MAKAN2: KOREA SELATAN TRAVEL: KOREA SELATAN

[KOREA TRAVELOG] CAFE 89 MANSION – KAFE PELAKON LEE JONG SUK

Baru- baru ni Lee Jong Suk ada buka kafe sendiri kat Sinsa-dong jadi kami pun nak pergi terjah lah dulu. Tapi agak pening sikit jalan nak ke sane sebab kafe dia kena masuk ke bahagian dalam-dalam. Sama ada korang nak jalan kaki dari stesen atau naik bas. Kami masa tu jalan kaki je dari stesen Sinsa. Bagi dua pilihan nak pergi sana:

.

Pilihan 1 – Jalan Kaki dari Sinsa Station

.

Kiteorang guna pilihan nombor 1 nie. Nak sihat jalan kaki kia kia kia lepas tu sakit kaki. Jalan kaki tak jauh pun (yeke?) walaupun tengok dalam peta macam jauh. Keluar exit 6 Sinsa station jalan terus masuk lorong yang ke-6 belok kanan terus sampai penghujung jalan korang akan nampak kafe disebelah kiri korang nanti.

Keluar EXIT 6 dan jalan terus ke arah signboard jalan sana
Terus perjalanan korang akan nampak bangunan ni. Kat sini korang kalau bernasib baik akan jumpa bas fan projek macam kat bawah ni
Happy JiHoonDay
EXO
Wawa jumpa BTS Jungkook
Dengan BTS Jimin
Korang nampak simpang ni ambik jalan kanan ni dan jalan terus sampai jumpa bawah ni

Korang akan nampak apartment blok 23 & 28
Masuk lorong pertama yang betul berdepan dengan blok 23 & 28 . Lorong ni disebelah kanan korang (Happy Together)
Nampak 2 simpang ni. Mana2 lorong pun korang boleh lalu. Wawa lalu lorong kiri
Nampak simpang 4 ambik lorong jam 3 (kanan)
dan jalan terus lepas tu jalan mati akan ke kiri korang jumpa Kafe Lee Jong Suk 89Mansion

.

Pilihan 2 – Naik bas dari Sinsa Station

1) Naik bas nombor 240 turun Sinsa Middle School lepas tu korang kena jalan sikit untuk masuk ke dalam macam dalam peta di atas. (Garisan dot dot tu). Maaf lah tak ambik gambar sekeliling jalan nak ke kafe. Dah pening katakan hehehe. Sesat~

.

Harga kat kafe ni boleh tahan mahal juga lah. Walaupun dorang ada beer tapi dorang asingkan gelas. Kalau korang nak pesan macam teh tu lebih baik kongsi dua sebab cheq dah pesan teh tu mak ai satu teko dia bagi. Jenuh nak habiskan panas-panas. Cheq pilih perisa peppermint.

View this post on Instagram

Kafe Lee Jong Suk . #wawanasirinoppaland

A post shared by Wawa Nasir (@wawa_nasir) on

.

Yang tulisan kat dinding pada yang tak tahu lagi tu hasil tulisan dari tangan Lee Jong Suk sendiri.

.

View this post on Instagram

👍

A post shared by 이종석 (@jongsuk0206) on

.

Barista hanya mampu ambil gambar belakang sahaja kekeke. Nak tengok muka dorang, korang pergi lah kafe ni. Barista rambut warna perang tu muka macam Gong Myung sikit. Macam lah tapi bukan Gong Myung yang sebenar. Hahaha.

.

Oh ya sebelum terlupa, masa korang masuk buat pesanan dan bayar korang akan dibawa oleh salah satu barista ke tempat duduk korang. Kalau datang berdua tu jadi duduk tempat kerusi yang berdua je lah kalau tiga tu atau ramai dia akan cari tempat boleh duduk ramai. Jangan ubah-ubah tempat sebab dorang ni nak jimat tempat duduk.

.

Ok tu sahaja. Tak banyak nak bebel hari ini. Hahaha sebab menaip dalam keadaan sejuk jadi otak pun beku nak perah tak boleh. Sekian terima kasih kerana membaca. Selamat berjalan ke kafe Lee Jong Suk^^.

*Mungkin bagi korang perjalanan Wawa bagi ni jauh tapi bagi Wawa ni jer cara Wawa tak nak sesat huhu sebab nak pergi kafe ni pun banyak lorong weiii~ mau masuk nak short cut konon last2 sesat.. padan muka diri sendiri huhu

Suggestion lain: Korang boleh keluar exit 5 Apgujeong Station pun boleh (sebab jalan dia lurus jer sampai hujung baru masuk lorong ke kafe)

Leave a Reply