LIFESTYLE

CARA BAYAR SAMAN DBKL SECARA ONLINE

Hai! Baru-baru ni Abah wa kena saman sebab tak bayar parking. Jadi kali ni wa nak share cara bayar secara online. Sekarang dah senang, tak payah susah-susah nak pergi DBKL, nak cari parking lagi, nak bayar duit parking lagi, habis masa nak ke sana, kan? Jimat petrol bila dah boleh buat secara online.

Boleh check saman kat website DBKL atau melalui link ini: Semak Notis Saman

Masukkan No Kenderaan dan IC. Tekan Proses.

Jadi akan papar detail tempat, masa dan status pembayaran.

Dulu pernah wa kena saman sebab tak bayar parking, bayar online melalui MyEG tapi sekarang tak tau kenapa tak boleh bayar dah kat situ. Lepas godek-godek info rupanya sekarang dah boleh bayar guna perbankan online. Jadi wa bayar melalui Maybank2U. Step-step nya boleh follow bawah:

Step 1: Login Maybank2U. Klik Pay & Transfer. Bahagian Pay: Pay To cari DBKL

Step 2: Isi Amount bayaran saman, nombor kompaun dan nombor kenderaan. Tekan Pay! dan siap! Senangkan?!

Pada keesokkannya dah boleh check balik status pembayaran saman. Kalau dah bertukar status ke B maknanya dah bayar seperti gambar dibawah. Kalau masih status T maknanya belum selesai bayar.

Ok sekian sharing untuk post hari ni ๐Ÿ™‚

Leave a Reply