KFOODIES LIFESTYLE

MENANG KALI KE-2 DALAM PROGRAM KFOODIES

Assamualaikum semua! Lama tak menulis kat blog ni atas kekangan masa banyak habis ke kesibukan kerja. Ok! Apa tu program KFoodies? Kalau tengok dari perkataan pun dah tau kan korean food.

Nak diceritakan permulaan nak apply program ni serius wa pun tak sangka sampai tahap ni. Nak apply isi form pun dah salah dan lambat pulak hantar. Nasib kawan juga la push Wawa masuk program ni sampai dia tolong isi sikit detail dalam borang. Thank you Zatul! Dah kelam-kabut time balik kerja time tu la waktu hantar dah hampir tamat, hantar pulak salah borang. Borang yang tak di edit lagi. Hahaha.

Selepas hantar, Malaysia AT yang jalankan program ni call untuk confirm kan alamat betul ke tak padahal alamat kawan pulak tu. Dorang nak hantar sampel makanan Korea untuk direview. Masa ni la baru tahu hantar salah borang tapi Alhamdulillah dorang terima juga. Seramai 20 orang yang terpilih untuk promosi makanan Korea.

Atas sebab musim covid-19 ni 1st meeting jadi tergendala jadi dorang hantar sampel menggunakan servis Grab. Selepas kami menerima sampel, bermula la aktiviti promosi makanan KOrea ikut kreativiti masing-masing. Selesai tempoh promosi, 1st meeting diadakan di restoran Korea Onsemiro di Intermark Mall. Haa masa ni la dapat tengok muka-muka yang join program ni.

Di 1st meeting, dorang perkenalkan diri dan menerangkan secara detail berkenaan program ni dan juga matlamat dorang. Selain tu, penyampaian hadiah pun diadakan juga. Wawa adalah salah seorang pemenang tambahan Effort Award untuk promosi Maro Chip.

Oh ye, selain dapat makan selepas meeting dan juga dapat hadiah untuk pemenang. Setiap orang juga dapat elaun pengangkutan RM100 tau. Banyak kan? Setiap bulan dapat. Ok la lepas Wa nak bayar duit parking dan minyak petrol datang ke meeting. Lebih lagi tu. Program ni la wa paling suka sebab setiap habis meeting perut dah tentu kenyang balik. Hehe.

Jadi terus ke misi ke-2 untuk promosi snek mackerel dengan topokki. Tapi untuk misi ke-2 ni agak tertekan juga la nak promosi dan dalam masa yang sama dengan keadaan arwah mak memang jadi tak boleh nak fokus. Walaupun tak menang untuk misi ke-2 tapi ada salah seorang dari Malaysia AT minta video TheBab Witch Topokki wa ^^ untuk buat video promosi dalam kedai shopee dorang.

Meeting kali ke-2 ni kami ditunjuk pula cara masakan orang Korea menggunakan Kimchi iaitu misi ke-3 kami. Madam Shin chef yang dijemput. Kalau orang selalu pergi kelas masakan di Korea Plaza akan kenal Madam Shin ni.

Hadiah untuk misi ke-2 pun not bad. Wa pandang jer orang yang menang dapat anggur Korea wehh! Hati berkobar-kobar nak! Hahaha. Anggur Korea bukan murah tau. Tak ape tak ape tapi tu sebagai pembakar semangat nak buat lebih lagi. Lunch untuk meeting ke-2 kami makan kat restoran Korea, Pung Kyung.

Misi ke-3 kami baru habis khamis yang lepas dan meeting kali ke-3 diadakan di Korea Plaza sama macam misi ke-2 juga. Masa tu kami diperkenalkan produk baru dipasarkan ke mynews dan promosi baru untuk seaweed minion dapat percuma tumbler yang akan mula dikeluarkan pada bulan depan Oktober. Tak lupa juga misi kami untuk bulan oktober adalah sos soy bean, sos gochujang dan juga eomuk (fish cake).

Misi kali ni memasak la kita. Meeting kali ni chef yang dijemput dari KFish. Dia masak Eomuk Kimbap dan juga Seaweed Ramyeon. Sedap! Seaweed Ramyeon tu inspirasi dari chef celebrity Korea yang terkenal iaitu Baek Jong-Won. Korang nak resepi? Boleh jer ke link bawah ni:

Seaweed Ramyeon: https://youtu.be/fE7Qwg4deUg

Eomuk Kimbap: https://youtu.be/5zH-bySxuEQ

Selesai demonstrasi masakan dari oppa chef. Baru la sesi penyampaian hadiah! Tengah dok syok borak cakap bestnya kalau dapat Ramyeon tu nanti boleh try buat Seaweed Ramyeon. Tup! Tup! Tup! Nama wa first di announce sebagai pemenang Idea Award. Menang sebab kombinasi masakan local dengan kimchi. Korang boleh jer try resepi wa ni Ikan Goreng Asam Pedas Kimchi. Betul tak perlu letak air asam jawa. Cuma nanti level garam untuk cukup rasa. Sukatan air kimchi tu memang tak dapat nak agak. Wa bubuh je hehe.

Dapat la 2 ketul pek Ramyeon dah boleh buat parti Seaweed Ramyeon haha. Ok la setakat ini saja story kita hari ni. Sekarang otak pun dah jem apa nak masak pakai sos soy bean ni huhu. Tapi korang kena ingat kalau pergi beli barangan Korea ni mesti kena check ingredients dulu sebelum beli.

Selesai meeting seperti biasa makan time!

Leave a Reply