TRAVEL: TERENGGANU

LEISURE DIVERS: PENGALAMAN MENYELAM (DIVING) + TIPS SEBELUM DIVING + CARA PILIH COURSE DIVING

Hai korang! Topik kali ni wa nak share pengalaman ambil kelas diving (menyelam). Kalau kita nak buat aktiviti menyelam ni kita kena ada sijil tau bukan suka-suka pergi pulau dan nak sewa peralatan diving dan terus menyelam. Tak! Tak! Kalau tak ada ilmu menyelam ia akan membahayakan nyawa korang. Walaupun korang pergi nak sewa peralatan diving pun dorang akan minta kad yang mengatakan korang ada atau pass exam ambil kelas diving dan tahap mana yang korang pergi.

Jadi sebagai pemula, korang perlu ambil course Open Water Divers dimana dorang akan ajar korang dari basic yang korang tak tahu berenang sampai korang pandai dan juga ilmu keselamatan semasa dalam laut nanti. Wawa ambil pakej Open Water Divers 4hari 3malam kat Leisure Divers – Pulau Perhentian yang berharga RM1200. Wawa dapat ni adalah harga promosi. Kalau nak diikutkan harganya lagi mahal.

Tips: Nak dapat harga murah tunggu dorang buat promosi.

Dari mana Wawa dapat tahu info ni? Ini dari kawan punya kawan yang rekemen pergi sini. Kawan yang ajak ni hehe. Sebenarnya memang dah lama berhajat tapi tak ada geng yang berani nak cuba huhu. Kali ni dah ada apa lagi kan. Apa yang Wawa suka dengan Leisure Divers ni kan adalah cara pembelajaran dorang dan staf-staf yang sangat peramah. Trust me! Korang tak akan stress belajar dengan instructors kat sini. Dorang ni kelakar tau!

Nak bagi senang paham, Wawa cerita dari awal datang sampai balik ye.

PENGANGKUTAN:

(1) Naik bas ekspress dari TBS ke Kuala Besut – RM44 (Turun Terminal Bas dan Teksi Kuala Besut) perjalanan selama 7 jam, ada berhenti R&R sekali, Pukul 11.30pm bertolak jadi sampai pagi boleh naik bot

(2) Naik Grab ke Jeti – RM4

Tips: Jangan naik teksi, caj RM10 ke Jeti

(3) Naik Bot – RM5 (Bagitau nak turun Arwana Resort) 30 – 45 minit sampai

Jadual Bot di Jeti
Arwana Resort – Korang akan nampak banner Leisure Divers

1ST DAY – BELAJAR TEORI, EQUIPMENT SET UP & PRAKTIKAL DI SWIMMING POOL

  1. Sebelum sampai, dorang ada bagi 6 video dan ebook untuk korang belajar tengok dahulu tapi disebabkan kami tak terima video jadi pagi tu baru kami tengok sikit.
  2. Sebelum masuk ke premis dorang semestinya scan MySejahtera dan check temperature. Daftar & isi borang yang mengatakan korang tak ada masalah kesihatan sekian.. sekian.. Kalau korang ada sakit memang tak dapat la buat course ni. Ia akan membahayakan nyawa korang. Dorang pun tak nak ambil risiko.
  3. Dorang bagi kami rehat dulu kat bilik sementara tu kami tengok video sikit.
  4. Selesai rehat sekejap. Dorang ada bagi buku manual untuk kami mula belajar. Dorang tak akan explain macam cikgu mengajar kat sekolah tau. Hahaha. Tapi terus korang kena jawab kuiz dalam buku tu berpandukan video yang korang dah tengok. Jangan risau kalau salah. Instructor korang akan explain detail jika tak paham.
  5. Oh ye instructor kami dapat ialah Mr Tan tapi kami panggil Pok Teh. Dia suruh panggil nama dia macam tu hehe. Pengalaman dia pun dah banyak. 20 tahun atau 30 tahun tak silap. Lupa dah.
  6. Korang akan belajar dari Section 1 – Section 3. Pagi sampai pukul 2 waktu makan.
  7. Habis je makan. Sambung balik praktikal dia akan ajar set up equipment. Selepas tu kami pergi tukar pakaian sebab dia nak praktik dahulu dalam swimming pool.
  8. Weight pun kami kena pakai. Wawa weight dia bagi tambah 4kg.
  9. Kami tak reti nak berenang apatah lagi nak pukul fin huhu jadi Pok Teh ajar cara nak berenang sampai kami dah pandai pukul fin dengan betul. Banyak betul kesabaran Pok Teh mengajar kami.
  10. Kami belajar sampai la pukul 7 baru stop sebelum gelap. Tapi ada beberapa part tak dapat nak mahirkan lagi jadi sambung pagi esok sebelum turun laut.
  11. Wawa bagitau ye. Korang tak akan ada masa untuk bersuka ria atau singgah sana-sini disebabkan jadual belajar memang ketat. Nak belajar cepatkan? Masa tak cukup nanti.
  12. Makan malam. Malam sambung balik belajar dan tengok video. Sampai tertidur tengok video. Tak habis tengok video. Video dia dah la 1 video duration dia 1 jam hahaha kau rasa?

Tips: Jangan pergi waktu korang tak sihat seperti selsema. Tak digalakkan sebab bila korang kat dalam laut nanti akan guna hidung tau untuk hembus nafas clearkan air dalam mask. Kita pun tak selesa kan dan akan menyebabkan sinus. Kan dah membazir bayar tapi tak boleh menyelam. Kalau tak boleh sila minta postpone dan appoint date baru. Macam Wawa pun postpone date baru, suppose pergi 12 – 15 Sept disebabkan masalah peribadi jadi postpone ke 1 – 4 Okt.

Buku manual dan pen korang akan dapat

KEADAAN BILIK KAMI YANG KAMI DAPAT

MAKAN TENGAH HARI & MALAM

Wawa bagitau awal-awal ye. Makanan kat pulau ni mahal-mahal belaka ye 2 dan 3 kali ganda dari harga biasa yang kita makan. Kalau makan kat Arwana Resort ni makanan dia 3 kali ganda mahal. Wawa cuba nasi goreng kampung sebab Pok Teh cakap sedap.

Menu Makanan di Arwana Resort
Nasi Goreng Kampung Seafood RM15
Malam ada Dapur Bakar-Bakar macam sosej, Udang, Ham. Harga RM3 – RM4.20 satu

Tips: Bawa cash lebih ye sebab kita kat pulau ni tak ada mesin ATM jadi keluarkan duit cash siap-siap- sebelum datang sini. Wawa akan share harga menu jangan risau. Jadi korang boleh bajet berapa nak bawa. Nak bawa makanan sendiri pun boleh. Lagi jimat tapi sekali sekala nak merasa makanan kat sini pun apa salahnya. Ikut bajet korang.

Nota: Korang boleh beli maggie, roti, pakaian renang, souvenirs di kedai kecil belakang Leisure Divers jer. Kena tengok waktu operasi. Lupa pula nak ambil gambar.

2ND DAY – OPEN WATER DIVE 1 & 2

  1. Pagi kami masih lagi kena belajar di kolam renang tapi kali ni dari weight 4KG ke 3KG. Dia nak check takat mana boleh kita tenggelam sebelum masuk laut.
  2. Selepas tu baru la Pok Teh bawa kami turun laut bersama Mike. Mike ni mengajar juga tapi tak nak mengaku haha dia cakap dia belajar juga. Mike pun bagus dia kadang-kadang bagi tips juga.
  3. Masa ni rasa gemuruh weh nak turun laut. Tapi dengan konfiden Pok Teh cakap tak apa jangan risau Pok Teh ada.
  4. 1st dive kami dibawa ke Tiga Ruang.
  5. Dengan berbekalkan ilmu yang diajar, kami kena juga praktik di dalam laut. Tekanan di dalam laut berbeza dengan tekanan di dalam air tawar.
  6. Korang kena kuat kat kaki, ni pun salah satu aktiviti sukan. Kat pinggang ada tau ikat weight. Macam Wawa weight 3 kg tampung ikat kat pinggang supaya tenggelam.
  7. Ada 1 teknik dimana korang kena buka tali pinggang weight dalam laut dan pass ke Mike kat bot. Seram weh kalau weight tu jatuh dalam laut mau kena bayar weight tu 1 batu dah RM50 kalau tak silap. 1 batu 1kg.
  8. Kami dapat dive sedalam 7 meter. Sebagai Open Water Diver korang boleh dive maximum 18 meter.
  9. Air serius masa ni keruh sikit, tak nampak sangat.
  10. Tak lama kami dapat dive sebab kawan dah tak tahan, nampak lemah dan tak larat jadi kami terpaksa berhenti dan balik ke chalet.
  11. Wawa ada la juga rasa pening kejap masa atas bot sebelum masuk laut lepas tu dah ok. Mungkin masa ni badan baru nak terima keadaan sini.
  12. Balik kami makan tengah hari dan rehat sampai kawan rasa ok dan baru kami sambung Open Water Dive 2 kat Shark Point sedalam 6.5 meter.
  13. Bernasib baik tak nampak shark, berharap tak nak nampak pun. Mahu menggelabah nampak kang. Tunggu dah pandai dan dah biasa tak apa kalau nampak shark. Boleh nyanyi sekali baby shark duu duu dengan shark. Ok cukup merepek.
  14. Lepas tu balik sebelum gelap dalam pukul 6.30 petang kot masa ni.
  15. Malam tu lepas makan terus tengok habiskan video.

Tips: Pagi sebelum diving, please makan makanan karbohidrat atau protein. Better makan nasi. Walaupun tak biasa makan pagi, kena paksa juga makan. Separuh pun jadi la. Tu untuk tenaga korang nak diving. Kalau tak akan jadi macam kawan Wawa sebab pagi dia makan maggie sebelum diving jadi tak cukup tenaga, kepala pun cepat pening.

MAKAN PAGI, TENGAH HARI & MALAM

  1. Pagi Wawa makan roti dan air milo. Staf baik sangat bagi roti dengan serbuk milo.
  2. Makan tengah hari: Nasi Ayam jer ada kat Arwana Resort (RM12)
  3. Malam Wawa makan maggie jer hehe. Maggie ni pun beli kat kedai kecil belakang masa pagi sementara tunggu air kolam dicuci. Harga boleh tahan (RM8.20) Mee Sedap Goreng tu. Plan nak ke kedai makan lain di seberang chalet tapi tak kesampaian sebab hujan.
Peta Pulau Perhentian

3RD DAY – OPEN WATER DIVE 3 & 4

  1. Seperti biasa pagi pergi sarapan dahulu kat Arwana Resort. Tak nak pergi jauh sebab kelas nak dekat mula.
  2. Sambung belajar section 4 – 5. Tukar pakaian dan tunggu minyak bot isi. Tu yang sempat ke buaian hehe.
  3. Lepas tu OWD 3 pula pagi tu ke De Lagoon sedalam 11.4 meter. Masa ni Wawa kena dengan Mike, dia jahat baling BCD jauh lepas tu kena la berenang tangkap BCD tu pakai dalam laut. Datang balik ke bot ambil weight dan pakai dalam laut.
  4. Air kali ni kat De Lagoon jernih dan boleh nampak. Baru la nampak Nemo, Ikan Pari, Sekumpulan Ikan Berenang, Gamat dan ikan pelik-pelik la yang tak penah jumpa.
  5. Selepas belajar teknik dari section 4 dan pass baru la kami Fun Dive!
  6. Selesai dan naik ke surface dan balik makan tengah hari.
  7. Makan Tengah Hari jauh sikit sebab semalam tak dapat jadi hari ni kempunan kena pergi juga sebelum balik keesokkan hari.
  8. Lepas makan tengah hari bahang panas tu makk uii. Muka dan tangan Wawa dah gelap dari 1st day diving tak payah cakap. Tercungap-cungap balik, mandi peluh bakhang.
  9. Lepas tu sambung belajar sikit untuk section terakhir dan OWD 4 dalam pukul 3 lebih la sementara tunggu group lagi 1 balik tapi kali ni Mike tak ikut sebab dia kena mengajar group lain.
  10. Kali ni kami pergi dengan group pakej Fun Dive dan juga dorang ada instructor sendiri untuk seorang tu jer la. Yang lain dorang dah boleh berdikari tapi staf nama Tuk (orang China) ada bersama dorang ni.
  11. Hantar seorang instructor dengan seorang OWD ke Batu Nisan Darat. Situ cetek sikit. Kemudian kami ke Batu Nisan Laut sedalam 16 meter.
  12. Last ni kami belajar CESA. Emergency bila kehabisan oksigen. Nanti korang belajar la semua teknik.
  13. Sekejap je selesai lepas tu kami Fun Dive. Dapat tengok penyu akhirnya! Cuba kejar tapi laju je dia lari. Kita tak boleh berenang laju tau, bahaya juga. Kena ikut SPG. Nampak Gamat Gergasi wehhh, dah sama besar Wawa jer. Memang banyak la nampak Nemo. Baru tau Nemo ni pemalu.
  14. Balik ke surface tengok bot hilang. Masing-masing gelabah. Lepas tu panggil bot salah hahaha. Rupanya bot kami pergi ambil 2 orang kat Batu Nisan Darat. Group ramai sana pun menunggu jauh sikit dari kami.
  15. Kenangan juga kat sini jari luka sebab terkena pelampung rosak yang terapung kat permukaan laut. Nak elak kena kat muka sebab masa tu menunggu giliran nak buat CESA. Kawan buat dulu. Dia tak boleh buat 2 orang sekali gus.
  16. Balik dari makan malam, sambung belajar kira-kira planner.
  17. Lepas tu exam 40 soalan kuiz & 50 soalan final exam. Nak lulus kena salah minimum 12 soalan. Kalau tak capai standard. Kena ambil exam lagi, jawab sampai lulus. Tengah malam la jawabnya. Nasib sekali lulus jer!

Tips: Please enjoy masa Fun Dive! Bila korang dah ada skill seronok tu lain macam tau. Excited! Tapi kena jaga-jaga dengan haiwan yang berbisa.

Tips: Soalan di kuiz sangat membantu untuk final exam. Kalau kuiz ada salah tak apa boleh bincang lagi dengan instructor tapi final exam tak boleh. Kalau pandai buat tanya soalan sampai instructor pun terbagi jawapan haha. Pok Teh terbagi jawapan.

Nota: Setiap pagi balik dari dive, kami kena tukar tank oksigen. Jadi petang dive boleh lama dan lebih dalam menyelam.

MAKAN PAGI, TENGAH HARI & MALAM

  1. Sarapan pagi kami makan kat Flora Bay seperti Pok Teh rekemen. Dia rekemen kalau nak makan pagi pergi sini. Kawan makan nasi kerabu + 2 lauk (RM10), Wawa makan nasi lemak + telur goreng + daging (RM9). Tapi ok la murah sikit dari Arwana Resort.
  2. Tengah hari makan kat Arwana nasi goreng kampung daging (RM13), air Wawa bancuh sendiri bawa, teh + kurma paket.
  3. Malam kami share makan kat B1st Cafe. Nasi 2 + Tom Yum Seafood + Telur Dadar + Teh O Ais 2 (RM33). Wawa tak rekemen sini, servis tak bagus. Nak ambil order pun buat muka + tak menyabar ambil order tiba-tiba cakap dah decide baru panggil. Padahal kami tak panggil pun lagi untuk order. Dia datang sendiri. Makanan kat sini pun tak sedap. Sekian.
Depan Flora Bay ada khemah jual nasi lemak dan nasi kerabu. Boleh bawa pinggan ke meja Flora Bay.

Bawah ni persekitaran jiran sebelah resort. Jalan-jalan cari makan.

4TH DAY – BYE BYE LEISURE DIVERS! + TERIMA E-KAD LESEN OWD

  1. Pagi sebelum berangkat pulang dan bot ambil kami pukul 12pm sebab bas kami pukul 1.30pm. Kami bergambar dulu dan isi detail untuk terima e-kad kami dalam apps. Nanti nak Fun Dive tunjuk jer e-kad ni.
  2. Dapat buku log. Segala detail kita diving kena rekod dalam ni.
  3. Tak akan lupa pengalaman sepanjang kat sini. Entah berapa kali nak kena sekeh dengan Pok Teh hahaha.
Buku log – Kena bawa sentiasa kalau nak pergi diving
Bermula dari OPEN WATER DIVER – ADVANCED OPEN WATER DIVER – DIVEMASTER
Pok Teh bukan sekeh Wawa ye hahaha dia letak tangan jer. Dia geram kadang-kadang Wawa loya buruk

Congratulations Has & Wawa certified as Open Water Divers 🎉🤿#padi #openwater #divewithpadi #divingisfun #divewithpadi #divinglife #paditravel #scubadiver #scubadiving #scubalife #潜水找阿丹 #停泊岛潜水 #停泊岛

Posted by Leisure Divers – Perhentian Islands on Ahad, 4 Oktober 2020

PENGANGKUTAN BALIK:

  1. Balik naik bot FOC (Staf Leisure Divers uruskan)
  2. Naik Grab ke Terminal Bas. Jangan tunggu Grab kat bahagian teksi sebab dorang tak ambil kat situ. Lebih baik pergi ke pintu depan jeti. Banyak Grab dah tunggu situ. Korang book je memang Grab dah tunggu – RM4
  3. Perut lapar? Boleh isi perut dulu kat terminal ada kedai. Memandangkan kami ada setengah jam je lagi jadi kami pergi beli jagung, roti dan air je.
  4. Ada perhentian di R&R. Masuk tandas scan MySejahtera dan check suhu. Ada orang jual putu bambu kami beli RM4 original walaupun ada topping letak coklat, strawberry ke hape lagi pelik-pelik. Dah manis kau nak tambah manis lagi ke?
  5. Perjalanan sampai ke TBS selama 9 jam sebab dia berhenti kat R&R lama + traffic jam kat Tol Karak.

Tips: Beli tiket bas balik sebelum pergi. Nasib kami beli awal. Tu pun banyak dah sold out sebab kami balik pada hari ahad.

Tips: Kalau tak ada baju renang macam Wawa bawa baju jersey yang tak banyak serap air dalam 2 helai cukup la sebab cepat kering. Ada tempat sidai jangan risau tapi limited la. Seluar memang pakai seluar renang. Pakai inner lengan sebab wet suit dia jenis lengan pendek dan seluar pendek.

Tips: Shampu dan sabun dah ada sediakan, tak perlu bawa pun tak apa. Bawa ubat gigi + berus gigi. Jangan beratkan beg lagi. Tuala bawa ye.

Tips: Bawa beg galas bahu sebab senang nak ke sana sini lagi senang bila nak keluar masuk bot. Jangan bawa luggage. Melainkan dalam luggage tu korang bawa peralatan diving. Kita beginner jadi bawa beg galas je.

Tips: Terus pakai selipar datang sebab kita banyak berkaki ayam je hahaha pakai kasut nanti basah dah satu hal nak tunggu kering.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca ^^. Kalau ada pertanyaan boleh jer drop komen kat bawah.

2 thoughts on “LEISURE DIVERS: PENGALAMAN MENYELAM (DIVING) + TIPS SEBELUM DIVING + CARA PILIH COURSE DIVING”

Leave a Reply