PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

PENGALAMAN SESAT KAT KAWASAN JONGNO-GU, SEOUL

Setiap kali travel tak sah kalau tak sesat. Banyak pengalaman manis semasa sesat walaupun blur dan tak tentu arah tapi teruja tengok sekeliling semasa dalam perjalanan nak ke Bukchon Hanok Village sebenarnya. Masa tu konon berpandukan sign board jer bila keluar daripada subway. Tup tup nak ke tempat jadi entah ke mana sesat menonong jer jalan hahaha. Bila dah sesat tu benda tak nak jadi sesat lagi kami hanya ikut jalan terus tak nak masuk lorong-lorong lain nanti bertambah sesat. Sepanjang sesat tu ada jugak jumpa kedai-kedai menarik dan lukisan dinding yang cantik. Walaupun hujan rintik-rintik masa tu, nasib sekejap jer. Nah kita mulakan apa yang kami jumpa hehe:

Restoran Tempat Shooting RunningMan

  • Bila lalu depan kedai ni tetiba eh macam kenal pulak logo ni tapi sayang tak boleh makan sini ye.
  • Ada daging oink oink.
  • Tak tau dalam episode berapa jadi mampu ambil gambar kat luar kedai jer.
  • Gambar Runningman tengah makan pun dorang ada gantung kat dinding kedai tu.
  • Adakah dia bagi hint? Sebab petang tu lepas jalan-jalan Bukchon kami pergi bangunan KBS terserempak dengan Runningman dan juga ramai-ramai artis lain tengah shooting.

Churro 101

  • Masa ni tak boleh lupa, time tengah hot orang makan churros, snek famous dari Spain, Mexico.
  • First time nak merasa jadi pergi lar singgah walaupun hujan tetap jugak nak ambil churros with aiskrim memandangkan Wawa tak minum kopi jadi tak boleh nak ambil set dengan kopi.
  • Snek churros ni pernah jugak masuk dalam rancangan We Got Married, Girls Day Yura dengan Jonghyun episod 255 pada tahun 2015.

Jinsun Book Cafe

  • Lokasi pengambaran mini series Three Colors of Fantasies III: Queen of Ring (2017).
  • Tengah layan mini drama ni tetiba tengok scene kat kafe ni, eh macam pernah tengok jadi pergi godek-godek balik gambar-gambar trip sebelum ni. Hah! Jumpa!
  • Masa kami terjumpa kafe ni drama trilogy ni belum lagi shooting.
  • Kami datang pun awal pagi. Banyak kafe-kafe tak bukak lagi. Kebanyakkan bukak pukul 11 pagi.

.

.

  • Scene masa episode 5 Park Se-geon mengintip Nan-hee minum kopi dengan random guy (Kwak Si-yang) selepas baru dorang break up. Se-geon tak boleh terima kenyataan yang dia betul-betul dah jatuh cinta dengan Nan-hee.
  • Best mini series ni, kisah mengenai keturunan keluarga perempuan ni setiap generasi dorang akan turunkan pemakai cincin ajaib yang boleh merubah wajah cantik didepan lelaki idaman (kacak) selepas jejaka tu menyarung cincin ajaib.


 59 Samcheong-ro, Jongno-gu, Seoul (Jinsun Publishers)
서울 종로구 삼청로 59
(팔판동 150)

 Geolocation: 37.5813606, 126.9804599

 Anguk Station [안국역], Seoul Subway Line 3, Exit 1 OR Gyeongbokgung Station [광화문역], Seoul Subway Line 3, Exit 2.

It°S Skin

  • Dapat bergambar life size cut board pun jadi lar walaupun tak dapat real person huhu (fangirl nangis dalam hati)

.

.

Dan juga kedai-kedai lain

  • Innisfree cafe pun ada tapi kami tak masuk. Nanti gatal pulak tangan pergi borong. Hala tujuan ke lain jadinya. Demi nak jimat.
  • Ada sewa baju hanbok
  • Kafe-kafe kat sini memang banyak tapi korang nak merasa kena lar selepas pukul 11 pagi.

Ni semua kedai-kedai satu jalan lurus sepanjang panjang kami sesat. Selepas tu nak sampai ke Blue House tu dah hujung ramai sangat polis jadi kami berpatah balik lar kami sampai jumpa balik subway kami keluar tadi. Nampak pondok tourist information baru lar pergi tanya kat mane Bukchon Hanok Village tu. Selamat sampai Bukchon Hanok.

Kalau korang nak mudah sepanjang perjalanan di Seoul ni beli lar kad kecil comel kat bawah ni yang senang bawa ke mana-mana. Korang tak perlu risau travel sendiri dan banyak lagi kelebihan kad ni. Klik bawah  dan selamat travel! (Masa sesat ni kad ni belum diperkenalkan lagi)

Naracards Korea-Busan Set

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *