MAKAN2: SELANGOR

+82 PLUS EIGHT TWO KOREAN DESSERT CAFE: KAFE BTOB SEO EUNKWANG DI SUNWAY GEO, CAWANGAN MALAYSIA

Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak pergi kafe ni selepas pembukaan kafe ni bulan December 2019 tapi tak kesampaian lagi masa tu huhu. Sekarang bila dah kerja berdekatan dengan Sunway Geo ni senang la nak pergi. Tempat parking pun senang dan murah. 3 jam pertama bayar RM1 jer. Murah kan? Bagi yang naik transport awam pun ada boleh naik BRT Sunway Line turun stesen SunMed. Sekarang ni kan musim covid19 jadi mana-mana tempat kita pergi kena scan QR code untuk isi detail kita atau isi borang dan check temperature. Masa sampai Sunway Geo ni nak masuk mall dari parking dorang tak ada check temperature tapi setiap kedai ada. Lagi-lagi Jaya Grocer beratur panjang jer selalu nampak. Eh ok ok kita nak share pasal kafe ni 😅.

Kalau korang turun dari BRT lepas tu turun bawah korang akan nampak Jaya Grocer di sebelah kiri korang tapi korang belok kanan. Kafe ni kat hujung-hujung tau sebab tu tak akan perasan. Bersebelahan dengan kafe berwarna pink ni.

Haa tu la dia kafe +82 PLUSEIGHTTWO cafe. Mula nak masuk risau jugak sebab apa, Wa nampak ramai orang berlaptop macam dah pejabat pulak. Ingatkan kot salah masuk ke. Rasanya students yang belajar kat Sunway buat assignment kat sini sebab kat sini sunyi jadi dorang nak buat assignment pun tenang kan kan. Eh? Tak sampai lagi kat kafe ni? Tak jumpa? Bawah ni ada video cara pergi ke kafe ni dari BRT SunMed.

Dah masuk kafe korang kena isi detail dan ada sanitizer jugak kat kaunter cuma dorang tak ada alat temperature check. Buat pesanan dan pembayaran adalah secara tunai sahaja. Jadi korang yang tak ada tunai tu siap-siap keluar kan duit kat ATM. Ada jer mesin ATM Maybank kat mall ni tapi jauh sikit korang kena jalan dari kafe ni 😅. Dorang tak ada mesin kad lagi. Support la business kafe ni mana tau kot dah cukup dana dorang boleh upgrade lagi kafe ni.

Menu

Wa datang sebenarnya nak rasa dorang punya kek tapi disebabkan PKP ni dorang tak buat. Bila dah ramai permintaan nanti dorang akan buat balik kek. Jadi buat masa sekarang ni ada muffin. Toast pun tak ada lagi.

Jadi Wa pilih muffin Blueberry. Muffin ni yang Wa suka senang nak buka. Pernah la jugak dapat muffin nak bukak kertas dia susah sampai terpelanting muffin huhu tapi bukan kafe ni la. Tu muffin kedai serbaneka mana entah ku beli haha. Terus tak dapat makan sebab muffin dah cium lantai 😂.

Lagi satu dia punya straw bukan jenis straw kertas yang kita sedut jadi lembik tu haa. Mau jugak tersedut kertas. Tak tau nak bagi contoh macam mana. Orang pernah alaminya tau kot. Tak sedap nak sedut. Tapi ni straw dia tak macam tu. Tengok pun dah tau. Berkualiti. Tak ada la nak rasa sedut kertas 😂.

Wa order air Choco jer dengan Cafe Latte. Choco dia pekat tapi Cafe Latte tu Wa tak tau rasa macam mana tapi kawan kata sedap. Wa tak boleh minum kaum kerabat kopi ni. Mau kepala ting tong. Disebabkan muffin dia sedap jadi Wa take away lagi 1 muffin ambik Banana Chocolate (RM8). LEPAS TU BARU PERASAN ADA SIKHYE! haha order terburu-buru lagi tu padahnya. Next time datang lagi. Hopefully dapat la merasa kek dorang ni.

Selain tu kat kafe ni korang boleh support beli barang merchandise macam beg dan baju t-shirts.

Dorang pun ada buat KPOP event untuk cup sleeves event juga. Apa-apa korang boleh dm kat Twitter | Instagram untuk book slot. Sekarang ni dorang nak cari staf full time. Kepada sesiapa yang tak ada kerja tu boleh la apply job ni.

Alamat


📍E1-01-01, Sunway geo avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Leave a Reply