MAKAN2: SELANGOR

BURGER ON 16: SIAPA SANGKA BURGER NI BURGER SAYUR BAYAM?

Kalau korang masih ingat Wa pernah post article sebelum ni. Jadi wa ade buat a few survey masa tu dan tertarik dengan keunikan burger dorang ni berbanding dengan burger tempat lain. Masa tu menu yang menarik wa nampak adalah California Cheese Skirt. Mana nak dapat burger yang ade cheese yang dibuat bentuk skirt? Lagi pulak dalam ade daging patty favourite wa. So decided nak try menu tu tapi alangkah sedihnya masa tu tak sempat nak pergi rasa, kena pulak hadap PKP.

Alhamdulillah hari Selasa (30 June 2020) yang lepas wa dijemput ke Burger On 16. Dapat la jugak merasa akhirnya! Tapi yang menariknya bukan burger yang wa inginkan tapi dorang rekemen wa Spinach Burger (Burger Sayur Bayam). Dorang tanya wa makan sayur tak? Wa cakap ya tapi sebenarnya wa ni memilih sayur πŸ˜‚ kadang-kadang makan kadang tak. Jadi wa cabar diri sendiri untuk cuba makan Burger Sayur Bayam ni. Ternyata sedap tu susah nak ungkapkan.

SPINACH BURGER – RM18.90

Percaya atau tak tu burger daging! Eh tak! Burger Sayur Bayam! Serius tak tipu! Korang tengok luaran memang nampak macam burger daging tapi sebenarnya tak. Bak kata Naz JJCM “Korang dah kena tipu!” πŸ˜‚πŸ˜‚. Masa dapat burger ni Wa terpikir boleh ke makan ni? Sedap ke? Sebab seumur hidup tak pernah rasa Burger Sayur Bayam. Kreatif betul otak yang buat burger ni.

Sangat sesuai untuk orang vegetarian yang tak makan daging tapi nak rasa burger korang MESTI! MESTI! kena cuba burger ni! Orang yang teringin nak rasa kelainan pun boleh cuba. Memang sedap. Masa makan tu wa dapat rasa kerangupan luar patty Sayur Bayam ni. Rasa macam makan daging pulak. Terasa dia punya tomato dengan bawang. Kalau tak makan bawang tu korang boleh keluarkan sebab dorang potong secara bentuk ring besar. Korang pun sendiri boleh nampak patty dia tebal. Jadi kalau nak cuba makan ni korang kena perut kosong. Kang nanti makan tak habis.

CALIFORNIA CHEESE SKIRT – RM25.90

Kredit photo: Izzatul

Burger California Cheese Skirt ni kawan wa yang dapat makan. Dia dah kekenyangan jadi separuh bagi wa la makan πŸ˜‚. Wa pun nak merasa jugak burger ni apa yang specialnya. Unik burger ni dia pakai skirt. Burger lain korang pernah ke tengok pakai skirt? Skirt tu diperbuat dari cheese. Wa rekemen kat korang makan time panas-panas baru rasa nikmat burger ni. Bila dah sejuk cheese skirt ni jadi keras jadi tak sedap. Nak makan burger ni agak susah sikit dengan cheese skirt dia lebar kalau pakai garpu better korang potong dan makan pakai tangan. Mana best kalau makan burger guna sudu garpu. Better pakai tangan kan!

Wa suka dia punya patty daging ni yang tak berminyak. Buat wa rasa nak makan patty dia tanpa letak sayur, sos dan bahan-bahan lain. Korang boleh nampak kan daging ni di grill.

Air yang wa dapat Peanut Butter Milkshake – RM12.90 tak teringat nak ambik gambar air ni. Pertama kali juga rasa air kacang dia. Boleh kena dengan tekak wa habis minum. Dorang ada letak cream kat atas air ni.

Pengangkutan:

1) Waze “Burger On 16”. Parking susah. Better park dalam Times Square (guna Touch n Go jer boleh, tiket utk bayar cash tak ada dah). Nak park depan restoran boleh tapi kena tengok-tengok mana tau dapat surat cinta πŸ˜‚.

2) Naik monorel turun stesen Imbi, restoran ni betul-betul belakang Berjaya Times Square

Oh ya! Restoran ni dah shoot untuk masuk rancangan JALAN- JALAN CARI MAKAN yang akan ditayangkan pada bulan Oktober nanti. Nanti dah keluar wa akan share video kat bawah ni πŸ‘‡πŸ‘‡. Sementara tu… Tengok dulu bawah ni 🀭

Dah lama tak tengok show Jalan-jalan Cari Makan. Dulu memang layan jer sebab seronok tengok orang makan, wa pun jadi terliur. Sekarang dah susah nak hadap tv sebab busy kerja jadi kita tengok online jer.


Phone: +60 3-9224 2117
Address: 16, Lorong 1/77a, Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia.
Hours: 11 AM-1 AM (GMT+8) Everyday
E-mail: burgeron16@gmail.com

Website: http://burgeron16.com

2 thoughts on “BURGER ON 16: SIAPA SANGKA BURGER NI BURGER SAYUR BAYAM?”

Leave a Reply