EVENT PAST CONTENTS RECREATED

[HOLLYWOOD EVENT] RED CARPET BABY DRIVER & PREMIER MOVIE SCREENING

Baru seminggu lepas masih rindu lagi sampai sekarang. Layanan kedua-dua pelakon Ansel Elgort, Lily James dan juga pengarah Baby Driver ni Edgar Wright tak pernah nak penat dari mula pintu masuk Pavilion sampai habis event tanpa henti layan semua peminat terutama Ansel. Ansel terserlah begitu teruja dengan peminat-peminat kat Malaysia ni. Bukan tu sahaja, katanya dia suka makan durian. Bukan semua artis luar boleh terima durian ni kan. Jom tengok video penuh yang dirakam pada minggu lepas.

Nampak tak? Layanan memang SuperB untuk semua peminat. Di akhir video Ansel beria-ria sangat nak ambil selfie dengan peminat semua. Media bukan Malaysia sahaja tapi ada yang datang dari Filipina, Indonesia, Singapura, dan juga Hong Kong.

Red Carpet dan movie screening Baby Driver berlansung pada  17 Julai 2017 hari Isnin yang lepas. Wawa berpeluang dapat berjumpa dengan Ansel, Lily, Edgar dan juga buah hati Ansel, Violetta dengan lebih dekat.

Bukan tu sahaja, Wawa berpeluang untuk menonton Baby Driver movie ni di GSC Pavilion selepas event Red Carpet. Rating boleh bagi 8/10 bintang!. Eh mana lagi 2 bintang? Jalan cerita ala-ala zaman dulu tapi aksi dalam cerita ni BEST cuma ada beberapa part tu agak bosan bila dah masuk dialog yang panjang dan buat Wawa rasa mengantuk. Tak pasti mungkin sebab lewat sangat ditayangkan pukul 9.30 malam dan habis lebih kurang pukul 11 lebih. Kemungkinan penat lepas baru balik dari kelas dan menunggu artis datang mengambil masa yang lama tapi memang enjoy tengok cerita ni! Baby Driver ni pun dah keluar wayang pada hari khamis yang lepas. Tengok jangan tak tengok!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *