PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

PENGALAMAN MENAIKI BAS DI KOREA SELATAN

Annyeong~ Tak ramai yang berani lagi naik bas kat Korea Selatan lagi-lagi kawasan Seoul dan luar Seoul. Saya pun macam tu juga sebab teragak-agak nak naik ni pakai apa, takut sesat, tak tahu berhenti kat mana, ada tak sebut next stop apa dan macam-macam lagi berlegar dalam kepala pikir. Kalau tak silap trip kali ke 3 baru la ada keberanian nak naik bas. Masa trip pertama tu memang pernah naik bas ke Gangwon tapi tu menang dari kontes ‘Go Go Gangwon’ sekali dengan tiket konsert. Jadi tak kira tu, tu namanya bukan berdikari tapi orang dah bawakan hehe. Yang sebetulnya naik bas nak ke Korean Folk Village dari perhentian bas Suwon Station.

.

1st Time Naik Bas (Seoul)

Nampak sangat bawa kupon nak jimat

.

  • Naik pakai T-Money atau CashBee (tak pasti masih guna lagi tak) atau wang tunai (ada pulangan baki)
  • Naik touch T-Money, turun pun touch T-Money
  • Dalam bas – Tiap perhentian ada beritahu nama tempat dalam english & korean
  • Kat dalam bas ada tampal jadual perjalanan bas dari 1st stop ke last stop
  • Ada shuttle bus dari Suwon Station exit 4 tapi nak tunggu lama dan timing tak kena masa datang jadi kami naik bas biasa jer kat exit 5 bas no. 37
  • Tourist information pun dekat exit 5 boleh tanya dan ambil kupon
  • Papan LED kat perhentian bas ada menunjukkan masa bas untuk sampai dan list bas yang lalu.

.

Shuttle Bus Korean Folk Village

.

Baca: Bas Tengah Malam di Incheon Airport

.

Seoul City Tour Bus

.

  • Nak beli tiket kat booth depan Donghwa Duty Free Shop (Gwanghwamun Station exit 6)
  • Boleh cakap basic english kat kaunter tiket
  • Pilih course mana nak:
  1. Downtown Palace Namsan Course
  2. Panorama Course
  3. Night Course
  4. Around Gangnam Course
  • Harga berlainan mengikut course
  • Boleh naik turun banyak kali dalam sehari
  • Translator dalam bas guna elektronik: English, Korean, Chinese, Japanese, Spanish, Thai, Malaysia, Indonesia dan banyak lagi
  • Masa ni guna kupon dari harga 18,000 won jadi 12,000 won (Downtown Tour). Jimat!

Info lebih: visitseoul.net

.

Jangan Salah Naik Bas

.

  • Masa ni kat Ilsan. Perbezaan nombor bas 056 dengan 56 tak sama. Ramai confuse.
  • Pernah sesat: Nasib driver bas patah balik tanpa kenakan caj. Tengok budi bicara driver. Tapi kena tunggu kejap lar sampai hujung station dia rehat kejap.
  • Driver bas pun rojak english dengan korean

.

Intercity Bus (Bas Perantaraan) & Express Bus (Bas Ekspress)

.

  • 4 major terminal bas kat Seoul:
  1. Seoul Express Bus Terminal (서울고속버스터미널)
  2. Central City Bus Terminal (센트럴시티터미널)
  3. Dong Seoul Bus Terminal (동서울종합터미널)
  4. Seoul Nambu Bus Terminal (서울남부터미널)
  • Pernah pergi Busan, Cheonan, Gwangju, Dangjin, Buan, Jeonju, Wando, Jeongeup, Iksan, Gimje, Mugeuk, Daeso dan banyak lagi tak ingat.
  • Buan dan Muan 2 tempat berbeza kena sebut betul-betul dekat kaunter tiket sebab selalu dorang confuse jugak. Buan dorang sebut Puan tapi dengar Muan. Jadi semak semula sebelum tinggalkan kaunter. Kalau boleh tunjuk kat kaunter dalam tulisan hangul.
  • Tak ramai foreigner gunakan khidmat bas perantaraan jadi limit percakapan dalam english kurang
  • Tiket boleh beli di kaunter atau mesin (dalam hangul) ada guna cash dan juga kad kredit sahaja.
  • Boleh naik guna T-Money tapi tak disarankan sebab dorang akan dahulukan yang beli tiket (ada seat).
  • Beratur tepi bas jika guna T-Money dan tunggu jika ada kekosongan boleh naik jika tak kena tunggu bas seterusnya.
  • Boleh beratur tepi jika nak cepat: Contoh beli tiket bas pukul 4pm tapi 2pm ada kekosongan (biasa seat depan dorang biarkan kosong) terhad 1 atau 2 orang boleh lar.
  • Perjalanan jarak jauh Bas Ekspress 2 atau 3 jam ke atas ada perhentian untuk pergi tandas dan makan. Biasa bagi 20 minit. Dah turun bas JANGAN LUPA NOMBOR PLAT BAS. Orang selalu salah naik bas dan ada yang sesat menyebabkan bas terpaksa delay.

.

  • Kalau korang dapat tiket yang tak ada tulis masa dan nombor seat biasanya untuk perjalanan dekat tak lebih 1 jam perjalanan.
  • Bas jenis ni selalu ada dan banyak jadi tak perlu risau jika terlepas bas. Masa menunggu tak lama.
  • Ada bas kat Mugeuk macam ni tapi korang kena alert tulisan dalam hangul jer kat bas.

.

Bas Kawasan Pedalaman (Yellow Bus)

  • Dah biasa naik kat Buan, Jeollabuk
  • Tak ada beritahu perhentian bas seterusnya, ada segelintir bas beritahu.
  • Perhentian bas tak ada menunjukkan masa bas sampai
  • Naik bas touch T-Money sekali jer, masa turun tak payah touch.
  • Ada bas tulis dalam hangul sahaja dan ada juga rumi dan hangul.
  • Nak tunggu bas lama sampai sejam pun ada sebab tu naik teksi jer (guna kakao taxi atau call taxi jika ada name card taxi)

.

Bas-bas lain (Shuttle Bus untuk Foreigner sahaja)

  • Pernah naik bas ke Gangwon dengan hanya 5,000 won sahaja pergi dan balik masa Gangwon Kpop Concert dan masa KPOP OST Concert (website | facebook) tapi macam dah lama tak update. (Murah!) Masa tu bayar kat sana sebelum naik bas tapi kena book dulu.
  • EG-Shuttle bus untuk kawasan Gyeonggi-do. Tak pernah try. (Website)
  • Jeonbuk Shuttle Bus. Tak pernah try. (Website) 10,000 won jer. Bayar guna Paypal. Murah!
  • K-Shuttle. Pernah naik masa pergi Busan secara percuma (menang kontes) sekali dengan tiket Changwon Kpop World Festival. (Website)
  • Bas-bas ni jangan risau tour guide boleh berbahasa korean, english, chinese dan japanese. Fasih berbahasa english.
  • Pastikan bawa passport.

.
Jenis-jenis bas secara detail boleh baca sendiri kat: Wikipedia | VisitKorea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *