PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

Starfield Library di COEX Mall

Selamat tahun baru! First post untuk tahun baru nie. Ok memandang tahun 2019 ni wa nak ubah cara penulisan lebih kepada bersahaja. Ada yang bertanya macam mana nak ke Starfield Library ni? Tahu kat COEX Mall tapi tak tau lokasi sebetulnya di mana.

.

Starfield Library ni terdapat 50,000 buah buku dan majalah. Kalau yang jenis suka baca buku dan ambil gambar sebagai ootd tempat ni untuk korang. Masuk adalah PERCUMA jangan risau. Nak masuk banyak kali pun boleh. WIFI percuma boleh didapati disekitar library ni dan juga luar library tingkat atas tu. Tandas juga berdekatan dengan library ni jika nak membuang hajat emergency tak ada masalah.

.

Cara nak pergi Starfield Library

  • Turun Samseong Station keluar exit 6
  • Jalan terus ikut underground passageway nak ke Starfield COEX Mall (ada gambar adik-adik BTS)
  • Terus nampak SMTOWN Starfield COEX Mall masuk mall di sebelah kiri korang dan terus akan nampak library ni di bahagian tengah-tengah.
  • Nak naik escalators menghala ke SMTOWN tu pun boleh jadi masuk melalui pintu atas.

.

.

STARFIELD LIBRARY, COEX MALL

Waktu Operasi: 10:00 ~ 22:00 (Sepanjang tahun)

Lokasi: Starfield Coex Mall, B1-1F, 513, Yeongdong-daero, Gangnam-gu, Seoul.

Petunjuk: Samseong Station (Seoul Subway line 2) Exit 6

Websitehttp://www.coexmall.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *