TRAVEL

[KOREA TRAVELOG] PERSEDIAAN UNTUK TRIP SENDIRI TANPA EJEN PELANCONGAN

Disebabkan ramai yang buat permintaan kat Wawa macam mana boleh pergi trip ke Korea sendiri tanpa guna ejen. Ada orang tak nak guna ejen supaya nak jimat kos. Kalau ada yang tak berani tu Wawa sarankan guna je lah ejen. Ejen pun nak cari rezeki kan. Ini berdasarkan pengalaman Wawa ye. Lain orang lain caranya. Sesuai untuk orang yang rajin cari info-info dan tak mudah putus asa. Bawah ini Wawa senaraikan beberapa tips:

1) Sebelum kita pergi mesti lah kena buat research dulu tempat mana nak pergi. Ada banyak cara nak cari info-info:

● Blog/Vlog orang yang pernah pergi trip

– korang boleh buat research tempat-tempat yang popular orang kunjungi sama ada di Youtube, Instagram, Facebook, Blogger dan banyak lagi orang berkongsi tempat-tempat menarik. (Wawa pun boleh ada jugak sikit-sikit kongsi ← promote diri). Lepas tu research cara pergi ke situ.

● Buku Lonely Planet

– korang boleh dapat kat kedai buku Popular, Kinokuniya dan MPH. Kalau korang yang jenis rajin membaca disarankan beli yang ini sebab banyak info-info. Tapi Wawa ini tak suka membaca buku lagi-lagi buku tebal berinci-inci.

● I am Backpacker: KOREA

– buku ini Wawa sangat rekemen korang untuk beli. Banyak info yang boleh dapat. Lagi ringkas dan senang faham.

● K-Story Korea Tourism Organization (KLIK SINI)

– website KTO juga banyak yang sedia membantu korang. Ada yang berkongsi tempat-tempat yang menarik belum pernah lagi Wawa jejak. Coming soon hehe.

2) Usha dan beli tiket penerbangan

● Skyscanner (download sini)

– boleh filter usha tiket-tiket murah untuk semua penerbangan

● AirAsia (KLIK SINI)
– keep on eyes dorang punya promosi kaw-kaw di facebook


3) Tempah tempat penginapan 

● Booking.com (KLIK SINI)

– tekan sort untuk tengok bilik yang paling murah

● Airbnb (KLIK SINI)

4) Usha matawang 

● XE Currency (Download sini)

– usha kat apps ini sebelum pergi untuk buat pertukaran

● Pergi Midvalley MV Forex

– kebiasaan Wawa akan pergi sini untuk tukar. Bergantung pada rate matawang masa tu. Pertukaran nata wang dekat sini rendah setakat ini tapi korang perlu beratur panjang. Tempat yang sama ada lagi 2 untuk pertukaran wang asing disebelah MV FOREX.

Alamat kesini: MV FOREX

Mid Valley Megamall, LG 042, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur


BARANG PALING PENTING MESTI ADA

1) Wifi WIYO (KLIK SINI)

– Tak ada wifi macam mana nak hidup kan? Heheh. Setiap kali pergi ke Korea atau ke mana-mana melancong Wawa akan tempah Wiyo. Korang boleh ambil dekat KLIA 2 sahaja. Dorang boleh buat penghantaran dan semestinya ada caj. Berbanding wifi dengan data sim kad lebih sarankan ambil wifi boleh kongsi maximum 10 orang. Wiyo juga ada buat promosi jadi kena usha-usha ye.

2) Google Map

– Peta google lah yang akan banyak membantu korang supaya tak sesat. Sangat penting!

3) Kad T-Money

– Seperti kad touch & go memudahkan perjalanan korang naik pengangkutan awam

-Memang suka buat koleksi hehe-

4) Buku kupon

– Boleh didapati di Korea Plaza. Tapi! Kena tau dulu bila dorang buat give away ini. (KLIK SINI) untuk ke giveaway event terkini. Pertama dulu korang kena daftar jadi ahli terlebih dahulu dan jawab survey. Percuma je.

5) Tisu basah / Botol kosong

– Penting juga tau. Kita dah biasa kat tempat kita ada paip air tapi di Korea tak ada air. Disitu korang akan kurang selesa. Bawa botol kosong korang boleh isi air di sinki. Jangan pula bawa botol berisi air nanti beg korang berat pula.

5 benda atas ini sentiasa Wawa bawa. Kalau orang lain tak pasti lah. Bawah ini adalah tambahan jika korang nak:

1) Halal Navi (DOWNLOAD SINI)

– Dengar ramai cakap apps ini bagus. Terdapat restoran-restoran halal yang terdekat. Wawa tak download apps ini sebab tak selalu guna. Kebanyakannya Wawa pergi ke Kafe-kafe makan yang ringan dan pergi ke Myeongdong makan street food. Kebanyakan restoran halal ini mahal. Sekali sekala nak rasa tak apa. Boleh rujuk website KTO juga ada senarai restoran halal (KLIK SINI) atau pergi ke Korea Plaza untuk dapatkan bukunya (selagi stok masih ada).

2) Google translate

– Korang tak pandai berbahasa Korea? Boleh guna google translate tapi kadang-kadang tu ayat pun tak tepat nanti maksud lain pula. Kalau nak belajar  KTO ada tawarkan kelas belajar bahasa Korea secara percuma tapi hanya hari Isnin ke Jumaat sahaja. Kadang-kadang ada juga buat The Survival Korea: Language Barrier pada hari Sabtu tapi basic sahaja. Kena alert lah kat website KTO (KLIK SINI). Buku belajar Korea? Wawa rekemen bawah ini:

3) Cuaca 

– Download mana-mana apps cuaca untuk tahu supaya korang boleh plan lain jika ada hujan.

4) Kiblat untuk muslim (DOWNLOAD SINI)

Setakat ini sahaja perkongsian hari ini. Ada pertanyaan atau tak faham boleh tinggalkan  soalan cepumas kat bawah ini. Wawa akan cuba jawab secepat mungkin. 

Terima kasih kerana membaca!^^

*BONUS UNTUK KAKI DRAMA KOREA*

Korang suka tengok drama korea? Tapi tak tahu dimana lokasi penggambaran?

Jeng jeng jeng… KOREAN DRAMA LAND! (KLIK SINI)

Setahu tak ramai lagi tahu pasal website ini berkongsi lokasi-lokasi penggambaran drama. Memang sangat berguna! Suka? Klik SHARE kat bawah ^^

8 thoughts on “[KOREA TRAVELOG] PERSEDIAAN UNTUK TRIP SENDIRI TANPA EJEN PELANCONGAN”

  1. Good info… Sy ada tengok ig awk, banyak tempat menarik di korea yg awk kongsikan lebih-lebih lagi trip awk tahun lepas.. Awk tak nak buat entri ke pasal trip awk tahun lepas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *