MAKAN2 ONLINE: REVIEW

REVIEW PRODUK FINGO: NASI BAJET – NASI LEMAK SAMBAL SOTONG – REZZA BRAND

Baru nak merasa nasi bajet ni. Sedap ke? Padahal dah beli minggu lepas kat app shopping FINGO. Ingatkan akan sampai barang lambat sebab kat situ tulis estimate untuk sampai ke rumah dalam 8~15 hari. Tengok tengok sekejap je dah sampai 3 hari jer. Tak lama pun nak tunggu.

Order pada 12 April, sampai rumah 15 April. Pada mulanya nak buat kat tempat keje.. dah siap bawak letak kat loker sekali kena half day pulak semalam jadi nak buat video kat tempat keje tak menjadi. Hari ni cuti jadi duduk rumah ada masa nak review dan buat video sekali cara penyediaan Nasi Bajet ni. Senang nak buat kat tempat keje. Air panas pun ada jer kat kantin tempat keje.

Cara penyediaan Nasi Bajet

Nasi tu memang cukup la untuk 1 portion walaupon lauk dia sikit. Tak ape nanti nak habiskan 2 kotak lagi nampaknya kena masak tambah ayam goreng hehe. Jadi boleh bawak pergi keje makan kat sana. Sekarang musim PKP ni memang susah la nak dapat makanan kat luar tempat keje. Gerai gerai makanan dah tak ada.

Akhir sekali memang sedap la Nasi Bajet ni walaupun lauk dia sikit tapi boleh tambah lauk untuk penyelesaiannya. Nasi bajet ni ada 3 jenis:

  • Nasi Putih Ayam Gulai
  • Nasi Putih Ayam Masak Merah
  • Nasi Lemak Sambal Sotong

Setakat ni baru merasa Nasi Lemak Sambal Sotong jer. Kalau nak beli boleh beli kat link ni: https://t.publicecommerce.com/15USc7

Oh ye sebelum lupa, korang yang baru first time daftar app shopping FINGO ni. Korang akan dapat baucer RM5 (boleh guna utk tolak duit shipping). Plus!! Kalau korang first time beli jugak dapat free barang satu. Kira BUY 1 FREE 1. Jimatkan?

P/S: Video ade pulak nampak bayang bayang kerusi. Tak ada klip handphone jadi kerusi la jadi mangsa. Letak handphone nak rekod. Nak rembat kakak punya klip handphone tak jumpa hahaha.

KANTOIKAN DIRI SENDIRI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *