PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

[KOREA TRAVELOG] BLOSSOM ENTERTAINMENT – SONG JOONG KI & PARK BO GUM

Hari ni baru ada masa nak update blog walaupun dah ramai mintak nak ke bangunan Blossom Entertainment lama sudah. Maaf maaf ye. Dah berzaman baru nak share. Masa tu pergi hari perkahwinan Song Joong Ki dengan Song Hye Kyo kalau tak silap. *Memori lost kejap*

Alamat: 6F, Uno Building, 112-18, Nonhyeon-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea

1) Keluar EXIT 3 GANGNAM-GU OFFICE line 3 atau 7 pun boleh. Belok kanan seperti dibawah.

2) Korang akan lalu lorong jalan nie sampai nampak kedai CU disebelah kiri.

3) Dari kedai CU masuk jalan nie sampai nampak Tom n Toms Coffee.

4) Masuk lorong Tom n Toms Coffee terus korang boleh nampak board list company Blossom Entertainment. Bersebelahan Tom n Toms Coffee.

5) Tada! Blossom Entertainment. Tingkat 5 & 6.

Masa tu pergi tingkat 5 jadi ambik gambar sebagai kenangan. Tetibe ada ahjushi turun tangga dari tingkat 6 cakap “Park Bo Gum?”. Angguk jer masa tu padahal tengah berborak pasal Song Joong Ki kahwin. Masa ni kan Park Bo Gum tengah hot dipasaran lol. Tengok-tengok office sunyi sepi macam tak ada orang. Mungkin pergi majlis kahwin Song Joong Ki kot haha. Lepas tu beredar lar dari situ menuju ke tempat lain pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *