TRAVEL: KOREA SELATAN

KMOVIE: LOKASI PENGGAMBARAN PARASITE

Lepas tengok movie Parasite ni, sebenarnya banyak moral yang disampaikan terutama gap diantara keluarga orang kaya dengan keluarga orang miskin. Movie ni kaut kemenangan sebanyak 4 award di OSCARS 2020: Best Picture, Best Director, Best Original Screenplay dan Best International Feature. Rekemen korang patut layan movie ni. Untuk yang dah layan, dah tentu sebagai peminat Parasite nak terjah tempat-tempat penggambaran dorang kan? Tapi sekarang kan tengah hot Corona Virus sana jadi boleh simpan dulu nanti dah reda boleh pergi terjah.

1. Woori Supermarket (Doijissal Supermarket 돼지 쌀 슈퍼)

Ni adalah lokasi di mana Ki-woo dah mencadangkan untuk mengambil part time tutor daripada kawan dia (Park Seo-joon). Dalam filem ni, nama supermarket tu muncul sebagai Supermarket Woori, tapi nama sebenarnya adalah Supermarket Doijissal. Tempat ni menjadi salah satu daripada lawatan yang mesti dilawati dalam lokasi penggambaran Parasite, yang menarik ramai pelancong mengambil gambar pasar raya ni.

Alamat: 32, Songijeong-ro, Mapo-gu, Seoul

Waktu Operasi: 08:30~24:30 (Setiap Hari)

Direction: Subway Line 2 or 5 Exit 6 Chungjeongno Station, jalan kaki 10 minit

2. Tangga ke rumah Park

Ni tangga kat kampung Ki-taek yang muncul di tempat kejadian di mana Ki-Jeong beli buah peach dan bawa ke rumah Park. Terletak hanya satu minit dari Woori Supermarket (Supermarket Doijissal), tangga mungkin kelihatan seperti tangga biasa, tapi tempat ni menjadi tempat yang mesti dilawati untuk penggemar Parasite. Pelawat diminta untuk tidak membuat bising atau gangguan kepada penduduk di kawasan ni sebab tempat ni kawasan kediaman yang sunyi.

Alamat: 3, Songijeong-ro 6-gil, Mapo-gu, Seoul

Direction : Subway Line 2 or Line 5 Exit 6 Chungjeongno Station, jalan kaki 10 minit, 1 minit dari Doijissal Supermarket

3. Tangga Jahamun Tunnel

Tempat di mana keluarga Ki-taek keluar melarikan diri dari rumah Park apabila dorang pulang ke rumah tanpa disangka-sangka dalam perjalanan perkhemahan yang dibatalkan sebab hujan lebat adalah tangga Jahamun Tunnel. Bong Joon-ho memilih lokasi ni untuk menggambarkan perbezaan kelas melalui tangga. Semasa korang tengok tangga curam di seberang jalan, imej keluarga Ki-taek turun dengan cepat ke kawasan kejiranan yang miskin. Secara khususnya, bahagian dalam terowong tu mempunyai suasana yang menyeramkan sama macam yang ditunjukkan dalam filem tu.

Alamat: 219, Jahamun-ro, Jongno-gu, Seoul

Directions: Subway Line 3 Exit 2 Gyeongbokgung Station, jalan kaki 10 minit

4. Pizza Age (Sky Pizza)

Tempat ni dipanggil ‘Sky Pizza,’ bukan Pizza Age. Ni adalah kedai pizza yang dikendalikan oleh keluarga tempatan yang dah berada kat sini selama 17 tahun. Dikatakan sebenarnya pemilik kedai pizza ni yang mengajar dorang cara melipat kotak pizza. Kotak pizza yang digunakan untuk penggambaran dipaparkan di dalam kedai untuk menarik pengunjung. Di luar kedai, korang boleh tengok gambar pemilik kedai dengan pengarah Bong Joon-ho. Hidangan istimewa di kedai adalah ‘deep-fried chicken’, ‘Rich Gold Sweet Potato Pizza’ diperbuat dari natural cheese, dan ‘Dakgangjeong’ dibuat dengan sos khas manis dan asam oleh pemiliknya.

Alamat: 86, Noryangjin-ro 6-gil, Dongjak-gu, Seoul

Waktu Operasi: 10:00~22:00, setiap hari (reservations possible outside the operating hours)

Contact: +82-2-822-3082

Directions: Subway Line 1 & Line  Exit 6 Noryangjin Station, jalan kaki 10 minit

5. Goyang Aqua Studio

Tempat ni digunakan untuk penggambaran scene banjir di kawasan perumahan keluarga Ki-taek. Ada 20 bangunan yang dibina semasa penggambaran dijalankan tapi dah diturunkan semua lepas habis penggambaran pada tahun 2018. Akan datang dijangka bandar Goyang akan membina semula set penggambaran ni balik dan dijangka akan siap pada tahun 2026. Tak sabar kan? Harap masa ni dah reda Cik Corona.

Alamat: 250, Tongil-ro 396beon-gil, Deogyang-gu, Goyang-si, Goyang-si(565, Ogeum-dong)

Directions: Subway Line 3 Samsong Station (Exit 4) naik Maeul-bus 093. Turun di Seongeun Nongwon. 15 minit jalan kaki ke Studio.
Bas: Bulgwang Station, Bus 703, 333, or 760. Turun di Sinwon-dong
Yeokchon Station, Bus 330. Turun di Sinwon-dong

6. Seongbuk-dong

Apabila Kim Ki Woo sedang dalam perjalanan ke temuduga kerja tuisyennya, untuk bertemu dengan Park buat kali pertama, dia berjalan di kawasan rumah yang mewah yang bernama Seongbuk-dong.

Kejiranan bukit mewah di Seoul adalah rumah kepada kediaman duta besar, galeri seni dan kafe.

Alamat: 24, Seonjam-ro 8-gil, Seongbuk-gu, Seoul

Direction: Subway line 4 turun di Hansung University exit 6, naik bas no.1111 turun di Dongbang Culture Graduate University dan jalan kaki 10 minit.

7. Orga Whole Foods

Orga Whole Foods adalah kedai menghasilkan produk segar, barangan rumah, dan produk kosmetik. Cawangan pasaraya khusus ni adalah di mana Puan Park berbelanja untuk pesta ulang tahun anaknya.

Alamat: 4, Yangjae-daero 71-gil, Songpa-gu, Seoul

Direction: Subway Line 5 turun di Bangi Station dan jalan kaki 5 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *