MAKAN2: SELANGOR PAST CONTENTS RECREATED

MINUMAN TAIWANESE YANG POPULAR: DREAM COLOR

Baru-baru ni dengan terjebak dan pembawakan kawan dalam FAVE app. Lepas dah download app ni jari ni gatal la dok godek-godek apa yang best tup tup ternampak “Dream Color” yang menarik dengan warna warni. Haa! Raya Cina apa lagi sanggup pergi One Utama semata-mata air ni. Dah alang-alang jejalan kawasan Damansara kan.

.

.

Masa tu first time nak beli jadi tak tau nak pilih mana jadi minta staf kat situ rekemenkan. Dia tanya nak manis atau masam? Cheq suka yang masam jadi pilih la menu ‘TWILIGHT’ dalam Butterfly Series berharga RM13.50. Walaupun ais habis cair pun masih lagi masam tak hilang. Ok sebelum tu cheq bagitau dulu ramuan dia tak ada alkohol, cuma diperbuat dari bunga dan juga buah. Korang boleh pilih 4 series kat bawah ni:

  • Butterfly Series
  • Cloud Series
  • Tea Series
  • Fruit Series

.

Kredit: Dream Color

.

Korang boleh topping Translucent PearlsBaby Pearls atau Aloe Vera yang berharga RM1 jer tambah. Korang boleh pilih size ada jenis botolcawan atau dalam bentuk lampu mentol. Macam cheq pilih tu tak ada pilihan dah memang botol. Agak mahal sikit tapi korang boleh bawa balik botol kan boleh kitar semula hehe. Botol dia pon cantik. Setiap perayaan dorang akan keluar design yang berlainan mengikut perayaan. Haa macam cheq beli ni ada lar tulis ‘Happy Chinese New Year’.

.

Kalau korang ada FAVE app, sekarang ni kat cawangan 1Utama ada promosi sampai 7 Apr 2019 untuk:

  • Tea Series – RM12.50 RM10
  • Butterfly Series – RM13.50 RM10.80

Jangan lupa masukkan kod promo: FAVESITI3396 untuk tolak RM5 (first time purchaser) min pembelian RM10.

.

Lokasi Dream Color:

  • Sunway Giza
  • 1 Utama (depan wayang GSC tingkat 4)
  • IOI City Mall

.

Info Dream Color

Facebook | Instagram | Website

Leave a Reply