INFO: TRAVEL PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

[TIPS TRAVEL KOREA] SIM KAD ATAU PORTABLE WIFI EGG?

Ada yang tertanya-tanya nanti datang Korea ni nak guna sim kad atau wifi egg. Yang mana bagus? Sebenarnya terpulang pada korang nak guna yang mana. Macam saya lebih suka guna wifi kalau nak guna 2-10 orang share internet lagi jimat kalau ramai. Nak contact orang pun boleh guna Kakaotalk sebab orang Korea ni suka guna apps ni. Contoh kalau ada masalah nak check in guesthouse tapi owner dia tak ada pulak lagi check in tengah malam atau yang last minit nak check in korang boleh contact dorang ni melalui Kakaotalk. Kalau seorang jer saya akan guna sim kad jika memerlukan lama juga mudah untuk nak contact orang di Korea lagi pulak senang bagi yang nak membeli barang online atau beli tiket konsert secara online. Ada website memang memerlukan nombor Korea untuk contact atau verification. Kalau orang mintak pendapat saya akan rekemen guna wifi egg jer sebab kalau guna data sim kad cepat habis bateri handphone saya ni dan kedua korang kena bukak sim kad Malaysia dan masuk sim kad Korea melainkan kalau korang ada 2 handphone. Tak pasti kalau handphone orang lain pun ada mengalami masalah ni jugak?. Walaupun wifi dimana-mana kawasan Korea ni ada orang cakap tapi tak semua tempat ada. Kebanyakan senang dapat public wifi atau iptime disekitar bas terminal, daiso, tren dan beberapa mall juga tepi jalan.

PORTABLE WIFI EGG DI MALAYSIA

1. Wiyo (http://www.wiyo.my)

Sebelum ni saya ada pernah rekemen di post sebelum ni masa promosi murah.

Baca: [KOREA TRAVELOG] PERSEDIAAN UNTUK TRIP SENDIRI TANPA EJEN PELANCONGAN

Korang boleh book melalui website dorang dan ambik wifi egg tu di KLIA2 bertempat di alamat:

L2-13, Level 2 Gateway@KLIA2, Terminal KLIA2, KL International Airport, Jalan KLIA2/1, 64000 KLIA, Sepang, Selangor.

Korang boleh pilih antara nak ambik di KLIA 2 ataupun penghantaran ke rumah tapi ada caj penghantaran.

2. Travel Recommends (https://www.travelrecommends.com)

Setakat hari ni wifi ni yang murah untuk korang bawak travel ke Korea Selatan dengan harga RM15 sehari. Saya dapat tau pasal wifi ni pun melalui Matta Fair tahun lepas. Lokasi untuk ambik pun mudah di 5 tempat:

A. KLIA 2

Gateway@KLIA2 – Departure (NEW!)

Address: Level 3, Public Area of Departure Hall, L3-59B

Operating Hours: 24 Hours (Daily)

C. Penang

Penang @ Suntech

Address: 1-12A-18, Suntech @ Penang Cyber City, Lintang Mayang Pasir 3, 11950 Bayan Baru, Pulau Pinang

Operating Hours: 6am to 11pm (Daily)

Contact No.: 0173595398

D. Johor Bahru

Johor Bahru City Counter

Address: No. D-1-3 Pusat Komersial Bayu Tasek, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

Operating Hours: Weekdays – 9am to 5pm, Saturdays – 9am to 12pm, Sundays – Closed

Contact No.: 0123351401

E. Sabah

Kota Kinabalu, Sabah

Lot 9, 2nd Floor, Block A, Damai Plaza Phase 1, Luyang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Hotline & Whatsapp:

+60 123356675

PORTABLE WIFI EGG DAN SIM KAD DI KOREA SELATAN

Korang boleh beli di booth kat Incheon Airport berdekatan dengan Gate 6 dan Gate 10:
Incheon Airport 1st floor, Gate 10 Olleh KT Stand (06:00am – 10:00pm)


Incheon International Airport Terminal 2 Arrivals Hall, KT Olleh booth located between Gate 2 and 3 (24hr service)


Gimpo Int’l Airport 1st floor, Gate 1 Olleh KT Stand (07:00am – 11:00pm)


Busan Gimhae Airport 1st floor, Gate 3 Olleh KT Stand (07:00am – 10:00pm)


Busan Harbor International Passenger Terminal 2F Arrival Hall , KT Roaming Center (Besides Gate No.4 / 7:00am – 7:30pm)

SIM KAD DI KOREA SELATAN

Korang boleh beli di mana-mana convenience store seperti CU, GS25 atau 7eleven. Selain tu boleh beli di booth di Incheon Airport. Mobile servis yang ada KT, SKT dan LG U+.

Sim kad yang pernah saya beli ni hanya untuk seminggu kegunaan jer sesuai untuk yang nak travel jangka pendek. Cara pengaktifan pun dah dibagitau dalam buku manual disedia siap dalam paket ni.

Sim kad kedua pernah beli di Itaewon. Selalu kalau kawan nak beli sim kad dan nak guna lama saya akan bawak dorang ke Itaewon ke kedai Idea. Itaewon Station exit 2 jalan terus, kedai Idea disebelah kiri. Kecik jer kedai dia. Suka pergi kedai ni sebab dia boleh komunikasi dalam english dan pernah tolong saya settlekan masalah handphone kena block. Jadi bila handphone kena block sebab sebelum ni ada pakai nombor Korea yang lain tak boleh nak guna nombor baru.

Nak beli sim kad ni dia akan mintak passport dan jugak tarikh masuk dan keluar Korea yang di cop kat passport. Saya beli sim kad 3 bulan dengan dia harga 50,000 won termasuk sim kad 20,000 won dan data plan 2GB 30,000 won. Kalau nak buat 3 bulan ke atas korang kena ada ARC (Alien Registration Card) untuk 6 bulan maximum. Kedai ni tak ada tapi dia boleh mintak tolong kawan dia buatkan.

Korang boleh buat pilihan mana yang berkenan. Ada sesetengah guesthouse pun jual wifi egg. Kalau korang tak sempat nak beli kat Malaysia jangan risau boleh beli kat Korea.

*Wawa tak rekemen korang untuk beli sim kad kat convenience store sebab selalu ada masalah nak aktifkan sim kad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *