INFO: TRAVEL TRAVEL: KOREA SELATAN

PROCEDURE ATAU TATACARA PERMOHONAN VISA MASUK KE KOREA SELATAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

Ok untuk post kali ni Wa up pasal permohonan visa ke Korea Selatan. Ramai dah dm Wa pasal ni. Cuma tak ada masa nak share info dan ada yang Wa tak cukup info lagi nak share. Jadi korang yang nak pergi Korea semata-mata nak bercuti buat masa sekarang ni Wa tak rekemen. Tak pasal-pasal automatik visa kena reject. Buat masa sekarang hanya orang yang ada urusan penting kerja jer dapat dorang proses. Bawah ni jenis visa yang dibenarkan memohon:

JENIS VISA YANG LAYAK MEMOHON:

  • Long-term visa (jenis visa: A, D-8, D-9, E & F)
  • Short-term visa pekerjaan (jenis visa: C-4)
  • Short-term visa lain (jenis visa: C-1, C-3) hanya dibenarkan untuk tujuan PENTING sahaja seperti diplomasi, urusan awam, penyediaan teknikal, pelaburan dan aktiviti perniagaan yang urgent (terdesak), keluarga warganegara Korea, alasan kemanusiaan.

MASA PROSES:

  • Permohonan visa mengambil masa 14 hari bekerja untuk proses
  • Cuma kes URGENT atau EMERGENCY untuk urusan penting sahaja akan dipercepatkan proses.

TAMBAHAN PROCEDURE UNTUK PERMOHONAN

  • Pemohon sendiri perlu hadir ke Embassy semasa buat penghantaran dan pengambilan permohonan visa
  • Pemohon perlu buat appointment dahulu melalui email (myvisa@mofa.go.kr) sebelum datang ke Embassy.
  • Pemohon akan ditemu ramah untuk menyaring kelayakan visa korang.

TAMBAHAN DOKUMEN UNTUK DIHANTAR

  • Consent to Quarantine
  • Health Condition Report Form
  • Health Certificate from a designated hospital, yang diisu dalam masa 48 jam sebelum menghantar permohonan visa ke Embassy.

*Korang boleh dapatkan borang-borang ni kat LINK ini.

* Ini baru ‘dokumen tambahan’ atas ini, sebenarnya ada lagi dokumen korang kena perlu sediakan mengikut jenis visa. Boleh pergi ke LINK ini.

KUARANTIN SEMASA MASUK KE KOREA

  • Semua pelancong yang masuk akan menjalani kuarantin selama 14 hari semasa tiba di Korea.
  • Borang dan maklumat boleh refer LINK ini.
  • Long-term stay: Kuarantin sendiri di kediaman domestik. Jika rasa tak sesuai boleh kuarantin di tempat kerajaan sediakan.
  • Short-term stay: Kuarantin di tempat kerajaan sediakan ATAU Kuarantin sendiri di kediaman domestik dibenarkan untuk pasangan dan anak-anak di bawah umur warganegara Korea, serta pasangan dan anak di bawah umur warganegara asing yang tinggal lama. Hendaklah memberikan bukti hubungan (surat nikah / keluarga).

PERBELANJAAN SEMASA KUARANTIN

  • Bayaran perbelanjaan korang kena tanggung sendiri. (Kalau atas sebab bekerja boleh company bayar)
  • Jumlah bayaran sepanjang kuarantin di tempat kerajaan sediakan selama 14 hari adalah 1,400,000 won (hampir RM5000) perlu bayar sebelum masuk ke kemudahan yang ditetapkan oleh kerajaan.
  • Bayar guna kredit kad pun boleh.
  • Kalau cash korang kena tukar dulu duit tu ke Korean Won sebelum bayar.

PENGECUALIAN

  • Pemegang visa jenis A-1, A-2 & A-3
  • Warga asing jangka pendek dengan ‘Isolation Exemption Certificate’ yang dikeluarkan oleh Kedutaan Republik Korea (Embassy).

PENTING!

  • Korang yang layak dapat pengecualian mesti menjalani ujian diagnostik COVID-19 semasa ketibaan, dan dikenakan ‘Pemantauan Aktif’ melalui ‘Aplikasi Diagnosis Diri’ selama 14 hari jika diuji negatif.
  • Sebelum memasuki Korea, sila pasang ‘Aplikasi Diagnosis Diri’ pada telefon pintar korang. (http://ncov.mohw.go.kr/selfcheck/)

Contoh Aplikasi Diagnosis Diri

ARAHAN KUARANTIN UNTUK FOREIGNERS

DOKUMEN ASAS YANG DIPERLUKAN

  • Permohonan visa (bagi korang yang memiliki pengesahan pengeluaran visa)
  • Satu gambar berwarna berukuran pasport terbaru dengan latar belakang putih
  • Passport (original & photocopy)
  • MyKad/ MyPR kad / visa di Malaysia (original & photocopy)
  • Bayaran permohonan dalam tunai (RM) boleh refer LINK ini. ( 👈Untuk pertanyaan ni Wa dah email embassy dan akan update selepas dapat reply)

Kalau tak ada urusan penting Wa sarankan korang tangguhkan dulu ye perjalanan korang ke sana. Iye Wa pun rindu jugak nak ke Korea tapi terpaksa tangguhkan dahulu. Oh ye pasal bayaran visa tu belum confirm perlu bayar atau percuma. Nanti dah dapat jawapan Wa akan update sini ye.

Updated 14 Mei 2020

Ok embassy dah reply.. so kena bayar visa


Leave a Reply