EVENT PAST CONTENTS RECREATED

JAPAN EXPO MALAYSIA 2019! – AKB48 DATANG UNTUK PERTAMA KALI KE KUALA LUMPUR

Tahun ni datang lagi Japan Expo Malaysia yang akan berlangsung pada 26~28 Julai nanti di Pavilion KL yang dianjurkan oleh G-Yu Creative Co Ptd dan Siam Connection Sdn Bhd. Setiap tahun dorang akan adakan event ni dan kemeriahan tak pernah mengecewakan tapi kali ni lagi hebat daripada sebelum ni. Tapi sebelum tu kita throwback tahun yang lepas-lepas. Sebelum ni artis utama yang dijemput Pikotaro yang popular dengan lagu PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) yang menjadi viral dan ramai buat parodi. Walaupun Pikotaro datang untuk 2 tahun berturut-turut tapi tetap kemeriahan tu tak hilang.Selain live performance daripada artis-artis terdapat juga fashion show, info-info travel ke Jepun, makanan Jepun, belajar budaya jepun, cosplay, nak sambung belajar kat Jepun pun boleh datang untuk dapatkan info-info ni kat booth dan pelbagai aktiviti masa tu.

Korang boleh bergambar dengan artis-artis kegemaran dan juga dapat autograf dorang! Selain tu boleh bermain game bersama-sama dengan artis. Menarik kan?Jadi untuk tahun ni dorang buat perubahan dan bawa Harupiii, KiREI, Yoyogi Jyoshi Ongakuin dan ada juga pertunjukan budaya Jepun.

Artis utama yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat artis Jepun adalah AKB48! pada 27 Julai nanti. Kumpulan ni bermula dengan 48 orang ahli dan membesar hingga ke 106 orang ahli setakat ni (last updated semalam) yang terbahagi kepada Team A,K,B,4 dan 8 yang berkonsepkan “idols you can meet” berbeza dengan kumpulan pop lain yang biasa muncul di kaca tv dimana team ni boleh rotate performance dan perform secara serentak di beberapa event. Dengan popularity AKB48, konsep ni juga diperluaskan lagi ke luar Jepun antaranya di Indonesia, Thailand, Philippines, Taiwan, China, Vietnam dan India.Selain tu, AKB48 juga memasuki pertandingan reality show yang popular di Korea Selatan, Produce48 untuk musim ketiga Produce 101. Akhir pertandingan, 3 orang ahli AKB48 terpilih dan berjaya debut sebagai IZ*ONE.

Dengan kedatangan AKB48, korang berpeluang untuk menyertai aktiviti bersama-sama dengan AKB48 atas pentas! Siapakah ahli AKB48 yang akan datang nanti? Korang boleh teka siapa? Follow @JapanExpoMalaysia untuk maklumat lanjut. Pemberitahuan akan dibuat pada 7 Jun nanti. Event ni adalah FREE!!! Sila share-share post ni dan pakat ajak kawan-kawan, keluarga, saudara mara dan siapa-siapa lar datang sekali!

Date: 26 ~ 28 JULAI 2019

Time: 10.00 PAGI ~ 9.00 MALAM

Venue: PAVILION KUALA LUMPUR

Entry: FREE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *