EVENT

[KPOP EVENT] VIXX FAN MEETING TOUR IN SE-ASIA @ KL – SIAPA YANG HILANG PASSPORT?

Pada hari khamis yang lepas 27 Julai 2017 berlangsungnya fan meet VIXX di KL LIVE, KL. Dah 2 tahun VIXX tak datang Malaysia ni. Last jumpa VIXX masa dorang datang untuk menjadi juri KPOP WORLD FESTIVAL tahun 2015 di Sunway Giza. Masa pertama kali dorang datang sini pada tahun 2013 untuk showcase The Milky Way Wawa tak dapat nak pergi masa tu.

.

Sebelum show bermula

.

Sebelum mula masuk venue dah tentu lah kutip semua freebies selagi boleh dari fansites kan. Sebenarnya dah sampai pukul 11 pagi tapi disebabkan ada urusan nak selesaikan dan juga lapar pukul 2.30 petang baru nak gerak dan sampai ke KL LIVE.

.

Hasil kutipan freebies dari fansites dan juga cermin VIXX dari MY MUSIC TASTE

.

Pemegang tiket VIP ada yang bertuah dapat pas rehearsal woo! Tapi Wawa bukanlah orangnya hahaha tak mampu nak beli yang mahal-mahal duit dah tak ada kuang kuang kuang. Pukul 5 petang barulah rehearsal bermula tapi kepada yang tak dapat pas rehearsal yang menunggu kat luar tu disuruh beredar ke tingkat bawah tak bagi dengar. Masa tu kami baru jer naik ke tingkat atas tengok-tengok dah kenapa semua beredar.

.

Selesai rehearsal hampir pukul 6.30 petang dijanjikan VIP1 & VIP2 akan masuk dulu kemudian GA1 & GA2. Setiap zon dipanggil mengikut batch setiap 50 orang disusun dan masuk dengan lancar. Susunan memang teratur dan adil mengikut urutan nombor tiket masing-masing. Wawa hanya beli tiket GA1 dan dapat poster di sign oleh VIXX. Mula-mula dapat masa tu tak perasan Hongbin tak sign nasib baik kawan, Sonia dia perasan dan tukar yang ada semua sign. Sebab masa tu pandang Ken punya sign ada dah cukup hahaha.

.

.

Sepatutnya dalam plan GA1 ada dibawah dan juga diatas tapi krew asingkan GA1 dibawah sahaja dan GA2 dibahagian atas. Wawa masa mula nak sangat pergi atas tapi bila dah dapat bawah dan tengah not bad juga view cantik. Risau masa tu kot-kot zon VIP berdiri nanti tak nampak. Dah lah Wawa ni ketot.

.

Pukul 7:30 petang tepat show pun bermula. Oh ya fan meet ni dibawa oleh MY MUSIC TASTE dibawah syarikat Korea. No wonder dorang start pada masa yang tepat. Dibawah ni adalah list sepanjang aktiviti berlangsung di KL LIVE bersama VIXX. 15 buah lagu dinyanyikan, game mission dan sesi soal jawab VIXX:

1) ON and ON

2) HYDE

3) ETERNITY

4) (VIXX BERCAKAP)

5) DYNAMITE

6) B.O.D.Y

7) Sesi soal jawab “ASK VIXX”

– Soalan yang menarik perhatian VIXX adalah ‘WHO LOST HIS PASSPORT?’ Hyuk pun menjawab Ravi yang kehilangan passport dan mc bertanya adakah kali pertama? Tapi sebenarnya dah banyak kali. Aigooo Ravi…

.

Siapa yang hilang passport?.. aigooo

.

KEN semasa ‘ASK VIXX’

.

N semasa ‘ASK VIXX’
LEO semasa ‘ASK VIXX’

.

8) SOMEDAY

9) 지금 우린 – US NOW (FANS PROJECT)

MALAYSIA FANS PROJECT

10) (VIDEO PREVIEW)

– berhenti seketika untuk VIXX tukar pakaian

11) SHANGRI-LA

12) BLACK OUT

.

VIXX semasa membuat persembahan menyanyi lagu 지금 우린 sebelum STARLIGHTS mula angkat banner

.

13) (GAME MISSION)

14) FANTASY

.

.

15) DESPERATE

16) (VIXX BERCAKAP)

17) LOVE ME DO

18) CHAINED UP

19) VOODOO DOLL

20) (BERHENTI SEKETIKA VIXX TUKAR PAKAIAN) ENCORE

– STARLIGHTS memanggil VIXX keluar untuk Encore Song dengan memanggil ‘SARANGHAE’ berulang kali

21) ENCORE SONG – HEAVEN

22) ENCORE SONG – LOVE EQUATION

.

Fan meet VIXX pun dah tamat dan disudahi dengan HIGH TOUCH untuk VIP 2. VIP 1 untuk sesi bergambar bersama VIXX. AWW~ Memang susah nak lupakan! Bukan selalu dorang nak buat tour kan. Walaupun dah banyak kali jumpa kat Korea juga hehe. Fancam semua dah dimasukkan ke Youtube sila-sila lah jenguk ye. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *