MAKAN2: SELANGOR

BAKO PLATTER CIK MELUR PERMAISURI IKAN BAKAR DI BANDAR SRI PERMAISURI

Hari tu ada la kawan tag viral makanan ikan bakar kat Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Jadi kiteorang pergi la baru-baru ni nak merasa betul ke sedap yang dorang cakapkan tu. Masa pergi tu awal sangat sampai pukul 3.30 petang padahal kiteorang nak pergi bukan nak makan nasi campur tapi menunggu menu baru dorang Bako Platter. Menu ni start buka pukul 4 petang sampai 12 tengah malam. Kalau datang awal cuma ade nasi campur dengan ikan bakar jer la. Waze jer CIK MELUR PERMAISURI (IKAN BAKAR). Di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri. Masuk-masuk jer dah nampak. Tempat parking ade jangan risau.

Waktu Operasi: (Setiap Hari Buka)

7 pagi – 4 petang (Nasi Campur + Ikan Bakar)

4 petang – 12 tengah malam (Ikan Bakar + Tom Yam)

Masa kiteorang sampai awal jadi order cendol. Sedap time tengah cuaca panas-panas ni makan cendol dulu sementara nak tunggu dorang ni set up barang-barang nak membakar. Kiteorang duduk tak ade pulak staf dia nak ambik order padahal customer tak ramai. Panggil salah sorang staf boleh pulak main tolak-tolak “kau la ambik order” dengan staf lain. Muka kiteorang ni nak makan korang ke?

Masa kiteorang datang ni tak ramai orang al maklum la orang-orang belum balik kerja kena pulak hari Rabu. Dok bergosip sakan dengan member tunggu punya tunggu sampai pukul 4.30 petang baru la dorang dah siap set up semua. Kesian kawan perut dah lapar. Sejam dok kat kedai tu sampai cendol pun dah habis makan. Kiteorang pergi pilih ikan untuk dibakar. Semestinya pilih menu baru dorang, kalau tak.. tak ade la sanggup nak menunggu sampai sejam. Untuk menu Bako Platter ni korang pilih nak Ikan Talapia ke atau Ikan Siakap. Kalau nak Ikan Siakap kena tambah duit la. Menu harga RM44 untuk Ikan Siakap. Ikan Talapia harga RM35 jer.

Menu:

Bako Platter (Ikan Talapia) – RM 42 RM35

Cendol – RM3

TOM YAM CAMPUR – RM6.50

Nasi 3 la untuk kiteorang bertiga. Nasi harga RM1.50 satu ye. Dorang rekemen makan Bako Platter ni cukup untuk 3 – 4 orang. Cik Melur tu cakap la. Tapi bagi Wa perut tangki besar ni cukup untuk 2 – 3 orang makan. Hehehe. Serius! Kenyang beb!

Memang sedap makan weh! Wa paling suka dorang punya sambal ikan bakar tak pedas dengan sos kerang dia masam-masam pedas. Tengok gambar menu dorang, Wa ingatkan tom yam lala rupanya Lala Krim Kari. Terasa dia punya santan dia sedap! Cuma yang kurang dia, sotong tu tak berapa sangat. Tepung goreng tak sedap. Kalau dorang guna sotong merah dicelup tepung ranggup macam ayam goreng KFC tu perghh baru la sedap mengunyah beb. Tom yam campur pun sedap, menyesal order untuk 1 hidangan, patut order 2 hidangan.

Nak datang sini lagi ke tak? Mungkin tak sebab staf nak tak nak layan kiteorang walaupun makanan dorang sedap tapi servis kurang memuaskan. Masa nak pilih ikan pun lama menunggu staf dia padahal customer tak ade. Setakat ni Ikan Bakar Semporna di Pusat Penjaja Metro Prima Kepong sedap dan servis lagi bagus. Sekian.

Nota: Untuk Bako Platter kesabaran korang amat la diperlukan. Masa kiteorang 20 minit jugak la menunggu siap dimasak. Tu masa tak ade customer lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *