MAKAN2: SELANGOR

TERJAH SORU STATION SHAH ALAM – Bajet Western Food Murah & Sedap

Semalam banyak tempat Wa pergi makan. Masa PKP tak boleh nak pergi kan, banyak kedai makan tutup. Bila dah start je bukak kedai makan. Mula la Wa terjah nak makan tu ni. Salah satu tempat Wa pergi adalah Soru Station Shah Alam. Orang cakap kat sini murah dan sedap. Jadi semalam la mencuba.

Nak cari tempat ni waze jer SORU STATION SHAH ALAM boleh jumpa. Memang dekat sangat dengan Stadium Shah Alam dan bersebelahan dengan Aeon Mall Shah Alam. Masa masuk korang kena tulis detail nama, no telefon dan sign atau korang scan QR code kat meja dorang dah sediakan sebelum masuk. Kena check suhu dulu tapi masa kiteorang sampai tak ade siapa yang check suhu jadi scan je QR code kat meja tu dan masuk terus ke kaunter buat pesanan. Lepas buat pesanan korang akan di bagi nombor meja. Cari meja yang selesa korang nak duduk dan tunggu pesanan makanan korang sampai.

MENU KAMI MAKAN:

Smoky Grilled Chicken RM9 + Ice Lemon Tea RM3
Creamy Grilled Chicken RM10 + Root Beer Float RM2 (Tak ambik gambar Root Beer pulak πŸ˜…)

Serius memang sedap! Wa punya pesanan adalah Smoky Grilled Chicken. Wa paling suka dia punya sos. Yummy! Tak cukup sos dia nak cicah sampai licin sos dia Wa tenyeh dengan ayam πŸ˜‚. Try kawan punya Creamy Grilled Chicken pun sedap. Wa memang rekemen korang try makan kat sini. Jauh? Dorang ada je cawangan lain. Kota Damansara.. Cheras.. dan akan dibuka lagi cawangan lain.

Follow instagram |@SoruStation| dan Facebook |Soru Station|

MENU MAKANAN DORANG ADA:

Dorang punya THE PLATTER pun nampak menarik 😭😭. Insyaallah ada rezeki pergi makan lagi sini bawak geng…

Leave a Reply