EVENT PAST CONTENTS RECREATED

[INFO EVENT] CARA BELI TIKET KPOP SENSATION 2017 SECARA ONLINE – KANG GARY & JESSICA JUNG

Haa ramai yang tanya Wawa macam mana nak beli online lagi-lagi yang tinggal kat KL ni dan konsert pula kat Penang. Meh Wawa kasi tau.

1) Pergi website ni http://buytickets.com.my

2) Klik ‘KPOP Sensation 2017‘ di bahagian SPECIAL EVENT HIGHLIGHTS.

3) Klik button ‘BUY ONLINE

4) Korang akan ke page ni dan scroll ke bawah sampai jumpa ‘KPOP SENSATION 2017’. KLIK ‘BUY NOW‘.

5) Pop up sign in akan keluar. Dah daftar? Teruskan sign in. Belum sila daftar dulu sebelum sign in. (Dah daftar sila skip step 6)

6) Belum daftar sila taip detail yang dorang nak terutama yang bertanda bintang (*) mesti kena isi. Selesai isi. Klik ‘ACCEPT & REGISTER‘.

7) Masa LOGIN masuk korang akan ke page ni. Korang kena patah balik ke step 4 sebelum ni untuk cari balik BUY NOW. Agak melecehkan juga sebab kena patah balik lepas login. Jadi kena login siap-siap dulu.

8) Lepas tu akan keluar yang ni STEP 1 klik tarikh

10) STEP 2 pilih berapa tiket nak beli

11) STEP 3 pilih zon yang korang nak. Klik pada gambar seating plan tu untuk pilih.

12) STEP 4 pilih seat mana nak. Warna merah dah ada orang beli. Pilih yang berwarna HIJAU sahaja.

13) STEP 5 letak “GW520” untuk dapat DISKAUN 5%.

14) Klik ‘Redeem Coupon’ dan harga akan ditolak 5% diskaun.

15) STEP 6 buat pembayaran. Hanya kad debit atau kredit kad sahaja boleh. Tak ada kad kredit guna kad debit.

Dah selesai pembayaran korang akan terima emel untuk tebus tiket korang nanti. Bila boleh tebus? Dorang cakap boleh tebus pada HARI EVENT pukul 2pm. Digalakkan tebus tiket seawal mungkin untuk mengelakkan beratur panjang.

Setakat ni faham tak? Share kat kawan-kawan yang belum tau dan tak tau cara nak beli online tiket KPOP SENSATION 2017. Kirim salam Wawa kat Gary dan juga Jessica ye^^ Selalu tak ada jodoh bertembung dengan dorang berdua ni. Huhu.

*GAMBAR TIDAK DAPAT DIPULIHKAN SEPERTI SEDIAKALA*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *