Tarikh: 22 Julai 2017 (Sabtu)
Masa: 11:30 pagi – 2:30 petang
Tempat: Hotel Concorde
.


.
Maaf baru sekarang nak update semua event. Memang sangat sibuk sejak-sejak ni banyak sangat event dalam bulan Julai dan Ogos. Ni baru berkesempatan nak tulis blog. Wawa adalah salah seorang supporter untuk program Wow! PYEONGCHANG Winter Olympic Games 2018 yang akan berlangsung pada tahun hadapan 9 Februari 2018. Join program nie menarik tau dapat sijil penyertaan dan t-shirt Wow! PYEONGCHANG.
.
Bulan lepas berlangsungnya gathering untuk semua supporter Malaysia yang bertempat di Hotel Concorde. Kerjasama semua supporter dari bulan March hingga ke Julai telah membuat posting sebanyak 1,138 posts.
.

.
Paling menarik adalah hadiah yang dorang bagi kepada top supporter iaitu tiket penerbangan pergi dan balik ke Korea. Wow! Siapa tak nak kan. Tempat kedua adalah pakej ground. 11 top supporter dipilih mendapat cenderahati patung Bandabi atau Soohorang.
.

.
Dah lama tak menang tiket penerbangan, kali terakhir Wawa dapat masa tahun 2015 dari Imagine Your Korea. Tiket naik Korean Air tuuu. Bukan murah tau! Sangat selesa.
.

.
Wawa bukanlah salah seorang top supporter tapi akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi terbaik. Walaupun tak menang tapi banyak info berguna dan tempat-tempat menarik yang Wawa dapat tau.
.

.
Selesai sudah upacara semua ni baru lah beramai-ramai bergambar.
.

.

.

.

.
Terima kasih kerana sudi membaca post yang tak seberapa ni. Cuba yang terbaik untuk gathering kedua yang akan datang pada bulan November.
