MAKAN2: SELANGOR PAST CONTENTS RECREATED

[JALAN2 CARI MAKAN] OW:L ESPRESSO @ SS15 SUBANG: PENGUIN ATAU SNOWMAN?

Post kali ni untuk orang-orang kat luar sana yang gemar makan bingsu. Pertama kali jejak kaki kat kawasan SS15 disebabkan ditarik oleh kawan-kawan yang jenis kaki makan juga. Apa yang menarik kat sini? Dorang punya bingsu yang kreatif dan menarik perhatian. Sangat comel I TOLD YOU!~ Sayang nak makan! Tapi sebelum makan dah tentu ambil gambar dulu.

Ada rupa penguin atau snowman? Dari jauh masa nak pergi ambil macam rupa sabun yang terkumpul jadi snowman tapi sebenarnya tu gula-gula kapas. Di dalam tu ada tersoroknya bingsu. Tangan tu dorang letak Pepero. Mata dan butang menggunakan biskut oreo.

Kesian bingsu tu dah cair disebabkan kiteorang 6 orang teruja sangat tengok bingsu comel ni. Mana taknya sorang-sorang ambil gambar haha. 

Bingsu ni boleh share-share makan. Kalau sorang risau nanti ada yang tak boleh habis. Selain Penguin Bingsu ada juga bingsu yang lain.

Menu yang dorang ada kat sini bukan sahaja bingsu. Wawa terlupa pulak nak ambil gambar menu dorang jadi ambil kat sumber lain.

Macam mana nak pergi ke sini? 

1) Naik LRT PUTRA turun SS15

2) Alamat: A-2-1 Menara Rajawali, Jalan SS15/8, Subang Jaya 47500 Malaysia. Kedai berada di tingkat 1. Bersebelahan dengan Kolej Antarabangsa INTI, Subang.

3) Waktu beroperasi: Setiap hari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Kebanyakan yang datang makan adalah golongan pelajar-pelajar. Okay setakat ni saja post kali ni. Ada kawan suka makan? Tekan butang ‘SHARE’ kat bawah bagitau kawan.

Leave a Reply