MAKAN2: SELANGOR

LAURA MEDINA CAFE: AYAM KOREA SEOUL 5 RASA MESTI CUBA! SEDAP & MURAH

Semalam wawa bawa kakak dengan jiran pergi ke Laura Medina Cafe yang terletak di Shah Alam, 40 minit dari rumah ke sana. Selagi ikut SOP maximum 3 orang dalam kereta tak ada masalah. Sepanjang perjalanan kiteorang nasib tak ada road block. Bukan apa, kalau ada mau hadap jem. Dah nanti dalam jem sejam pulak nak hadap.

Apa yang menariknya di kafe ni ialah dorang punya menu Ayam Korea Seoul! Specialnya menu ni korang pilih akan dapat 5 jenis rasa ayam iaitu Spicy, Jeju, Nami, Gangnam dan Busan. Apa beza kelima-lima nama ni?:

  • SPICY – Pedas
  • JEJU – Sweet Lemon
  • NAMI – Sweet Garlic
  • GANGNAM – Salted Egg
  • BUSAN – Soy Garlic

Dorang menggunakan nama-nama tempat yang famous di Korea Selatan. Yang pernah jejak ke Korea tahu dah nama-nama tempat ni kat mana ye kan? Kalau korang order set yang ni korang akan dapat 5 ketul setiap perisa jadi total ayam dapat adalah 25 ketul! Banyakkan?! Termasuk lagi CHEESY FRIES kat tepi tu. Sesuai makan untuk 4-5 orang.

AYAM KOREA SEOUL – RM69.90

MINUMAN SIZE XL – MILO, CHOCOLATE, IPOH WHITE COFFEE – RM5.90

CHEEZY WEDGES – RM7.90

ONION RING – RM6.90

Korang akan rasa masam, manis, pedas dan masin haa semua ada. Ayam yang pedas tu bagi wawa memang pedas sampai mengalir hingus keluar tapi tak ada lah pedas sangat macam kita makan buldak extra spicy ramyeon tu. Pedas dia wawa yang jenis tak tahan makan pedas boleh terima.

Antara 5 perisa ni of course la Jeju pilihan wawa paling suka! Wawa kan suka makan yang masam-masam dan ada manis sikit. Spicy dan Nami pilihan kedua wawa. Kalau korang datang 1st time tak tahu nak order mana, wawa rekemen ambik menu Ayam Korea Seoul. Korang boleh rasa 5 perisa sekali gus. Dah tahu yang mana jadi pilihan nanti boleh datang lagi untuk try menu ikut perisa yang kita suka.

Banyak sangat ni, serius tak boleh habis walaupun kami datang 3 orang. Sayang kalau biar macam tu jer kan. Korang jangan risau, yang lebih-lebih tak habis tu korang boleh tapau bawak balik dan yang menariknya tak ada caj lebih pun!

Nampak tak kiteorang bawak balik mana yang tak habis tu. Baru nampak satu jer tapau, cheesy wedges pun kiteorang tapau tau. Memang tak larat nak sambung makan lagi. Serius sedap! Lagi satu dorang punya cheese tu banyak tau! Puas hati! Wawa sarankan makan masa panas-panas baru rasa nikmat cheese tu campur dengan ayam perghhh. Hanya peminat cheese jer memahami perasaaan ni!

Alaa malas la nak keluar pergi, lagi musim sekarang ni. Jangan risau dorang ada buat delivery. Korang boleh order jer online nanti rider dorang akan hantar ke rumah. Boleh order di website (lauramedinacafe.beepit.com) atau Foodpanda.

INFO TAMBAHAN

  • Boleh waze/ google map: Laura Medina Cafe
  • Parking banyak jadi tak payah risau nak cari parking
  • Jangan lupa scan MySejahtera, sanitize dan pakai mask
  • Boleh bayar guna ewallet touch & go, M2U app, Debit & Kredit Kad, Cash
  • Pernah masuk JJCM (23 Jan 2018), Padu Beb! (13 March 2019) & etc
  • Kafe layan diri: Tak habis makan bungkus sendiri (wawa suka konsep macam ni)
  • Ada tandas: Bersih
  • Sinki dipintu depan
  • Ada TV dorang pasang lagu KPOP jadi tak bosan nak menunggu makanan sampai. Sebenarnya cepat juga dorang hantar, wawa datang tak ramai orang.
  • Musim covid-19 ni 1 meja 2 kerusi sahaja
  • 4 tahun beroperasi
  • Buka 5pm ~ 10 pm (Khamis – Selasa), Rabu TUTUP
  • FACEBOOK | WEBSITE | INSTAGRAM
  • 34, Jalan Nova K U5/K,Subang Bestari,40150 Shah Alam,Selangor

Leave a Reply