TRAVEL: ARAB SAUDI

KONGSI PENGALAMAN UMRAH: SIM KAD / INTERNET DI MEKAH DAN MADINAH – PAKEJ UMRAH & HAJI

Kalau nak pergi umrah atau haji benda yang penting nak cari adalah sim kad. Tak ada internet macam mana nak komunikasi dengan family kan? Kita mana tau kot kat sana tetiba terpisah dengan family atau jemaah lain semasa nak buat umrah atau haji dengan ramai orang kat sana. Jadi memang memerlukan sim kad. Korang boleh beli sama ada sim kad kat Malaysia yang menawarkan pakej untuk haji & umrah pun boleh tapi untuk post ni Wawa hanya kongsi sim kad di Jeddah.

Masa mula-mula sampai di airport Jeddah, keluar jer dari airport nak ke stesen bas korang akan di datangi dengan beberapa orang yang hulurkan sim kad. 2 benda yang dorang akan minta adalah visa umrah/haji dan passport untuk pendaftaran. Sim kad adalah percuma. Dorang akan scan ibu jari juga. Di King Abdul Aziz International Aiport yang nampak ada booth ZAIN. Kalau korang beli pakej siap-siap pun boleh. Wawa beli pakej umrah masa dah sampai Madinah.

NOTA: Wawa sarankan korang buat pendaftaran sim kad semasa di airport sebab nanti dah sampai Madinah/ Mekah, Mutawif akan pegang kita punya passport. Visa memang dorang lekat kat dalam passport. Nanti korang susah nak buat pendaftaran bila dah sampai Mekah/ Madinah.

Ada 3 jenis syarikat yang popular:

  • Mobily
  • Zain
  • STC

Wawa dapat sim kad dari Mobily dan adik dapat Zain. Dah sampai Madinah Wawa pergi sendiri beli pakej umrah yang ditawarkan oleh Mobily masa tu 2GB berharga 99 riyal. Tapi adik Wawa beli pakej umrah untuk Zain jauh lebih murah wehh dari Mobily. Cuma 29 riyal jer untuk 2GB. Tapi dah dapat Mobily nak buat macam mana kan dah tak boleh tukar. Sebab tu la kena survey dulu huhuhu. Zain boleh dapat 5GB tau berharga 50 riyal jer.

Pakej Umrah & Haji untuk Zain
Pakej Haji & Umrah untuk Mobily
Dapat sim kad Mobily semasa pendaftaran di airport

NOTA: Sebelum korang datang ke Arab Saudi, korang kena download siap- siap aplikasi imo sebab kat sini dorang block aplikasi WhatsApp. Tak boleh voice call & video call tapi chat boleh. Wawa dah cuba buat video call guna Facebook boleh kat sini. Dah cuba download imo kat Madinah masa tu agak sukar nak verify nombor, last-last uninstall imo dan guna Facebook jer.

Wawa pergi booth Mobily kat Madinah memang dekat jer dengan hotel yang kami duduk berdekatan pintu 6 Masjid Nabawi. Korang boleh minta tolong Mutawif buatkan terutama untuk jemaah yang dah berusia tapi Wawa pergi buat sendiri jer. Berkomunikasi pakai bahasa isyarat. Hulur handphone dengan sim kad kat dorang dan tunjuk nak pakej mana, bayar. Settle!

NOTA: Sebelum beredar dari booth pastikan check dulu ada internet atau tak. Cuba buka youtube, facebook atau apa-apa aplikasi online untuk test. Masa Wawa buat pak arab tu dah test depan-depan tunjuk buka YouTube.

Booth-booth Zain, Mobily dan juga STC di Mekah & Madinah

Di pintu 7 Masjid Nabawi (Madinah)
Di pintu 21 Masjid Nabawi (Madinah)
Berdekatan dengan Masjidil Haram (Mekah)

Tambahan: Disini dorang menggunakan plug jenis G.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *