PAST CONTENTS RECREATED REVIEW PENGINAPAN

[REVIEW GUESTHOUSE] RUNNINGMAN HOSTEL – CHUNGMURO

December 2015 menginap kat Runningman Hostel. Baru nak review. Mesti ada peminat Runningman yang suka ni. Masa ni pergi musim sejuk dengan kakak. Mencari lar dalam Booking.com area Seoul nak tidur tetiba terjumpa lar hostel ni jadi dengan persetujuan kakak saye pun book. Sebenarnya kakak ni kurang Korea-Korea ni tapi layan pulak drama. Tak paham. Haha. Hostel ni agak mahal jadi kami ambik satu malam jer nak try punya pasal kan. Harga masa tu untuk 2 orang 1 malam 47,000 won. Hostel ni agak tersorok dibelakang balai polis. Tapi sekarang dah tak ade. Tak tau sejak bila dah renovate jadi guesthouse lain.

Pernah buat video untuk masuk kontes Samsung untuk menang tiket EXO konsert kat Malaysia. Alhamdulillah masa tu menang tiket konsert. Hehe.

Sarapan pagi dia bagi masa tu cuma nasi dan kimchi jer tapi tak makan pun. Kami makan maggie jer sebelum keluar check out. Sepanjang koridor penuh dengan tampal poster artis Kpop dan pelakon-pelakon drama.

Keadaan hostel nie bersih. Masa datang check in host memang ada dikaunter jadi senang dan tak ada masalah untuk check in. Dia ada bawa kami tunjuk bilik, mesin basuh dan dapur. Bila check out hanya tinggalkan kunci didalam kotak yang disediakan dikaunter check in. Pergi masa musim sejuk jadi tidur tak ada masalah sebab heater tilam ada dan letak lar berapa tahap kepanasan nak.

Kalau korang nak book guesthouse dekat Booking.com jangan lupa letak Coupon Code: salwa245 untuk dapatkan balik 10% refund. Letak code ni masa buat tempahan tau bukan selepas. Kalau selepas memang tak dapat.

*Sayang guesthouse ni dah tak ade 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *