TRAVEL

[KOREA TRAVELOG] SONGWOL-DONG FAIRY TALE VILLAGE & OZ CAFE (KAFE BERTEMA ONE PIECE)

Post kali ini bertemakan kanak-kanak pula. Di mana? Fairy Tale Village! Tempat ini popular dengan lukisan-lukisan daripada cerita dongeng kanak-kanak. Sangat sesuai kalau pergi dengan keluarga bawa anak-anak. Budak-budak memang suka termasuk Wawa. Hehehe. Eh.

Tempat ini terletak di kawasan yang sama dengan Jemulpo Club (Klik sini baca post sebelum) dan China Town.

Di mana? Keluar dari INCHEON STATION EXIT 1 menuju ke pintu gerbang CHINA TOWN dan terus naik ke atas bahagian kiri. Seperti peta di bawah.

Masuk adalah PERCUMA.

Korang akan nampak pintu gerbang ke Fairy Tale Village macam ini.

Masa pergi ini dorang tengah ada perbaiki jalan jadi agak berhabuk dan bising. Bila korang dah masuk gerenti macam budak-budak tak reti duduk diam ambil gambar sana sini. Serius tempat ini sangat comel. Cuba tengok panda comel kat bawah ini. Comel kan?

Tandas pun cantik tau. Korang nak masuk tandas jangan lupa bawa botol air kosong dan isi air atau tisu basah sebab tempat ini tak ada paip air.

Jangan jadi seperti budak dibawah ini jalan-jalan sambil minum air dan ambil gambar. Macam buat iklan air smoothie pula.

Dan jadi model tak berbayar. (Keluarkan duit lagi ada la, duit nak makan hehehe)

Bila ada orang tanya “Balik kampung mana?”. Wawa cakap “Korea”. Ada yang tak percaya dan ada yang nak muntah dengar. Tak apa. Biar gambar berbicara. Hehehe.

Sila masuk kampung cheqqq… Maaf tingkap tak baiki lagi. Faham-faham la bila nanti hujan bocor. Hahaha.

Bukan sahaja tempatnya cantik tapi juga cafe-cafe yang cantik. Korang boleh makan dan dah tentu sayang nak makan sebab comel sangat.

Salah satu kafe yang Wawa cuba adalah OZ CAFE! Wawa boleh buat review kafe ini je.

Mula-mula masuk korang akan nampak penuh dengan barang-barang ONE PIECE yang dijual di tingkat bawah. Disitu juga korang akan membuat pesanan makanan dan minuman. Pekerja korean tak fasih berbahasa english tapi dorang cuba juga untuk berkomunikasi.

Sebelah dengan cashier korang akan nampak tanda tangan artis-artis yang pernah berkunjung disini. Salah satu yang Wawa kenal adalah kumpulan KPOP nama EXID.

Setelah buat pesanan, korang akan diberi ‘mesin ketar-ketar’ hahaha maaf Wawa tak tahu nak panggil nama apa. Bila makanan dah siap mesin ini akan bergetar dan korang boleh ambil makanan di cashier. Kami makan di tingkat atas.

Apa yang kami pesan?

  • Kiri: 요거트 스무디 Yogurt Smoothies berperisa mango – 5,000 won
  • Kanan: 무지개라떼 Rainbow Cafe Latte boleh pilih antara 3 perisa (라떼 latte, 초코 choco,  녹차 green tea) – 6,900 won

Harga makanan disini dalam linkungan 2,900 won – 13,900 won. Kalau dah sampai berbelas ribu won tu baik korang share-share sebab portion kebiasaannya banyak.

Terima kasih kerana sudi membaca.^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *