MAKAN2: SELANGOR

DOOKKI KOREAN TOPOKKI BUFFET: MAKAN SAMPAI KENYANG

Annyeong yeorobun! Kali ni nak share 1 restoran Korea kat IOI City Mall. Kat sini korang boleh makan seberapa banyak yang boleh dalam masa 90 minit. Cukup ke masa tu? Cukup! Wa pun duduk makan situ hampir 90 minit jugak la sebab nak try semua makanan kat situ. Rugi tau kalau tak cuba semua. Rekemen datang dengan kawan-kawan atau family. Baru syok!

Datang ke sini sebenarnya nak main ice skating. Pergi usha harga ice skating dulu baru nak pergi cari makan. Ternampak la Dookki, baru teringat sebelum ni nak makan sini beratur panjang jadi hajat tu tak sampai la. Malas nak beratur panjang-panjang. Kali ni akhirnya dapat la merasa. Kempunan dulu dulu dulu tak dapat. Nampak tak punya lama nak makan sini tak dapat-dapat.

Datang kena pulak masa promosi. Jadi hanya RM29.80 jer seorang. Masa datang ni dalam pukul 12:40 tengah hari. Hari Khamis. Nasib tak ramai. Kalau ramai memang tak beratur la lagi-lagi kalau perut tengah mengaum macam harimau kan. Nak beratur dan tunggu masa 1 hal hahaha. Harga biasa dia RM35.80. Banyak jimatkan kalau korang datang weekday berbanding hari hujung minggu dan cuti awam.

Dookki ni nama dia maksud “Two Meals” haa sebab tu konsep restoran ni ada 1st meal dan 2nd meal. 1st meal dorang rekemen untuk cuba Topokki Hotpot dan lepas tu baki Topokki tak habis boleh sambung 2nd meal nasi goreng kimchi.

Dorang kemas meja dan letak peralatan baru la bagi kami ni masuk dan duduk. Dorang akan tanya pernah datang sini ke atau 1st time. Memandangkan Wa datang pertama kali jadi dorang terangkan kegunaan peralatan kat situ. Pinggan mangkuk dia banyak tau. Konfius Wa nak guna mana satu. Jadi blur kejap. Tapi tak apa dorang terangkan kegunaan semua tu.

Kat tepi meja ada tisu disediakan dan juga tong sampah kecil. Nampak tak ada mangkuk berapa, pinggan lagi haha. Mangkuk besar tu korang boleh letak bahan-bahan Topokki. Pan kecil comel tu korang letak sos. Staf kat situ dah tolong ambilkan kimchi guna pan kecil tu. Dia ada tanya nak level pedas macam mana semua tu la. Memang complete dorang terangkan kat Wa yang beginner ni. Eh huhu. Ada lagi 1 pan sederhana untuk jadi pinggan korang makan. Chopstik dengan sudu kena ambil sendiri kat Self Bar tu. Air ada kat belakang ambil sendiri. Ada air kosong dan air lemon korang boleh pilih.

Jenis Wa suka ambil sikit-sikit dulu, dah habis baru bangun pergi tambah. Kang ambil banyak takut tak habis. Nanti membazir dah pulak kena caj RM20 kalau tak habis. Semestinya paling banyak dan berulang Wa ambil, Topokki hehe. Daging ayam Wa tak ambil sebab dah melantak habis kat restoran buffet Thai sebelum ni hehe. Insyaallah kalau ada masa Wa share buffet Thai hari tu Wa makan.

1st meal letak Ramyeon lepas tu 2nd meal letak Yee Mee. Bila dah makan Wa lagi suka Ramyeon berbanding Yee Mee tu. Banyak pilihan sampai pening tak tau nak rasa yang mana. Nak try semua takut tak habis kang. Korang pun boleh nampak sendiri. Banyak kan menu dorang! Dorang pun sentiasa refill kalau dah habis makanan jadi korang tak akan nampak kosong. Pergi kutip bahan-bahan Topokki sampai lupa nak buka mask. Aigoo~

Oh ye. Wa tambah Ala Carte Double Cheese Ring, jadi perlu tambah RM16.80. Susah kalau dah minat cheese tu mesti kena ambil nanti menyesal hahah. Harga tu boleh jer tutup dua belah mata dan bayar hehe. Makan tak berkira duit. Hanya orang yang suka makan jer paham! Korang suka makan kan kan kan? Jadi lah macam Wawa jangan diet tapi akan jumpa Mr Hwajangshil selalu.

Bila rasa makan tak puas kau bangun pergi tambah lagi untuk 3rd meal. Gambar atas ni la jadinya. Sampai dah betul-betul penuh perut dan tinggal 10 minit lagi masa makan nak habis. Kat resit ada tulis tau pukul berapa korang kena habis makan sebab dorang bagi 90 minit jer tau. Guna lah masa tu sepuas-puasnya makan.^^ Tang akhir tu Wa sorang jer melantak. Kawan dah give up jadi ambil cukup untuk wa sorang nak merasa. Hujan-hujan ni sedap pekena Odeng fuhhh~! Odeng cicah sos Gungjung rasa nikmatnya. Lagi sedap kalau ada sekali Bungeoppang. Hah! Ingat ni street food ke nak makan~ hehe Rindu Korea^^

Dah kenyang? Of course kenyang sangat sampai nak usung perut bawa balik pun malas. Drive balik pun terasa perut keras makan banyak sangat. Hanya orang drive jer boleh feeling macam mana rasa driving bila perut tengah penuh. Hehe. Oh lupa, bila dah habis makan staf dorang akan sanitasi bukan kat meja jer tapi juga kat kerusi haa baguskan nak bandingkan tempat lain kebanyakan sanitasi meja jer. Lastly, Wa rekemen korang try makan sini. Sekian^^

Status Halal: Restoran ni adalah Muslim Friendly. Daging dan ayam dari supplier yang dah ada sijil Halal. Tak ada sos Gochujang.


Leave a Reply