EVENT MAKAN2: SELANGOR

AUTHENTIC THAI DESSERT MAKING WORKSHOP BY DIMSUM ENTERTAINMENT – BELAJAR BUAT MANGO STICKY RICE & THAI FLOWER DUMPLING

Pertama kali pergi workshop yang dianjurkan oleh Dimsum Entertainment di Streat Thai Bangsar South. Dorang akan ajar cara buat Khanom Chor Muang (Steamed Flower Dumplings) dan juga Khao Neeo Mamuang (Mango Sticky Rice). Selain tu bukan sahaja mengajar memasak tapi juga ada buat baci (biasa dorang buat untuk celebrate events: perkahwinan, new year & lain-lain) dan umbrella painting. Mango Sticky Rice ni memang one of my favorite food la selain tom yam. First time nak try Flower Dumpling, tu yang datang event ni apa yang menarik?

Event diadakan sempena menyambut hari Songkran (Tahun Baru Thai). Perayaan Songkran jatuh pada hari yang paling hangat dalam setiap tahun di Thailand, di penghujung musim kemarau. Tak nak lepas peluang ni, bukan selalu dapat hadir event-event macam ni.

Dua dessert ni diajar oleh Chef Elle orang Thailand sendiri yang sanggup datang tau dari sana. Sesi pertama adalah buat Flower Dumpling. Bahan-bahan dia kat bawah ni:

Dalam masa yang sama dorang masak Flower Dumpling, sementara nak tunggu masak korang boleh pergi ke meja sebelah buat baci dan painting umbrella. Jadi korang tak bosan la nak menunggu dia lama.

Jadi Wawa pergi ke cara pembuatan Baci. Mula tengok memang serius tak tau apa benda ni tapi lepas MC terangkan baru la tau. Bukan senang nak buat Baci ni. Makan masa juga nak siapkan tapi bila dah siap tu fuhh cantik wehh. Gambar kat atas ni belum siap sepenuhnya tu pun ada barang tak cukup katanya. Sepatutnya ada bunga untuk decorate tapi dah layu jadi dorang tetap teruskan. Kalau dah siap gambar dia macam kat bawah ni:

Wawa gulung-gulung daun pisang tu lepas tu bagi kat orang tu untuk staple. Nanti dah buat banyak-banyak dorang akan jahit untuk cantum-cantumkan daun ni. Nak gulung daun tu pun ada tekniknya sendiri. Bukan main gulung sesuka hati tau.

Beralih arah ke umbrella painting. Bab melukis ni dah lama tinggal jadi mampu tengok sambil puji kreativiti orang. Wawa memang suka tengok orang melukis. Sedap mata memandang.

Bila nak mula masak baru la Wawa balik ke arah sana hahaha. Ambik masa dorang nak prepare bahan-bahan. Cara pembuatan Wawa dah upload kat youtube:

Maaf la video menegak pulak. Masa rekod ni niat nak upload kat instastory jer hehe.

Selepas siap buat Flower Dumpling, dorang teruskan buat Mango Sticky Rice. Kalau yang suka datang ke Streat Thai, dorang akan serve Mango Sticky Rice ni fresh-fresh tau. No wonder ramai orang yang datang kat sini sebab tu cepat habis jer Mango Sticky Rice kat tempat dorang ni. Dorang tak akan pakai mangga yang lama. Jadi stok mangga dorang ni adalah terhad.

Sementara nak tunggu dorang kukus semua Flower Dumpling yang dibuat oleh peserta-peserta. Kiteorang dihidangkan snek dan air pandan sambil makan Mango Sticky Rice jugak. Lepas dah rasa yang ni terus next time datang lagi order menu ni la.

Bawah ni rupa Flower Dumpling setelah siap dikukus.

Kalau nak rasa makanan betul-betul Thai tu korang boleh datang kat Streat Thai Bangsar South. Memang rekemen makan sini.

Leave a Reply