EVENT PAST CONTENTS RECREATED

[KPOP EVENT] K WAVE MUSIC FESTIVAL DI SURF BEACH SUNWAY LAGOON!

Tarikh: 5 Ogos 2017 (Sabtu)

Masa: 8 malam

Tempat: Surf Beach, Sunway Lagoon

.

Salah satu konsert besar yang membawa ramai artis Kpop datang ke Malaysia. Sebelum ni konsert percuma I.Seoul.U di KLCC menjemput 3 artis Korea NCT 127, YESUNG Super Junior dan juga Red Velvet. Kali ni untuk K Wave Music Festival dorang bawa 6 artis Kpop ke Malaysia iaitu APINK, BTOB, HIGHLIGHT(punca utama duit melayang kesini), TEEN TOP, B1A4 dan juga Victon. Wah! Banyak kan? Selalu Wawa dapat tengok artis-artis ramai macam ni dapat kat Korea je sebelum ni.

.

Sebelum konsert bermula pada pukul 8 malam, pukul 1 petang dorang mengadakan sesi Meet & Greet bersama Victon. Boleh tengok video di instagram Wawa ada post semasa kehadiran Victon dan juga sesi ‘HI! Five’.

Meet & Greet bersama Victon diberi keutamaan kepada pemegang tiket VVIP dahulu dan baru lah pemegang tiket di zon yang lain tapi hanya 20 minit sahaja Victon berada di MCalls disebabkan jadual ketat Victon. Pada mulanya Wawa Hi & Bye depan Victon terlupa pulak nak rekod hahaha boleh pula dengan kawan sorang ni Kak Ain pakat pusing satu kali lagi dapat lah Wawa rekod moment ni hahaha.

.

Selesai Meet & Greet bersama Victon, aktiviti seterusnya ialah rehearsal. Hanya 30 orang terawal sahaja yang berbaris dihadapan Mcalls dapat (walaupun ada yang bermain kotor ya). Rehearsal selama 30 minit. Mula dijanjikan pukul 6.30 petang masuk tapi ditunda sampai pukul 7 petang masuk. Diawal pintu krew MCalls dah sediakan poster & t-shirt yang dah ditandatangani oleh ke enam-enam artis tapi sayangnya waktu pun dah dekat masuk, krew sempat letak Victon, Teen Top dan juga Apink sahaja. Wawa masa ni line paling hadapan mintak Highlight tapi belum dorang sediakan lagi jadi krew MCalls janji bagi selepas konsert. Masa tu okay fine lain kali jangan buat last-last minit nak siapkan semua tu. Harap K Wave Music Festival 2 akan datang ni sila perbaiki.

.

Bersama Kak Ain. Tempat VVIP 2 ramai datang untuk HIGHLIGHT jadi pinjam kejap lightstick orang sebelah. Konon-konon kiteorang bawak lightstick. Terima kasih orang sebelah.

.

Group pertama buat persembahan ialah Victon! Masa ni zon VVIP jadi kucar-kacir dan Wawa salah sorang juga join sekaki dalam kucar-kacir tu sebab seat 3 baris hadapan banyak kosong tapi orang-orang empunya tempat tu lambat masuk jadi pulak drama berebut tempat hahaha. Serius Wawa cakap duduk seat hadapan sekali tu paling kesian sebab pentas tinggi dan ada halangan susah nak nampak jadi kawan dan Wawa balik ke tempat duduk asal lagi jelas nampak artis. Disebabkan kucar-kacir video Victon tak semua rekod harap maklum kekeke.

.

Penat sangat sampai terjelir lidah adik ni
Semasa Victon memberi sepatah dua kata sebelum sambung lagu seterusnya
Adik berbaju belang-belang tu kenapa berdiri jauhh? (Nasib baik tak ade effect hujan kalau tak dah edit kat dia)

Victon menyanyikan lagu Eyez Eyez, What Time Is it, I’m Fine, The Chemistry dan Blank.

.

Artis seterusnya yang membuat persembahan ialah BTOB!

.

Sungjae famous dalam drama Goblin
Sungjae jangan lah buat muka tak puas hati dengan Peniel ㅋㅋㅋㅋ
Caption korang?
Ilhoon nak tidur ke? Eunkwang pulak jangan terlebih excited ㅋㅋㅋㅋ

.

Masa sesi memperkenalkan diri masing-masing. Penterjemah telah membuat kesilapan translate semasa Minhyuk memperkenalkan diri “Hai saya BTOB Minhyuk” dalam bahasa Korean tetapi penterjemah menyebut “Hi Im the leader here” menyebabkan muka ketua kumpulan BTOB Eunkwang berubah wajah tau. Ramai Melody marah tau. Okay lain kali sila bawak penterjemah yang telinga boleh didengari dengan betul ye. BTOB bawakan lagu I’ll Be Your Man, 2nd Confession, It’s Okay, Beep Beep dan Movie.

.

Next artist! B1A4! Selepas kejadian yang pernah berlaku tahun sebelum ni dorang buat Fan Meeting, Wawa ingat dorang ni dah tak nak datang sob sob sob. Dorang ni lah buat Malaysia keluar kat allkpop news. Lepas tu banyak pulak artis datang kat Malaysia.

.

Baro eyes contact yawww~
Gongchan jangan pandang macam tu.. tengok Sandeul belum apa-apa lagi dah mengantuk
Jinyoung nak air ler tu… pandang Sandeul macam tu sekali
Muka Jinyoung happy dapat air
Eh? Jinyoung tau Wawa tengah cakap pasal dia? Opppss

.

B1A4 menyanyikan lagu What’s Going On, A Lie, A Glass of Water (tu yang sampai Baro bawak sekotak air botol mineral dan sesi simbah menyimbah air bermula), Good Timing dan Baby Good Night.

.

Next Teen Top!

.

Bukan main berspek hitam si Ricky ni
Niel!

Teen Top bawakan lagu Crazy, Love Is, To You, Rocking dan Miss Right. Semua lagu-lagu legend! Rindu sangat nak dengar semua lagu dorang. Tarian masa lagu Rocking memang suka! Lagu Miss Right pernah Wawa buat ringtone handphone dulu hehehe.

.

Seterusnya fanboys menantikan! APINK!

.

Eyes contact pertama!
Eyes contact kedua!
3 orang eyes contact!

.

Apink sebelum ni pernah datang masa MTV World Stage dan kali ni datang lagi! Apink bawakan lagu Only One, Mr Chu, LUV, No No No dan Five.

.

Group seterusnya yang Wawa nantikan! HIGHLIGHT! Setelah berapa tahun entah ye menunggu. Dulu dorang datang tak dapat nak pergi hanya mampu hashtag #teammereput kat kolej hahaha.

.

.

Maaf masa Highlight semua rekod video dan tak ada ambil gambar. Video-video yang lain boleh tengok kat instagram dan juga video penuh di youtube Wawa^^. HIGHLIGHT menyanyikan 5 buah lagu iaitu Plz Don’t Be Sad, Calling You, YeY, Good Luck dan Beautiful Night.
.

Habis konsert pukul 10 malam. Pada malam tu juga 3 group dah bergegas ke airport untuk balik ke Korea. Yang penting Wawa tau Highlight tak balik lagi masa tuㅋㅋㅋㅋ sebab dorang pernah cakap rindu nak mandi kat Sunway Lagoon! Yep hajat dorang nak mandi lagi kat situ tercapai. 👏👏👏

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *