LIFESTYLE

Ubat Selsema, Kurang Selera Makan Dan Murung Untuk Kucing Dan Anjing

Assalamualaikum korang! Haa lama wawa tak sharing-sharing story kat blog ni. Maaf memang sejak-sejak ni busy dengan kerja macam biasa. Hari ni baru ada kesempatan nak sharing-sharing dengan korang. Haa kali ni sharing kat sesiapa yang bela kucing atau pun anjing. Korang mesti hadapi masalah haiwan peliharaan korang sakit? Tiba-tiba tak ada selera nak makan, murung tak aktif nak bermain dan selsema. Hari tu wawa ada beli satu ubat ni kat Lazada. Sebelum beli of course la wawa akan usha-usha komen (review) orang. Rata-rata ramai pembeli berpuas hati dengan ubat yang dibeli.

Biri budak selsema

1st time wawa beli tahun lepas bulan November 2021 masa kucing wawa selsema dan tak dapat nak bau makanan apatah lagi tak ada selera nak makan. Kurus dah kucing wawa. Jadi wawa beli 1 botol (30ml) untuk cuba kat kucing wawa. Alhamdulillah dalam seminggu kucing dah mula sikit-sikit makin sihat dan mula makan. Masa dia sakit tu memang hari-hari bagi ubat ni 2 kali sehari 1 dos (1ml). Disebabkan wawa busy kerja, wawa akan bagi dia makan sebelum pergi kerja dan balik kerja.

Ubat dia kecik jer tapi wawa dah guna 14 kali macam tu tak ingat untuk kucing selsema. Lepas tu anak kucing wawa yang lain pulak yang ada masalah murung. Dulu dia memang aktif bermain sana sini. Entah kenapa tiba-tiba lemah tak nak aktif dan jadi malas dia tu. Jadi wawa sumbat kat dia jugak ubat ni 2 kali bagi makan tapi dos 1 (0.5ml) untuk 2 hari jer dia dah sihat dan aktif macam biasa.

Si Kecik budak murung

Lepas tu baru-baru ni kucing jantan sekor ni pulak sakit sebab dia pergi main lipas yang dah kena spray racun lipas. Mula la duduk kat tandas cari tempat sejuk nak tidur dan tak makan 2 hari. Asyik tidur aje kat bilik adik. Seharian tidur pulak tu. Haa bagi makan ubat ni keesokkan hari dia dah mula makan sikit. Next day lagi makan sikit lepas tu lama-lama dia dah mula ada selera nak makan banyak.

Jantan budak keracunan

Alhamdulillah nasib baik jumpa ubat ni banyak kegunaan kat kucing-kucing wawa yang comel dan nakal-nakal ni. Haa korang yang mana ada masalah yang sama korang boleh cuba beli kat owner ni.

Dah dua kali wawa repeat order kat dia ni. Korang boleh cuba. Recommended! Bungkusan pun terbaik siap bubble wrap dan juga bagi arahan dibahagian pembungkusan. Sekian.

Leave a Reply