LIFESTYLE

PENGALAMAN SWAB TEST COVID-19 : ANTIGEN & PCR

Hai korang! Memandangkan sekarang kes baru COVID-19 ni makin meningkat dan amat merisaukan. Wawa pulak salah seorang yang kena buat swab test sebab ada close contact dengan orang positif. Ok nak dimulakan cerita, pada hari Jumaat 8 Januari 2021 habis jer kelas training dekat HQ Seri Kembangan wawa nak balik rumah sebab nak bawak barang sikit dari rumah ke hostel. Alang-alang tu sempat lagi dalam perjalanan singgah jumpa kawan nak makan sama-sama lepas tu habis makan gerak la sampai rumah.

Tup tup keesokkan harinya, kawan cakap tak sihat, rasa demam panas, badan lemah gila, selsema lagi dan batuk. Dah ada symptoms Covid-19 pulak. Wawa fikir positif kot sakit biasa dan suruh dia MC jer tak payah pergi kerja. Dia bagitahu HR dia tak sihat dan HR buat appointment untuk swab test pada hari Isnin pagi kat Poliklinik Lourdes di Shah Alam. Nak tunggu result ambil masa 2 hari. Jadi wawa menunggu dan berharap result negatif.

Pada hari Rabu keluar result Positif. Bermula lah kawan-kawan yang lain satu tempat kerja dengan yang positif kecoh dan call wawa suruh buat swab test sebab risau kot wawa pun positif. Dah la wawa ada jumpa dorang ni jugak masa hari Ahad ber-hiking. Isnin tu lepas hiking kawan-kawan ada 2 orang dah mula sakit dan ada symptoms yang sama. Tapi dorang suruh wawa buat dulu sebab takut dapat sakit tu dari wawa.

Keesokkan pagi tu sebelum pergi OJT masuk tengah hari, wawa wasap la HR dan cerita apa yang berlaku. Pagi tu memanjang la HR kejap-kejap call tanya siapa lagi close contact dengan wawa sepanjang datang training. Masa buka mask lebih 15 minit, siapa yang duduk sebelah dan macam-macam soalan. Bila ditanya macam tu jangan korang rasa stress tapi bantu HR untuk detect orang terdekat supaya tak tersebar luas COVID-19 ni. Bagi kerjasama.

Pagi tu jugak lepas sesi soal jawab dengan HR dengan pantas HR dah buatkan appointment untuk wawa dengan roommate untuk swab test. Roommate yang tengah training kat HQ dipanggil siap bagi duit untuk swab test dan wawa dengan seorang lagi roommate masih kat hostel disuruh pergi Poliklinik South City.

Roommate HR suruh buat Antigen sahaja tapi wawa sahaja yang kena buat dua-dua PCR dengan Antigen. Walaupun doktor dah cakap pilih salah satu atau boleh pilih PCR sahaja yang lebih accurate (bacaan tepat) berbanding Antigen. Harga PCR RM250 manakala ANTIGEN RM150. Tapi ikut sahaja lah redha kena cucuk hidung 2 kali. Antigen tu sekejap sahaja dapat result dalam 10 minit dah dapat tapi disebabkan ramai jadi petang sikit tu dah dapat result walaupun doktor cakap malam baru keluar result. PCR pulak kena tunggu lama sikit. Esok pagi nya baru hantar lab dan result keluar tengah hari.

Roommate result negatif jadi lepas swab test keesokkan hari boleh dah start masuk kerja. Cuma wawa jer lah tinggal kena kuarantin 10 hari dikira selepas berjumpa dengan kawan yang positif COVID-19. Walaupun result kedua-duanya negatif dan nak tunggu tengok ada symptoms atau tak jadi kena kuarantin. Hari ni wawa menaip post ni adalah hari terakhir kuarantin. Huhu. Bosan tau terperap kat hostel. Orang yang lain pergi kerja tapi wawa sunyi pulak kat hostel. Layan korean drama lah sepanjang kuarantin.

Ok kalau korang berdekatan Seri Kembangan dan bercadang nak swab test kat sini korang perlu buat appointment dulu di nombor 012-668 7705. Nak wasap pun boleh nombor ni, nanti dorang akan bagi template untuk korang isi detail yang diperlukan sebelum swab test. Boleh swab test bermula pukul 8 pagi sampai 5 petang. Swab test hanya dorang buat melalui drive thru. Jangan korang sampai kat South City parking kat depan. Dah la kena bayar parking RM6 huhu. Korang masuk ke kiri akan lalui pintu palang. Bayar guna touch n go dan terus ke belakang akan perasan beberapa kereta berbaris untuk di swab test.

Leave a Reply