LIFESTYLE

CARA DAFTAR KEMATIAN DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN)

Nak ikutkan hari Isnin hari tu dah boleh selesaikan tapi disebabkan sekarang musim covid19 ni kita perlu buat temujanji atau appointment dahulu. Wa ingatkan nak selesaikan je kat JPN Gombak sebab dekat dengan rumah tapi malangnya sampai je sukarela yang jaga kat situ kata kena buat temujanji dahulu.

Jadi dia ada bagi QR Code untuk scan buat temujanji. Check-check kat UTC Keramat dan JPN Gombak penuh pulak untuk hari Isnin dan Selasa. Tengok JPN Putrajaya ada kosong untuk hari Selasa. Makk aiiihh nak kena pergi jauh pulak. Jadi ambik la sesi pagi so boleh siapkan cepat. Korang boleh layari website: www.jpn.gov.my scan je code kat situ untuk buat temujanji sebelum pergi.

Dah buat temujanji korang kena la sediakan dokumen yang JPN nak. Korang boleh tengok link ni: www.jpn.gov.my/tag/kematian/. Tak nak pening la, sebagai anak kepada simati korang perlu bawa Kad Pengenalan IC dan salinan Sijil Kematian je. Kalau suami/isteri perlu bawa Sijil Perkahwinan dengan salinan Sijil Kematian. Salinan Sijil Kematian ni korang boleh dapatkan masa kat hospital.

Salinan Sijil Kematian

Kalau pergi JPN Putrajaya ni parking alhamdulillah senang la. Parking free kat tepi bangunan JPN ni je. Nak parking dalam tak tau la berapa kena caj. Kereta pon tak banyak. Sampai je korang kena pakai mask dan jaga jarak 1 meter seperti mana dorang dah sarankan kat website temujanji dan juga sepanjang jalan nak ke JPN^^.

Nanti sampai kat pintu ada pegawai akan tanya ada buat temujanji kalau ada boleh terus masuk. Tapi sebelum tu kena la scan guna apps MYSejahtera dan check suhu. Lebih dari 37.5’c tak boleh masuk. Sorang scan dah boleh masuk kami 3 orang. Terus naik ke aras 3. Ambik nombor giliran kat kaunter pendaftaran disebelah escalator ni je.

Walaupun kat website temujanji tu ada maklumkan suruh datang awal 15 minit, Wa sarankan pergi lebih awal lagi sebab kami sampai awal 9:50pagi sepatutnya temujanji 10:10pagi. Tunggu sampai 1 jam setengah uiiii nombor nak dipanggil padahal gap 4 nombor je pon! Pegawai nak siapkan sijil sebenarnya tak sampai pon 5minit dah siap. Nama dipanggil dan ambik. Cuma bayar RM3 je kalau nak sampul sijil. Tak payah bayar RM10 seperti mana tulis kat website JPN.

Senang je nak buat tapi masa menunggu tu la yang buat penat T.T. Harap info ni berguna^^ kita tak tahu bila orang terdekat kita akan meninggal jadi bersiap sedia la. Tak kira muda ke tua. Ajal kita tak tahu..

Leave a Reply