagiannya rumah-rumah kosong yang dihiasi seni lukis dan berwarna warni. Destinasi sesuai untuk penggemar photografi.

.

6. Oryukdo Skywalk

  • Subway Line No 2, hentian ‘Kyungsung Univ Pukyong Univ’ station, keluar di exit 2
  • Ingin cuba keberanian diri korang boleh ke Oryukda Skywalk. Selain pemandangan cantik yang ada di sini, korang berpeluang jalan di atas jambatan kaca setinggi 100 meter dari atas laut. Pemandangan laut dan keindahan semulajadi yang cantik boleh dilihat di sekitar Oryukdo ini. Terdapat Kafe untuk korang menghirup kopi panas sambil menikmati pemandangan cantik di sini.

.

7. Lotte Premium Outlet East Busan(롯데 프리미엄아울렛 동부산점)

  • Train Donghae, hentian ‘OSIRIA’ station, keluar di exit 1
  • Ingin membeli-belah barangan berjenama? Korang boleh pergi ke Lotte Premium Outlet East Busan. Walaupun namanya Premium, tidak semua barangnya mahal. Jika ada promosi khas, korang berpeluang jumpa banyak pakaian dan barangan berjenama yang murah seperti Adidas, Nike, Guess, dan macam-macam lagi.
  • Bangunan ini berdekatan dengan Yonggungsa temple.

.

Di bandar Busan ada banyak destinasi menarik yang boleh korang lawati selain 7 destinasi yang disenaraikan diatas ini. Antaranya seperti Yonggungsa, Beomosa, Citizen Park, Dadaepo, Taejongdae, Dongbaek island dan banyak lagi.

.

Taejongdae

.

Bagi yang pertama kali ingin bercuti ke Busan secara sendiri korang boleh menggunakan Naracards Busan Travel Cards.

Naracards Busan merupakan koleksi 30 keping kad destinasi menarik yang ada di sekitar bandar Busan Korea. Apa yang menarik dengan kad ini korang boleh travel secara bebas.

Sama ada korang nak memandu kereta sewa, menaiki teksi atau menggunakan subway di Busan. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Naracards, layari:

Naracards Busan Set

Leave a Reply