MAKAN2: KOREA SELATAN PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

TERRACE GREEN 테라스 그린 – RESTORAN HALAL DI KOREAN FOLK VILLAGE

Annyeong! Terrace Green adalah salah satu restoran halal yang diiktiraf oleh Korea Muslim Federation (KMF). Restoran ni terletak di Korean Folk Village, bandar Yongin, Korea Selatan. Korean Folk Village adalah sebuah tempat yang dibangunkan untuk memperkenalkan kampung tradisional Korea. Model rumah yang berbeza telah dibangunkan di sini untuk memelihara keindahan budaya Korea. Ramai pelancong nasional dan antarabangsa melawat tempat ini untuk mempelajari kehidupan tradisional orang Korea. Persembahan kebudayaan disampaikan di sini untuk pelawat seperti perkahwinan tradisional, seni mempertahankan diri, menunggang kuda, tarian muzik dan lain-lain.

.

.

Nak pergi sini perlukan seharian tau sebab tempat ni besar dan dah tentu lapar nak cari makan korang boleh pergi restoran ni. Masakan indian. Masa ni saya ambik Beef Tikka Curry Rice berharga 9,000 won kalau tak silap. Dah lama baru sekarang nak post.

.

.

Terrace Green

Masakan: Indian

Masa operasi: 9.30 ~ 18.00 (mengikut musim)

Harga menu: 6,000 ~ 14,000 won

.

.

Mana nak cari restoran ni? Korean Folk Village dah la besar. Sebenarnya tak susah pun nak cari restoran ni. Walaupun kiteorang datang time orang ramai dan budak-budak sekolah ramai pun masih boleh cari restoran ni. Lokasi restoran ni di Play Village berdekatan dengan rumah hantu.

.

.

Korang boleh makan kat dalam ataupun kat luar sambil menghirup udara segar hehe. Tapi masa kiteorang pergi tu makan kat dalam jer kat luar tu sejuk menggigil kang nak suap makanan kat mulut terketar- ketar pulak nanti.

.

Ada orang tak suka makanan indian jadi korang boleh try menu lain seperti pasta dan juga piza atau korang bawak lar bekal siap-siap nanti kelaparan kat sana.


Apa yang menarik kat sini?

Kalau korang yang kaki drama Korea wajib datang sini! Banyak lokasi pengambaran yang diambil disini antaranya Scholar Who Walks The Night (2015), My Love From Another Star (2013), The Moon That Embraces The Sun (2012), Arang The Magistrate (2012), Rooftop Prince (2012), Sungkyunkwan Scandal (2010), Jewel In The Palace (2003) dan banyak lagi.

.

.

Siap ade peta ke lokasi pengambaran drama lagi tu. Nak senang ambik gambar peta ni pakai phone dan jelajah perkampungan ni. Walaupun ramai tapi tak jejas pun aktiviti korang nak ambik gambar sekitar kampung ni. Tak ade sape nak berebut.

.

.

Kawasan sangat luas dan besar jadi disarankan datang awal pagi nak teroka semua sudut. Kiteorang pun tak habis jelajah semua kat dalam kampung ni. Seronok tengok budak-budak sekolah datang dan bermain sekitar kawasan ni

.

.

Banyak aktiviti korang boleh buat kat sini. Main buaian, tengok aksi penunggang kuda, kelas seni hasilkan patung dan banyak lagi. Siap lagi nampak dorang bercucuk tanam. Orang korea ni rajin, dah tua-tua pun kuat lagi bercucuk tanam.

.

.

Korean Folk Village

Bayaran masuk:

Individual

  • Dewasa (19 ke atas) 18,000 won (Boleh dapatkan kupon diskaun di kaunter tourist information)
  • Remaja (13 ~ 18 tahun) 15,000 won
  • Kanak-kanak 13,000 won

Berkumpulan (20 orang ke atas)

  • Dewasa – 15,000 won
  • Remaja – 13,000 won
  • Kanak – kanak – 11,000 won

.

Pengangkutan

  • Suwon Station (Seoul Subway line 1) exit 5. Ambil bas no.10-5 atau 37 ke Korean Folk Village atau Nagok Village.
  • Boleh naik shuttle bas dari Suwon Station tapi mengikut jadual masa.
  • Berdekatan dengan Tourist Information Suwon Station. Boleh dapatkan kupon diskaun disana dan buat pertanyaan. Jangan risau dorang fasih berbahasa inggeris.
  • Alamat: 90 Minsokchon-ro, Giheung-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do
    경기도 용인시 기흥구 민속촌로 90 (보라동)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *