INFO: TRAVEL

Update Terbaru September 2022 Masuk ke Korea Selatan

Hai Annyeong Yeorobun! Kembali lagi Wawa menulis di blog ni. Baru-baru ni Wawa sempat pergi ke Matta Fair pada hari ke-3 (04 September 2022) ia berlangsung dan memang wajib Wawa akan singgah ke booth KTO (Korea Tourism Organization). Memandangkan ramai yang bertanya dengan Wawa masalah yang korang hadapi semasa apply K-Eta kena reject la, kena tipu salah masuk website K-ETA la dan bermacam-macam lagi. Jadi hari ini Wawa akan share info yang dapat Wawa korek info semasa di sana.

Sekarang pakai visa ke? Kalau K-ETA kena reject macam mana? Kenapa K-ETA kena reject?

Tapi sebelum tu Wawa share kan 5 langkah panduan ke Korea di bawah:

Panduan 5 Langkah ke Korea

  1. Korang kena apply K-ETA sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas ke Korea termasuk Jeju. (Disarankan buat sebulan awal sebelum tarikh berlepas). Website K-ETA (www.k-eta.go.kr) yang ini sahaja tau, selain website ni adalah TIPU disebabkan ramai yang dah kena tipu dan burn macam tu jer duit korang tau dan mahal pulak tu. Padahal perlu bayar 10,000 won seorang. Boleh bayar menggunakan kredit kad atau debit kad VISA, MASTER, JCB atau AMEX.
  2. Mulai 3 September 2022, semua traveler dikecualikan mengambil ujian PCR. Jadi tak perlu cucuk hidung sebelum berlepas mulai tarikh ini. Tetapi korang disarankan untuk berhubung dengan airline mengenai polisi dorang perlu test result negatif atau tak.
  3. Disaran dapatkan insurans travel.
  4. Booking PCR test melalui Safe2GO website (safe2gopass.com) dalam masa 1 hari kat airport. Kemudian daftar post-entry dan hantar test PCR result kat Q-CODE (Q-CODE).
  5. Buat self-test RTK pada hari ke-6 selepas sampai di Korea (optional selepas 1 Jun).

Kenapa K-ETA kena reject? Di bawah ini Wawa akan kongsi possible kenapa tak di approve. Kemungkinan la. Walaupun KTO pun kurang pasti macam mana pihak sana check. Bukan orang yang check tapi AI yang check. Kalau dah kena reject sekali, apa yang disarankan tak perlu nak apply lagi K-ETA. Jangan bazir duit kat situ. Perlu apply visa tourist kat embassy ye.

Kemungkinan K-ETA kena Reject

  • Nama dimasukkan tak sama dengan passport
  • Alamat Korea salah
  • Tak clear mengenai deskripsi kerja (job description)
  • Jika apply dalam group tour yang ramai members tu, make sure la detail masing-masing adalah tepat ye
  • Kewarganegaraan dipilih salah dan tak sama yang kat passport

Akhir kata dan pesanan untuk korang, disarankan tak perlu beli tiket penerbangan lagi. Buat dulu K-ETA kalau kena reject tak dapat pergi Korea dah burn duit tiket pulak tu. Sekian.

Leave a Reply