TRAVEL: JOHOR

Cara Nak Pergi Ke Tasik Biru, Kangkar Pulai, Johor

Sebenarnya plan nak pergi sini dah lama tapi tak kesampaian. Masa PKP ada la usha kejap google tapi kata tempat tu tutup. Tak ingat masa tu usha pukul berapa. Tengok ramai dok post pergi sini. Banyak blog dan video Wa cari tapi tak ada yang jumpa betul-betul tunjuk jalan. Ada yang memeningkan juga. Ye la nak masuk hutan kan plus pergi sini memang kena hiking.

Bila dah sampai Johor dengan kengkawan tanpa hala tuju baru lepas makan Murtabak Singapura. Kawan tanya next nak pergi mana? Tup tup tergerak hati nak check balik Tasik Biru. Alang-alang tak hujan kan. Tengok eh buka! Apa lagi kan. Lepas tu waze jer Tasik Biru, sampai je eh nak masuk mana. Banyak pula lori keluar masuk dan ada tanda papan DILARANG MASUK.

Lepas tu teringat la ada tengok 1 blog ni kata akan nampak banyak kereta akan parking tepi jalan. Patah balik dan jumpa la kereta banyak parking kat tepi jalan. Tu pun agak was-was juga la sebab ada papan tanda tu. Betul ke tempat ni. Berapa minit kemudian nampak la 1 apek keluar dari situ kami pun tanya. Dia pun kompem ye betul masuk ikut sini.. Jadi korang? Kalau nak pergi, Wa share kat bawah ni cara nak pergi. Harap korang tak sesat hehe 🙂

  1. Korang akan jumpa palang dan papan tanda DILARANG MASUK. Wa pesan awal-awal ye ni atas risiko sendiri. Korang boleh parking kat tepi tu. Sebenarnya ada lagi 1 jalan yang korang boleh bawa kereta masuk sana tapi kena hati-hati lori keluar dan masuk plus jalan tak rata banyak batu-batu. Kalau tak nak kotor kereta tu baik parking sini.

2. Korang masuk terus je akan nampak papan tanda ni

3. Teruskan perjalan korang sampai disebelah kanan korang akan nampak pokok-pokok kelapa dengan papan tanda. Kalau korang datang masa panas, berjemur la korang hehe.

4. Teruskan perjalanan korang akan nampak 2 jalan. Ha masa ni kami dah konfius mana nak ambik jalan. Nasib kebetulan ada 1 family indian turun dari situ. Dia cakap ikut je jalan yang besar ni sampai atas. Jadi kami ambik jalan sebelah kanan.

5. Terus korang akan nampak 1 jalan terus dan 1 jalan menaik cerun bukit. Masa ni kami dah berpecah 2. Wa dengan sorang kawan naik ikut cerun bukit tu sebelah kanan. Nak mencabar diri kan hehe. Ikut jalan cerun tu dekat berbanding jalan yang terus tu kena jalan jauh sikit. 2 orang kawan lagi terus.

6. Masa naik tu semput la jugak dan berhenti kejap minum air. Nak cabar lagi kan hehe. Kena pakai kasut tau, kalau pakai selipar tu memang tak sesuai untuk hiking ni. Mau kaki korang luka nanti kang. Tak pun terseliuh. Hati-hati tau mendaki.

7. Naik sampai atas korang pergi jalan ke kanan. Tak jauh dah nak tengok tasik biru tu.

8. Terus je korang dah nampak TASIK BIRU! Cantik kan?

Kami buat keputusan nak ambik gambar kat sini. Angle gambar kat sini cantik tapi! Merbahaya tau! Jangan ikut macam kami ni. Kat sini juga kami jumpa lagi 2 orang kawan kami tadi berpisah. Lambat sikit sampai. Kawan sorang tu siap bawa lagi keropok. Kan monyet dah datang haha nak berkawan minta makan. hehe. Pesanan: Kalau bawa makanan tu lepas makan sila bawa balik sampah tu ye, jangan buang merata-rata disini.

Wa dengan sorang kawan je sanggup turun cerun ke bawah tu. Bergambar kat hujung batu tu. Kalau korang tak nak atau takut. Korang boleh ambik jalan yang lain. Masa korang nampak tasik ni kalau korang teruskan lagi jalan boleh je jumpa dan bergambar kat bawah sana. Tak ada la menakutkan macam kami ambik gambar kat sini.

Kalau ada yang tengok story instagram Wa ada post cerun nak turun pergi ambik gambar kat hujung batu. Menggeletar juga la kaki ambik gambar kat situ. Dup dap dup dap weh!

Nota untuk korang: Nak pergi sini pakai pakaian yang bersesuaian untuk mendaki dan kasut sukan. Jangan jadi macam Wa. Tak plan plus dah la pakai baju seluar yang tak sesuai. huhu. Tak perlu bawa beg kalau semata-mata mendaki untuk bergambar kat Tasik Biru. Nanti jadi beban kat bahu lagi berat nak mendaki. Bawa tongkat sakti eh tongkat kot tak larat nak mendaki jadi tongkat tu jadi sokongan. Perjalananan pergi dan balik makan masa 1 jam 15 minit siap bergambar banyak shot!

Itu saja! Selamat mendaki!

2 thoughts on “Cara Nak Pergi Ke Tasik Biru, Kangkar Pulai, Johor”

Leave a Reply to SitiYangMenaip Cancel reply