PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

[KOREA TRAVELOG] CARA DAPATKAN TIKET SBS MTV THE SHOW

Hai korang! Ini adalah blog post pertama yang Wawa buat. Yay! Akhirnya. Sebelum ini ade blog tapi dah lupa password. Okay tak nak berlengah lagi. Kali ini nak share dengan korang macam mana nak dapatkan tiket tengok live show: THE SHOW. SBS MTV THE SHOW ini bersiaran setiap hari Selasa pukul 6.30pm.

Tapi sebelum tu, Wawa listkan line up untuk episode 117 yang ditayangkan secara live pada 2017 June 27 hari yang Wawa pergi ini!

Line up + Lagu Comeback:

24K – Only You

A.C.E – Cactus

APINK – Eyes + Five

ELRIS – We, First

B.I.G – Hello Hello

THE EAST LIGHT – You’re My Love

9MUSES – Remember

VERMUDA – Dream Girl

T-ARA – What’s My Name?

SOUL LATIDO – I can’t Stop

TOP SECRET – Mind Control

M-FECT – Rumble

APRIL – Mayday

ASTRO – Baby

STELLAR – Archangels Of The Sephiroth

MAMAMOO – Aze Gag + Yes I Am

MC: T-ARA Jihyeon, ASTRO MJ & Moonbin

Nampak 3 orang MC yang comel kat sana? Wawa masuk pintu ke arah yang ade anak panah tu. Sangat dekat dengan MC masa tu tengah siap-siap sebelum acara bermula. Nasib baik bukan Cha Eun Woo yang jadi MC. Kalau tak pengsan kat situ hahaha. Lalu dekat dengan MC dalam 10 kaki ikut ukuran kaki ku yang kecik ini. Okay mesti korang stress baca bila Wawa nak bagitau untuk dapatkan tiket ini. Saje nak bagi warm up dulu hehehe. Okay bawah ini caranya:

CARA NAK DAPATKAN TIKET?

1) Pergi ke facebook page klik sini

2) Tunggu mereka announce giveaway tiket seperti dibawah ini

Facebook: Korea Tourism Organization – VisitKorea

3) Hantar semua detail yang mereka minta melalui emel yang diberi

4) Jika korang shortlisted mereka akan hantar emel dekat korang macam ini. Detail dimana nak ambil sekali attach dengan map tau. Lagi mudah nak pergi sana nanti

Contoh emel yang di terima

Mudahkan? Kuota tiket diberi kemungkinan dalam linkungan 50 orang (agak-agak je tau) tengok masa pergi ambil tiket dekat sana. Name list memang ramai orang. Wawa orang yang ke 28 dalam list. Mereka siap bagi 3 kertas untuk arahan perlu diikuti, survey dan kontes. Salah 1 kertas seperti dibawah ini:

Notis arahan dan survey

Masa korang sampai, korang akan berbarisan dahulu sementara tunggu diberi arahan untuk masuk. 

Sebelum masuk kena berbaris dahulu

Dah dapat masuk korang boleh enjoy!

Masa Wawa menunggu kat tepi ini ade nampak seorang artis naik tangga tepi ini je boleh nampak. Serius masa tu blur kejap siapa. Bila dah habis show baru tau yang naik tu Jinhong 24K aigooo. Ingatkan dorang ini tak ade dalam show. Masa dorang group pertama perform pun tak dapat nak cam muka walaupun stage dekat rupa muka dorang tak nampak. No wonder la sebelah Wawa ini siap pakai teropong hahaha.

Selepas show ade group A.C.E buat meet up dengan fans omo~ I kennot tahan sudah. Di hati memang nak tunggu tapi ape kan daya dah la Wawa baru turun flight dari Malaysia berkejar ke show. Sepanjang perjalanan tu menahan nak membuang air kecik tau dak huhuhu. Tak ape la cukup sudah tengok dorang live terutama Jun hehehe.

Fancam? Ade dapat sikit hehehe shhh sepatutnya memang tak boleh rekod dan ambil gambar. Korang pandai-pandai la cover. Mak cik kat belakang Wawa masa tu relaks je rekod lama tau lepas tu security baru perasan la kot. Baru nak marah-marah. Nasib dia tak kena halau. Ikut pengalaman Wawa masa Music Bank sangat la ketat. Rekod sikit masa tu juga kena halau. Masa tu tak berani nak rekod. Dah la yang security garang tu kacak benar hehehe. Cara dapatkan tiket Music Bank? Nanti next post share.

Siapa-siapa nak pergi tu good luck ye!^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *