TRAVEL

[KOREA TRAVELOG] NIMAT HALAL KOREAN CUISINE DI INCHEON AIRPORT

Sebelum berangkat balik ke Malaysia dah tentu nak merasa makanan korea yang Halal kan. Trip baru-baru ni dapat la kiteorang merasa makanan korea di Incheon Airport. Selalu naik turun airport dekat sini tak pernah nak merasa makanan kat sini. Sebenarnya sekarang ni dah banyak makanan Halal kat sini, salah satu kami cuba ialah Nimat Halal Korean Cuisine. Bukan sahaja makanan korea je ada tapi juga diselit makanan indian. Dimana?

Di tingkat 3, CONCOURSE departure. Untuk ke sini korang kena la naik shuttle train. Kedai makan ni terletak berdekatan dengan GATE 118 di dalam Food Empire. Korang jalan terus menerusi gate ni. Jangan korang turun bawah ikut GATE 118 tu kang tak pasal-pasal korang akan terbang ke tempat nanti.

Lalu di laluan ni, korang akan nampak Food Empire disebelah kanan korang.

Korang boleh buat pesanan makanan di kaunter pintu masuk ni.

Menu apa ada dan harga?

Dorang akan bagi ‘mesin ketar-ketar’ tu dan makanan boleh diambil di kaunter Nimat.

Air? Kiteorang minum air kosong ja. Air kosong boleh diambil disini. Percuma je.

Wawa pilih bulgogi set yang berharga 13,000 won. Memang mengenyangkan dan sedap.

Selepas selesai makan, korang kena la pulangkan balik semua pinggan mangkuk dan cawan ke tempat yang diarahkan. Khas untuk pelanggan Nimat dorang telah asingkan, korang kena letak bahagian disebelah kaunter Nimat supaya tak bercampur bekas dengan yang tak halal.

Setakat ni je SHARING hari ni. Terima kasih kerana membaca^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *