ATOMY REVIEW

ATOMY MALAYSIA: JANGAN BELI BARANG ATOMY DI SHOPEE, LAZADA ATAU PLATFORM SHOPPING LAIN SELAIN WEBSITE ATOMY

Wawa open post ni sebab dah ada kes yang orang muslim kita ni beli di tempat lain selain website Atomy sendiri. Apa yang jadi kepada pengguna ni? Dia dapat Vitamin C yang datang direct dari Korea yang tidak mempunyai sijil Halal. Bukan salah Atomy, korang jangan confuse pulak sebab wawa tengok ramai berbalah dalam group kata produk yang pengguna ini dapat adalah fake. Wawa tak kata Vitamin C yang dia dapat tu fake tapi betul cuma tak ada sijil Halal macam di dalam website Atomy Malaysia.

Seperti yang korang dapat lihat gambar di atas ni ada perkataan 돼지 고기 (dwaeji gogi) yang bermaksud daging Babi. Bukan ia bermaksud mengandungi bahan daging Babi tapi Vitamin C ni diperbuat sama kilang/ mesin yang menggunakan atau memproses daging Babi. (Nasib baik wawa boleh baca Hangeul). Bukan itu sahaja ada juga daging ayam 닭고기 dan daging lembu 쇠고기 yang kita was-was disembelih atau tak. Setiap produk Korea memang kebiasaan dorang akan letak info macam ni sebab di Korea memang wajib letak. (Syukur ilmu pengalaman wawa sebagai KFoodie). Sebab itu orang Muslim yang tinggal di Korea sama ada pekerja atau pelajar berpandukan info ini untuk pemilihan makanan memandangkan di Korea agak susah nak mencari yang ada logo Halal.

Baca: MENANG KALI KE-2 DALAM PROGRAM KFOODIES

Kemungkinan orang yang beli Vitamin C ni dia beli di platform shopping online yang lain selain website Atomy seperti Shopee dan Lazada, kemudian penjual ni membeli di website Atomy Korea. Penjual ni dapat PV dan pembeli tu rugi tak dapat PV. Mengikut rules Atomy memang salah jika menjual. Atomy melarang kita Atomian menjual. Sekarang jadi isu macam ni. Korang boleh tengok perbezaan di website Atomy Malaysia dengan Atomy Korea. Di website Atomy Malaysia telah mendapatkan sijil Halal dari Korea Muslim Federation (KMF) dimana selamat dimakan oleh Muslim manakala di website Atomy Korea tiada sijil Halal.

Nampak tak kelebihan di website Atomy Malaysia? Untuk masuk dalam website Atomy Malaysia bukanlah senang. Produk-produk akan ditapis untuk dapatkan sijil Halal sebab kebanyakan orang Malaysia adalah Muslim. Tapi diingatkan! Tak semua produk-produk di dalam website Atomy Malaysia mendapat sijil Halal seperti Ramen/ Ramyeon. Jika ingin membeli please amalkan budaya membaca. Baca description kat bawah setiap produk sebelum membeli. Jika ada keraguan dan pertanyaan, minta bantuan dari upline korang. Pentingnya korang simpan nombor upline korang jadi senang nak communicate.

Baca: ATOMY REVIEW: PEMBELIAN PERTAMA – VITAMIN C + DISH DETERGENT OLEH WAWA NASIR

Jika berminat ingin membeli di website Atomy dan ingin mencuba pengalaman dan kualiti produk Atomy boleh dapatkan ID dari Wawa ^^ insyaallah wawa boleh guide korang. Korang dari Singapore? Indonesia? Thailand? atau negara lain selagi ada Atomy, boleh jer wawa daftarkan. Ingat! Kelebihan korang membeli di website Atomy adalah 30 days Money Back Guarantee dimana korang tak akan dapat jika korang beli di platform shopping online yang lain. Jika ada masalah semasa menggunakan produk Atomy atau tersalah beli korang boleh refund mengikut T&C Atomy.

Oh ya! Wawa ada sediakan facebook group untuk Wawa sharing kebaikan dan cara penggunaan produk Atomy. Kalau beli barang Atomy tapi tak maximumkan cara penggunaan pun rugi kan. Boleh join disini ye. Barang Atomy adalah selamat digunakan. Boleh check di website ni taip Atomy: https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html

2 thoughts on “ATOMY MALAYSIA: JANGAN BELI BARANG ATOMY DI SHOPEE, LAZADA ATAU PLATFORM SHOPPING LAIN SELAIN WEBSITE ATOMY”

Leave a Reply