EVENT PAST CONTENTS RECREATED

Jepun Datang Untuk Memikat Pengembara-Pengembara di JEMY 2019 Nanti!

Kalau korang merancang perjalanan ke Jepun tidak lama lagi, cara terbaik untuk menjadikannya sesuatu yang tidak akan dilupakan adalah dengan melawat Zon Travel & Prefektur di Japan Expo Malaysia 2019 (JEMY 2019).

Negara matahari terbit telah banyak menawarkan termasuk destinasi-destinasi popular seperti Tokyo, Osaka, Okinawa, Hokkaido dan lain-lain. Pameran tu bertujuan memberi pengunjung peluang untuk menemui banyak prefektur yang indah di negara ini.

Dengan pencakar langit dan neonnya, pulau-pulau dan pantai, dan gunung dan hutan, Jepun memenuhi pelbagai citarasa. Empat musim di Jepun memberikan pengalaman baru kepada pengembara terutamanya “Insta Worthy” yang berlatar belakangkan Cherry Blossom yang cantik untuk diambil gambar di musim bunga.

Percaya atau tidak sebenarnya, perjalanan di sekitar Jepun tidak semestinya mahal jika korang tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Semasa JEMY, wajib teroka pelbagai jenis pengangkutan yang tersedia di Jepun bersama tawaran dan pakej menarik untuk pas kereta api dan bas. Pengunjung dinasihatkan untuk memanfaatkan sepenuhnya pas pengangkutan untuk menikmati pemandangan indah yang ditawarkan oleh Jepun.

Pelancong gerenti gembira dengan tawaran ke tempat-tempat kolam air panas yang terkenal atau dikenali sebagai ‘onsen’ di Jepun. Kolam air panas ini popular sepanjang tahun. Onsen adalah tempat kegemaran untuk kebanyakan pelancong, di mana mereka dapat menikmati mandian panas hangat sambil mengagumi pemandangan disekitar. Banyak aktiviti menarik, JEMY akan menjadi tempat terbaik untuk merancang percutian seterusnya ke Jepun.

Yang paling BEST! Pelancong bertuah akan berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi dan balik ke Fukuoka dari Air Asia setiap hari apabila korang membeli apa-apa produk di pameran JEMY 2019 yang berlansung pada 26 Julai – 28 Julai 2019 di Pavilion, K.L.

Sila layari www.japanexpomalaysia.com untuk maklumat lanjut!

*Gambar-gambar di atas sumber dari Japan Expo Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *