PAST CONTENTS RECREATED REVIEW PENGINAPAN

[REVIEW GUESTHOUSE] 24 GUESTHOUSE – SEOUL STATION

Okay ni salah satu guesthouse yang berdekatan dengan Seoul Station. Dah bagitau masa post sebelum ni. Maaf ambil masa lama nak update blog. Kalau sampai tengah malam dan tak nak pergi jauh naik teksi mahal lagi pulak tengah malam dorang double charge. Korang elok ambil berdekatan dengan bas tengah malam turunkan korang. Macam saya ni ambil Seoul Station. 24 Guesthouse Seoul Station dengan 24 Guesthouse Seoul Station Premier adalah berlainan tau take note. Yang ni 24 Guesthouse Seoul Station.

Baca post sebelum: Bas Tengah Malam Di Incheon Airport

Bas berhenti betul-betul depan Seoul Station ni korang kena berjalan kaki ke arah anak panah seperti bawah membelok ke arah kanan korang akan jumpa exit 13. Korang kena lintas seberang jalan untuk jumpa exit 12 ni kalau stesen dah tutup kena lar lalu atas.

24 Guesthouse ni berdekatan dengan EXIT 12, ada lif boleh naik kalau korang dari stesen tapi nak ke guesthouse ni kena mendaki sikit bukit hehe.

Masa mendaki sebelah kanan korang ada nampak taman rekreasi lepas tu korang akan nampak guesthouse disebelah kanan. Kalau korang sampai lewat malam staf akan bagi password check in sendiri (dalam mesej booking.com) dan kunci touch and go tinggal dikaunter lepas tu esok pagi jumpa staf tu bayar penginapan korang.

Yang saya tak berapa nak sukanya guesthouse ni nak bawak luggage berat naik tangga yang kecil ni.

Nampak dalam gambar macam besar tapi tangganya agak sempit dan saya semput jugak nak bawak beg ke atas tingkat 3. Nak mintak tolong staf pun tak ada sebab waktu bekerja dah habis.

Ni kami punya bilik yang kecik dan ruang pun kecik. Nak save bajet punya pasal kan. Guesthouse ni ada sediakan sarapan pagi ditingkat bawah.

Tapi sarapan pagi hanya roti dan jem strawberi. Roti pun hanya tinggal berapa keping dan keras. Tak ada cornflakes seperti didalam gambar. Kemungkinan tu gambar masa hari pembukaan guesthouse ni. Tempat dapur pun sempit bukan seperti digambar juga 😅. Mereka ada sediakan pembakar roti dan mikrowave. Tengok sarapan macam ni jadi keesokan pagi kami pergi beli nasi dekat 7eleven berdekatan dengan guesthouse lepas tu panaskan nasi makan dengan daging sambal bawak dari Malaysia. Masa nak panaskan nasi tu ada jugak orang korean situ cuba tolong bukakan nasi dan masukkan dalam mikrowave sebab dia nampak saya bukak nasi tu sampai hampir bukak habis 🤣🤣. Padahal saya tau bukak sikit jer tapi memang sengaja bukak besar. Dia cuba bagitau hanya bukak sikit walaupun dia tak tau nak cakap english. Saya ingat staf situ tapi penginap situ gak yang tengah tunggu basuh pakaian dalam mesin basuh. Aigoo.

Book: 24 Guesthouse Seoul Station

Oh yeah terlupa. Masa buat pembayaran tu staf perempuan yang boleh berkomunikasi english dengan fasih jadi jangan risau. Masa kami nak check out staf lelaki yang jaga. Jadi saya rasa lega sebab nak turunkan lugage besar staf tu yang bawakan sampai bawah fuhhh. Kunci check out letak dikaunter jer. Secara keseluruhan saya tak berapa dengan sarapan pagi dan tangga yang kecik sukar bawa naik beg. Bilik keseluruhan bersih. Wifi tak perlu password katanya ditampal note di dinding tapi sebenarnya set password. Jenuh dok perah otak tekan-tekan cari password akhirnya dapat. Nak tanya staf pulak tidur tak penyabar, tengah malam tu jugak nak kan.

Leave a Reply