PAST CONTENTS RECREATED REVIEW PENGINAPAN

[REVIEW GUESTHOUSE] K STAY GUESTHOUSE DI MYEONGDONG

Nama sebelum guesthouse ni 24 GUESTHOUSE. Sebelum ni ade pernah menginap di cawangan kat Seoul Station. Kali ni saye ambik cawangan kat Myeongdong pulak sebab ade offer dari 46,800 won turun ke 35,400 won untuk 2 orang 1 malam. Harga ni sekali termasuk sarapan pagi.

Baca post sebelum: [REVIEW GUESTHOUSE] 24 GUESTHOUSE – SEOUL STATION

Guesthouse ni berdekatan dengan exit 10 dan senang nak cari. Host ni pun siap bagi peta bergambar jadi lagi mudah nak mencari.

Masa kami sampai tu yang layan Mr Kyu pengurus guesthouse tu. Dia bagi keterangan masa check in siap bagi nota yang ditranslate ke bahasa melayu lagi tu. Mungkin ramai orang Malaysia menginap kat sini. Bukan bahasa melayu jer ade jugak bahasa-bahasa yang lain jugak. Ade juga servis pakej nak ke Nami Island dan juga delivery makanan ke bilik disediakan.

Guesthouse nie ade 2 tingkat. Tingkat 3 dan 4. Kami dapat tingkat 4. Jadi makanan untuk sarapan pagi di tingkat 4. Kaunter check in di tingkat 3.

K Stay Guesthouse Myeongdong: Book Sekarang

Jangan lupa letak coupon code: salwa245 untuk dapatkan 10%

Bilik memang cantik dengan tingkap menghadap jalanraya tapi masa masuk bilik tu lantai terasa melekit sabun jadi agak tak selesa nak pijak. Bilik shower memang dah ade sekali. Saye kurang selesa kalau shower dekat luar bilik. Ade pengering rambut disediakan dan juga tuala kecil 4 helai. 2 gelas juga disediakan dengan berlogo 24 guesthouse. Tv dan penyangkut baju pun ade.

Waktu check in pukul 3 petang dan check out pulak pukul 11 pagi. Sarapan pagi disediakan dari pukul 8 pagi sehingga 10 pagi. Tapi masalahnye masa saye nak pergi sarapan ade pulak 1 family mungkin dari China habis dia conquer pembakar roti. Saya nak bakar roti pun dah tak larat nak tunggu lagi jadi ambik roti sapu nutella chocolate jer. Keju tu patut nak letak bila roti panas baru lar sedap makan roti keju. Bukan saye jer menunggu ade jugak laki bini menunggu. Pembakar roti pulak satu dan ambik masa lama nak bakar. Kopi, susu, air epal, air oren, jem strawberi, telur rebus dan juga air teh disediakan untuk sarapan pagi.

Nak check out senang jer cuma tinggalkan kunci di dalam bakul kecil yang dah disediakan di kaunter. Oh ya masa nak booking guesthouse nie kena bayar on the spot masa book jadi korang kena book guna debit kad atau kredit kad.

K Stay Guesthouse memang dekat sangat dengan Myeongdong Street. Korang boleh jalan kaki jer terus memang satu lorong dengan Nature Republic dan mesin ATM Shinhan Bank.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *