Lokasi KDrama

[LOKASI KDRAMA] HEYRI ART VILLAGE – FIGHT FOR MY WAY + LET’S FIGHT GHOST + BANYAK LAGI

Heyri Art Village ni terkenal dengan lokasi pengambaran korean drama dan juga terdapat kafe-kafe yang unik dengan hasil art yang dipaparkan. Jom mulakan dengan Cafe Between tempat lokasi pengambaran drama korea Fight For My Way. Cafe Between ni terletak di kawasan Paju. Bila lagi kan nak teroka kawasan ni, asyik Seoul jer kan.

.

.

#1 FIGHT FOR MY WAY (2017) EPISODE 1

.

.

Ingat nak makan dekat anjung luar macam dalam drama tu tapi apa kan daya tak tahan panas terik masa tu hehehe jadi duduk diam-diam kat dalam. Singgah kat Cafe Between kami order 1 bingsu sahaja dan kongsi makan 2 orang. Nak jimat katakan, bingsu pun banyak. Belanja disini adalah:

딸기 빙수 (Bingsu Strawberi) : 14,000 won

자몽에이드 ( Air Grapefruit) : 8,000 won

Share: 2 orang makan

.

Kafe beroperasi: Setiap hari, 10:00 ~ 23:00

Alamat: 경기 파주시 탄현면 헤이리마을길 63

Geolokasi: 37.789128, 126.698597

.

#2 LET’S FIGHT GHOST EPISODE 9

.

.

Geolokasi: 37.788373, 126.696496

Mula-mula korang masuk Heyri ni pun dah boleh nampak kafe ni dan juga jambatan. Paling senang cari.

.

#3 GALLERY WHITE BLOCK CAFE

.

.

.

Lokasi pengambaran drama- drama:

– Introverted Boss episode 5 & 13

– Doctors episode 3

– Legend of the Blue Sea episode 9

– On the Way to the Airport episode 16

– Bubblegum episode 6

– Suspicious Partner episode 8

– dan banyak lagi

.

Masa beroperasi:-

Galeri: 10:30 ~ 18:00

Kafe: 10:30 ~ 19:00

Alamat: 경기도 파주시 탄현면 헤이리마을길 72

Geolokasi: 37.788922, 126.699404

.

#4 GALLERY CAFE ADAMAS253

.

.

.

Lokasi pengambaran drama:

– Beautiful Gong Shim episode 8

– Secret Hotel episode 10

– Happy Home episode 13

.

Alamat: 파주시 탄현면 법흥리 헤이리 예술인마을 1652-253

.

#5 Dan juga tempat – tempat lain di kawasan ni

.

.

Cara nak pergi sini sama seperti pergi English Village, Paju. Klik sini untuk post sebelum ni.

1) Naik bas 2200 dan turun di Heyri Art Village gate 1

.

.

2) Jangan salah turun pintu sebab dekat Heyri ni banyak pintu. Jangan lambat tekan loceng bas nanti nak patah balik ambil masa dah kena turun kat perhentian bas seterusnya.

 

3) Masa sampai korang boleh jer naik shuttle yang dorang sediakan tapi mengikut masa. Kami ni nak kurus jadi jalan kaki jer lar hehehe.

.

.

Peta Hyeri Art Village. Kawasan ni memang besar sebab tu jangan salah turun pintu gate. Sekian post untuk hari ini. Terima kasih kerana membaca^^.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *