PAST CONTENTS RECREATED REVIEW PENGINAPAN TRAVEL: KOREA SELATAN

BANDAR IKSAN: MOTEL BERKONSEP DRIVE-IN + IKSAN PRISON + SEODONG PARK (LOKASI PENGAMBARAN KDRAMA)

Annyeong! Tak ramai pelancong sampai ke kawasan Jeollabuk-do. Kebanyakan yang datang Korea semua akan pergi ke Seoul dan Busan. Tak kan banyak kali datang nak pergi tempat yang sama jer? Korang tak nak teroka tempat lain? Mungkin salah satu korang tak berani nak teroka tempat lain sebab tak cukup information nak ke suatu tempat kan? Majayo(맞아요) betul tak? Untuk post kali ni Wawa nak share info kat Iksan yang terletak di Jeollabuk-do (Utara Jeolla).

.

.

Tempat penginapan di Iksan kebanyakannya adalah motel. Motel tak sama macam kat Seoul okay. Lagi besar bilik dia walaupun untuk 2 orang tinggal boleh muat 10 orang kat dalam. Tak percaya? Salah satu motel yang Wawa pernah menginap ialah Olleh Muintel.

.

Olleh Muintel

Tak perlu ikut garisan atas. Korang boleh jer lalu mana2 lorong sebab lorong dia lurus dan tak memeningkan. Atau ambik lorong ke 2 dari Terminal Iksan dan jalan terus akan jumpa motel
  • Owner motel ni pernah tinggal kat Malaysia setahun sebab tu dia seronok bila jumpa orang dari Malaysia. 1st time datang memang jumpa owner ni terus. Kali ke-2 datang jumpa pekerja dia.
  • Owner pasangan suami isteri boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Jangan risau.
  • Kali ke-2 datang pekerja dia tak pandai bahasa inggeris jadi kena cakap Korean.
  • Book kat Booking.com
  • Dah sampai sana tunggu sekejap telefon akan berdering kat mesin self check-in (dorang nampak kat CCTV) korang kena angkat tau bagitau nak check in sebab korang dah book kat booking.com. Dorang akan turun dan check booking lepas tu bagi korang kunci.
  • Ada lift jangan risau kalau bawa bagasi
  • Ruang bilik sangat sangat luaaasss dan ada bath tub. Tengok jenis bilik mana korang pilih.
  • Ada sauna mengikut jenis bilik.
  • Nak check out letak kunci kat dalam tin disediakan dalam lift.
  • Kawasan ni ada banyak motel dan tempat karaoke.
  • Ada 7eleven, eMart dan NH mart berdekatan.
  • Motel jenis self check-in.
  • Kalau bawa kereta boleh parking kat bawah motel.
  • Ada komputer kalau nak guna
  • Wifi pun laju. Password ada kat box wifi tepi komputer.
  • Ada pengering rambut, sabun, ubat gigi, berus gigi, jubah mandi, pengikat rambut, tisu, tuala, peti ais.

.

Pengangkutan

  • DongSeoul Bus Terminal (Gangbyeon Station) > Iksan Bus Terminal (13,600won)
  • Sampai Iksan terminal naik bas no.69 turun Dong-igsan 동익산.
  • Nak jalan kaki pun boleh 1km macam tu dari terminal.
  • Buka booking.com direct klik alamat Olleh Muintel. Google map akan bawa.
  • Motel sama lorong dengan 7Eleven (kiri) motel (kanan).
  • Jangan guna google map carian ‘Olleh Muintel’ sebab dia bawa jalan salah. Tapi klik link alamat kat booking.com.

.

IKSAN PRISON SET (LOKASI PENGAMBARAN KDRAMA)

Drama dan movie:

  • Seven Years of Night (7년의 밤) (2018); Suits (2018); Nothing to Lose (2017-18); Criminal Minds (2017); Strongest Deliveryman (2017); Mystery Queen (2017); Tunnel (2017); Signal (2016); Oh My Geum Bi (2016); The K2 (2016)W-Two Worlds (2016)Hello Monster (2015); The Legendary Witch (2014-15); It’s Okay, It’s Love (2014); Endless Love (2014); Two Weeks (2013)

.

.

  • Alamat:11 Wacho-gil, Seongdang-myeon, Iksan, Jeollabuk-do, South Korea
  • 전북 익산시 성당면 와초길 11(성당면 와초리 154-4)
  • Geolocation: 36.069301, 126.931627
  • Naik bas no.42 dari Iksan Bus Terminal turun Hawa (46 stops – 44 minit)

.

.

  • Masuk: PERCUMA
  • Tutup jika ada pengambaran

.

SEODONG PARK & GUNGNAMJI POND (궁남지)

  • Pergi masa ada Buyeo Seodong Lotus Festival bulan Julai tahun 2018
  • Ada bunga teratai dan bunga matahari

.


.
Drama & Movie:

  • Mama Fairy and the Woodcutter (2018); Radio Romance (2018)

.

.

Pengangkutan

  • Masa pergi ni naik kereta parking kat kawasan padang lepas tu naik shuttle bus ke Seodong Park Festival. Mungkin untuk festival sahaja ada untuk shuttle bus.
  • Bas: Nambu Bus Terminal (Seoul) > Buyeo Bus Terminal (2 jam, 12,800 won) > Naik teksi ke Seodong Park (5 minit, 2,000won)
  • Jalan kaki dari Buyeo Bus Terminal 20 minit.
  • Bas: Iksan Bus Terminal > Buyeo Bus Terminal (9,900 won) > Naik teksi
  • Jika bas dari Iksan – Buyeo tak ada korang kena transfer Iksan – Seochon – Buyeo (9,900 won)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *